Friday, October 10, 2014

Khasiat Taugeh untuk kesuburan

TAUGE MAMPU MEMBANTU KESUBURAN LELAKI DAN WANITA




Sayur taugeh selalunya menjadi pilihan terakhir untuk dimasak dan dimakan bersama nasi. Walaupun badannya kurus melidi tetapi ianya kaya dengan khasiat yang mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Tak percaya jom kita baca apa khasiat sayur taugeh.

1. Mampu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.
- Untuk kaum lelaki, pengambilan taugeh mampu menghasilkan sperma yang lebih baik manakala untuk kaum wanita pula, taugeh dapat membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

2. Mampu melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan leukimia.
- Mengikut kajian yang dijalankan taugeh mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkanbibit kanser, usur besar, pankreas dan leukimia.

3. Mencegah kerapuhan tulang.
- Taugeh mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Ia berfungsi untuk meningkatkan kepadatan dan mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

4. Terhindar daripada kanser payudara.
- Bagi wanita, pengambilan taugeh dapat membantu menghindarkan diri daripada kanser payudara, ganguan semasa menstruasi, simptom pra-menopaus dan juga gangguan akibat menopaus.

5. Menghalang tubuh daripada sel perosak DNA.
- Taugeh kaya dengan antioksida yang kuat dan mampu menhalang tubuh daripada radikal bebas perosak sel DNA.

6. Menghalang lemak-lemak jahat (LDL) tanpa mengganggu kandungan lemak baik (HDL).
- Taugeh kaya dengan kadar saponi. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung akibat daripada kadar lemak yang tinggi disarankan supaya mengambil banyak taugeh dalam menu harian mereka.

7. Membantu membuang kotoran dalam usus besar.
- Taugeh mengandungi banyak serat dan air. Oleh itu taugeh juga berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Hal ini juga dapat membantu memerangi sel kanser. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat-zat dalam kototran yang dapat diserap ke dalam tubuh badan kita.



Bagus juga khasit taugeh ni ye. Ekin penah dengar orang buat air rebusan taugeh dan minum. Tapi ekin tak lalu sangat,nak makan taugeh memang favourite so lepas ni kena banyak makan taugeh. Goreng sikit dengan minyak bijan ok jugak kan? Takde lah yang macam rebus jer tu...takde flavour hehehe...


Kredit to TTC Malaysia Group Facebook