Thursday, October 2, 2014

Selamat datang bulan October!




Bulan october dah tiba. Harini dah 2hb October 2014. Cepat masa berlalu. Maaf tak update blog a few days sebab kurang sihat. Nak duduk pun sakit pinggang,maknanya kena ambik Ostematrix dan Gla Complex lebih teratur lepas ni hihihi almaklum ekin juga manusia biasa yg kadang-kadang culas juga bab ambik vitamin ni...tapi yang wajib dan tak boleh tinggal ialah vitamin 3 beradik serangkai favourite iaitu B Complex, Vit C Sustained Release dan Vita Lea. Wajib ambik setiap hari!

Bulan yg best sebab ada dua promosi hebat! ESP dan Meal Shakes....bayangkan baru hari pertama jer anak shaklee ekin dah jual 7 tong ESP! Uiiii mak jeles nokkk.....nak cantas mak ke? Kuikui...takpe tu tandanya anda hadam segala ilmu yg ekin bagi..bagus anak2 mummy ni. Sebab tu mummy sayangggggg korang! Rajin dan fokus!

Bulan ni juga harapan ekin besar sangat2....so ekin list down apa harapan dan impian ekin untuk bulan ni :

- Target naik Sr Supervisor (lahirkan seorang Sup)
- Target nak reach 3000 PUV sendiri (promo ESP senang nak buat! yehaaaa)
- Nak jadi leader yang hebat,memahami,tak kedekut ilmu dan disayangi semua orang..
- Nak jadi org yang lebih cool..tak cepat gelabah or melenting (tapi sejak dah masuk Shaklee dah kurang panas baran hihihi)
- Nak jadi isteri yg solehah dan lembut sikit (wuuuu ekin ni garang,husband lembut...hehe banyak dosa dgn dia so pasni takmau garang2 dah bukan dapat ape pun)
- Nak kembangkan lagi empayar Mutiara Star Millionaire seluruh Malaysia,nak bantu ramai kawan-kawan yg selalu ngadu tak cukup duit untuk sara family dan sekian-sekian...sekarang minyak dah naik kan so this is the time kita pulun buat side income.
- Nak recruit anak2 shaklee dengan lebih baik lagi. Banyak kelemahan ekin tapi ekin akan cuba perbaiki dari masa ke semasa.
- Nak sentiasa bersangka baik. Sebab bila bersangka baik insyaAllah yg dtg pada kita pun yg baik-baik
- Mengidam nak baby. Huhu..dah 2 tahun lebih kahwin...rasanya the best time for having baby sekarang ni...sian kat husband yg suka budak-budak dan  parent dok mengidam cucu pertama,sabar ye...insyaAllah Allah turunkan rezeki tahun ni pada ekin....doakan ekin ye. Diorang penguat ekin dan org yg ada time ekin susah senang. Diorg tau segala yg berlaku adalah jika bukan kerana keizinan Allah swt..takkan jadi juga. So always have faith. InsyaAllah the best time will come. Keep positive and smile.

Sejujurnya bila kita kurang fikirkan apa yg bakal terjadi sekian sekian kita akan jadi bertambah tenang. Sebab tu ekin train diri ekin always bersangka baik dan relax. Takmau stress-stress. Taknak benda negative hinggap kat fikiran ni. Thats why ekin selalu tekan kan pada team ekin supaya sentiasa bersangka baik,jangan mengeluh-ngeluh...jangan peduli org kiri kanan...fokus pada jalan dan matlamat sendiri.

Moga permulaan October adalah yg terbaik buat Ekin dan team. Aamiin!

No comments:

Post a Comment