Monday, August 18, 2014

RESEPI : SPAGHETTI OLIO DAN BAKED POTATO WITH CHEESE CARBONARA SOS

 
Assalamualaikum dan hai semua :)
 
Hujanhuja ni meh ekin update resepi best utk uols. Semalam post gambar kat FB ada yg tanya macamna nak buat resepi ni. Ouh senang giler dan malu rasanya nak post kjat blog sbb budak2 pun mampu buat agaknya tapi kita update jela ye. Takde gambar tengah masak hehe so ada yg dah siap jer. Sila guna imaginasi anda tahap tertinggi utk membayangkan sambil membaca entry ni ye!
 
 
Spaghetti Olio Simple dan Baked Potato with cheese carbonara sos
 
Bahan2 nya :
Spaghetti apa2 jenama pun boleh (rebus dulu letak sikit minyak olive oil sesudu)
-Lepas tu toskan dan letak bawah running water supaya dpt hentikan proses masak,takut jadi lembik sgt).
 
5-8biji kentang direbus sampai empuk. Jangan lemnbik sgt sbb nanti kita nak bakar. Rebus dlm 15min je cukup. Pastu senang nak peel kulit dan slice kan kentang tu memanjang. Sebab nnti kita nak atur dlm loyang style sisik ikan. Faham tak? Hehehe..
 
Daging cincang Ramlee - cuci dan toskan.
 
Udang/sotong atau apa2 je makanan laut yg ada
 
1 biji bwg besar (sederhana size) dan 1 biji bwg holland (besar) didadukan.
 
Minyak olive secukupnya
 
Seasonning : Chicken cube 2 perasa SEDAP, blackpepper,mixed herbs,basil,oregano dan bay leaf. Kalau takde semuani,guna jela salt dan pepper. Ok jer. Janji ada rasa.
 
1 tin carbonara sos jenama prego
Cheesedale cheese dan mozarella cheese - lagi banyak lagi sedap!
 

 
 
 
 
 
Cara buat spaghetti :
 
Tumiskan bwg holland dgn olive oil sampai naik bau wangi. Lepas tu masukkan sehelai daun bayleaf. Tumis lagi. Then masukkan udang/sotong dan gorengkan. Masukkab chicken cube/perasa SEDAP serta seasoning yg lain secukup rasa.
 
Lepas tu gaulkan spaghetti dan gorengkan sampai sebati.Tak perlu goreng lama,sekejap jer. Dah rasa ok,tutup api hidangkan dan boleh makan!
 
Cara buat Potato baked :
 
Kentang yg dah rebus,peelkan kulit dan slicekan kentang sederhana nipis memanjang. Sebab nanti nak susun dlm loyang. Loyang sapu kan sikit dgn butter tak nak kasi melekat.
 
Tumis bawang holand sikit dgn bwg besar dgn olive oil sampai wangi. Masukkan daging hancur,tumiskan dan bagi sampai kering. Seasonning kan secukupnya. Lepas tu masukkan satu tin sos carbonara dan gaulkan,masakkan 5 min lepas tu tutup api.
 
Dalam loyang yg dah sapu butter tu,susunkan kentang style sisik ikan. Layeredkan dgn sos yg dimasak tadi,taburkan cheese. Maksudnya kentang-sos-cheese. Faham kan? Atas sekali tabur cheese banyak2. Bakar dalam oven 20-25min suhu 165 darjah celcius.
 
Haaaa senangkan? Lepas buat share link uols dan hasilnya ok? Selamat mencuba!

2 comments: