Ahad lepas (semalam) ekin pergi sesi coaching offline bersama Master Izzati's team Permata. Memang best! Jumpa real depan mata hehe...selama ni asyik whatsapp jer,alhamdulillah rezeki ekin kali ni dapat join group coaching ni.
Ekin sampai 10min sebelum pukul 9.30am dijadualkan start kelas. Minta tolong husband hantar hehehe punyalah laju bawak...takut wife terlambat datang kelas..love you abg!
Sesampai je kat bawah tu....nampak master izzati! Wahhhhh dup dap dup dappp nak salam ke nak tegur dulu..tapi tekaan master izzati betul bila dia ckp "Ni ekin ye" walaupun teragak2 hehe.. Bila dah register semua kat bawah barulah boleh naik atas diiringi org shaklee sebab hanya bilik training room yang bukak,kaunter tak bukak pun. Hari ahad kan cuti. 1st time sampai office HQ Shaklee yg baru kat sunway. Memang besar gila! Luas dan sangat exclusive. Cantik sangat. Ada mini room untuk meeting dalam 10-12 org pun ada. Limited sewa 3 jam sahaja untuk small room. Yang kami masuk tu large room. Khas untuk geng-geng shaklee jer.
Master Izzati sedang beri tips yang best2 waktu ni. Baju hijau tulah mak shaklee saya,Coordi Riena.
Ambik gambar dengan master! Sedut aura dulu..kenangan ni.
Ni masa diorang pegi makan kat ayam penyet area shah alam. Sedih tak dapat join sebab kitaorg penat sangat sebab sabtu lepas seharian dengan inlaws ada birhtday party anak saudara..so memang letih sampai umah pukul 1pagi,kesian kat husband tu yang terus balik umah jer. Takpe nanti next time boleh join :)
Overall terima kasih banyak2 pada master izzati dan mak shaklee saya kerana sudi beri info dan ilmu yang bermanfaat pada saya dan yg lain2. Dapat jumpa geng-geng shaklee yg selama ni dalam online jer kan...hehe tu pun kejap jer jumpa sebab semua dah lapar nak pi makan.. Saya dengan husband dating kat KFC jer sebab lama dah tak makan KFC...hehe jadilah kan. Lepas tu zohor jap then rehat puas-puas kat rumah.
Itulah aktiviti ahad saya bersama geng-geng PERMATA.
Ilmu ni kalau nak,kita akan cuba berusaha untuk dapatkan jugak walau apa pun. Sesi offline memang berbeza dari online. Amatlah rugi pada sesapa yang tak dapat datang. So kalau ada sesapa yg dari susur galur master izzati ni try usaha datang kelas-kelas offline yang dia buat. Berbaloi.
No comments:
Post a Comment