Showing posts with label Kisah saya bersama Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Kisah saya bersama Shaklee. Show all posts

Wednesday, July 23, 2014

Dulu anti suplemen,sekarang pencinta vitamin!

Assalamualaikum readers dan hai.

Ramadhan dah makin jauh meninggalkan kita kan? MasyaAllah...dah nak raya rupanya. Bukan saya nak cerita tentang kisah beraya,tapi kisah saya yg dulu anti suplemen tapi sekarang dah jadi BFF suplemen Shaklee..hehe

Opsss....nanti dulu. Jangan tekan X kat atas tu. Hehe. Saya cuma nak share pengalaman saya sahaja. Memang dah banyak sangat lambakan produk-produk kesihatan yang ada di pasaran sekarang ni..tapi saya tetap memlilih shaklee. Kenapa ye agaknya?

Saya dulu anti suplemen. Serius ok kalau mama saya bagi suplemen (untuk belajar dulu ada banyak suplemen bagi cergas otak la dan macam-macam lagi) saya pasti akan bagi seribu satu alasan untuk mengelak dari makan suplemen. Pada saya masa tu suplemen adalah UBAT. Haha sedih betul masa tu,tahap pemikiran masih terbantut lagi.. Sampailah dah kahwin...umur pun dah 27tahun masa tu,barulah rasa pentingnya suplemen..kalau tak...memang hampeh...haha..

Lepas kahwin jer terus nak baby cepat2..tapi apa kan daya belum rezeki...hingga sekarang dah 2 tahun lebih kahwin,tapi takpe Allah duga sebab dia sayang,so say no to negative vibes uols.. Rosak minda dan jiwa ni nanti..
Google punya google...terjumpalah Gla Complex....wahhh macam best jer...macam syok jer...sebab dalam Gla ni ada Vita E juga (tapi tak banyak compare to Vita E Complex),maknanya muka bolehla glowing2 juga hehe...suka sangat nak cantik2 ni..sapa tak suka kan...perempuan kot!


 
Women's Best Friend
 


Saya makan 2 botol Gla Complex tu...alhamdulillah period cycle cantik,semua dtg on time..tapi lepas saya stop kejap sebab kekangan duit,period jadi huru hara...alamak dah gelabah masa tu,check dgn doktor...doktor cuma bagi alasan hormon tak stabil (ayat cliche sangat kan),so bercinta lagi dengan Gla Complex sampaila sekarang. Tu pun on of on off sebab tak nak bergantung sangat dgn Gla ni,kalau boleh nak treat hormon ni betulkan sendiri...haha boleh pulak macamtu..tapi sudahnya tak mau juga,so makan balik gla ni baru cantik balik period,tu pun sekarang ada gak tertinggal sebab lupa hehe..tapi bisa diatur,sbb saya still makan,bukan stop terus..hari2 saya berdoa agar Allah kurniakan zuriat2 soleh solehah utk kami suami isteri. Sebab Gla ni membantu meningkatkan kesuburan lagipun sayang kalau saya tinggalkan Gla ni sebab saya dah rasa kesan best keatas kulit saya,makin glowing dan lebih cantik dari sebelumnya.
Disamping tu sebagai seorang yg beragama Islam,jangan lupa amalan rohani perlu ditingkatkan dari masa ke semasa. Usaha dan tawakal.

So start dari situ la saya keep on makan produk shaklee ni. Sebab saya yakin dan dah rasa kesannya yang best! Hampir semua jenis vitamin shaklee daya dah try hehe.. Dan latest sekali saya dah cuba Vivix. Dalam seminggu ambik Vivix dicampur dgn Performance Drink ni kulit wajah dah nampak pinkish sikit dan makin glowwww...yela nak cantik2 untuk suami kan...haruslah berikan yg terbaik...

Yang mana belum try Vivix lagi tu rugi uols tak try...bukan mahal pun sebotol...tahan sebulan dua. Ambik konsistent 1-2minggu pun uols dah boleh rasa kesannya pada kulit dan badan uols. Takkan nak tunggu tua atau sakit baru nak ambil suplemen kan? Lainlah kalau sanggup nak jadi tua sebelum usia sbb Vivix ni anti penuaan yang hebat tau! Bagi mak ayah sebagai hadiah raya pun bagus,lain dari yg lain hehe...



Your Beauty and Health Expert,
Ashikin Amir (Ekin)
Shaklee Id 1069965
SMS/WHATSAPP 019 373 9052
Email : zaujah5512@gmail.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.   
 

Friday, May 23, 2014

Kisah Saya Bersama Shaklee : Resdung dan Eczema


Assalammulaikum semua. Dan selamat berhujung minggu. Esok hari sabtu dan ahad pasti ada banyak perkara yang perlu kita uruskan kan? Nak tambah energy saya selalu akan ambil ESP Shaklee bancuh dengan susu low fat milk dutchlady. Memang sedap. Rasa bertenaga dan freshhhhhh sangat. Korang kena cuba tau! Tak cuba tak tahu...

Ok entry ni saya nak cerita kan kisah saya yang mempunyai resdung dan eczema. Saya nak cerita pasal ezcema dulu. Saya yakin ramai sahabat dan pembaca blog ada sakit ni kan? Tak perlu malu sebab sakit ni bukannya berjangkit. Terjadi ezcema sebab dalam badan kekurangan satu sel yang patut kita ada. Ni pun saya dapat info dari doktor klinik pakar kulit Seh di Johor Bharu. Saya pergi klinik pakar di johor semasa saya masih menetap di Singapura tahun lepas. Klinik ni memang ada kawan rekomen sebab bagus dan famous kat JB ni. So doktor bagi saya ubat sapu,buih pembersih dan steriod.

Yes bila cakap steriod....saya pun gerun. Kita semua tahu steriod membahayakan jika ambil dalam jangka masa yang panjang. Saya sapu semua ubat tu selamat 2 bulan tak miss dan alhamdulillah eczema saya berkurangan cuma sesekali datang balik sebab ezcema tak boleh dihilangkan...ianya hanya boleh dikawal sahaja. So saya terfikir sampai bila ye nak bergantung dengan ubat,why not saya cuba Shaklee? Shaklee kan ada set untuk orang yang ada ezcema. So saya cuba ambil Alfalfa,Vit C,B Complex dan Omega Guard. Disamping tu saya masih amalkan minum ESP.

The result is fantastic!! Kalau saya lupa sapu ubat pun,kurang rasa gatal di kawasan kaki dan jari kadang-kadang. Alhamdulillah tak pernah naik ke muka atau badan. Saya ada ezcema sejak belajar di tadika lagi. Kadang-kadang sampai berair bisa dan berdarah sebab garu-garu. Saya masih budak-budak...apalah yang saya tahu masa tu. Parent pun kurang pengetahuan tentang ezcema,cuma mereka bagitahu saya alergic dan darah manis. Zaman dulu-dulu tak ada pendedahan sangat pasal ni. So kena control makan seafood dan elakkan duduk kat tempat berhabuk/karpet berbulu dan kena basuh baju dengan bersih takut ada hama atau bakteria yang masih belum hilang. But still...sampai saya dah dewasa...umur 26 tahun..bayangkan saya tanggung sakit eczema ni selama 26 tahun. Sedih sangat sebab rasa tak perfect macam orang lain. Memang saya malu. Nak pakai skirt pun tak boleh sebab parut ezcema sana sini. Paling sedih orang cakap ni kudis buta. Macam-macam orang cakap bila 'ternampak'.

Saya kahwin umur 27 tahun,suami tegur pasal ezcema...masa tu memang malu takleh nak cakap apa la kan...saya diam jer. Tak tahu nak cakap apa. Tapi suami saya positive,dia yang bawa saya ke klinik pakar tu. Kalau bukan kerana dia,saya pun taktahu nak rawat macamana ezcema ni sebab masa bujang dulu gaji kecil jer jadi tak mampu nak pergi klinik pakar atau swasta. Hanya bergantung dengan ubat farmasi jer. Ubat farmasi pun ada chemical based...macamanalah nak baik kan?

Saya juga ada resdung...dari zaman belajar kolej,jerawat naik kecil-kecil kat dahi dan sekitar pipi...hidung gatal sangat. Saya tak boleh makan durian,kalau makan telinga saya akan gatal miang macam ada ulat dalam tu! Suffer sangat. Dahla saya suka makan durian haha..so terpaksa korbankan nafsu makan durian tu. Kalau bersin setiap pagi tak payah cakapla...always!! Selsema jer memanjang... Tuala kecil sentiasa ada kat tangan. Masa bersin tu rasa macam nak tercabut jer hidung ni! Masa tu dah takut...takut ada kanser hidung...eishhhh ngerinya kalau difikirkan balik.

So saya pergi buat rawatan resdung dari Kl sampai ke Kedah pun ada. Tapi kejap jerla ok...lepas tu datang balik. Duit habis. Masa habis. Penat stress semua ada. But lepas saya makan Alfalfa untuk rawat ezcema,saya dapat bonus rawat resdung sekali! Rupa-rupanya Alfalfa bantu resdung juga. Saya dah tak bersin pagi-pagi,jerawat dah surut dan makin susah nak naik..dah tak perlu rawatan resdung asap tu lagi. Best sangat!! Bukan tu jer,saya ada masalah sembelit,ambil alfalfa tiap pagi...lepas tu mesti membuang dengan jayanya! Badan rasa ringan sangat..memang syok!

So pada yang ada masalah resdung dan eczema tu,jangan sedih jangan risau. Korang kena cuba Shaklee sebab Shaklee ada pelbagai alternatif terbaik untuk bantu masalah yang kita ada. Saya dah cuba dan berjaya. Dan ramai lagi yang ada masalah sama dah berjaya settelkan masalah diorang.

Product Shaklee ni takda chemical based. Smuanya natural ingredient dan selamat digunakan. Jangan tunggu lama-lama untuk rawat resdung dan ezcema...mencegah lebih baik dari mengubati. Set resdung ni tahan berbulan2... Saya amalkan Alfalfa,Vit C dan B Complex. Saya juga ada menambah Omega Guard dan Vita E utk hilangkan parut ezcema. Alhamdulillah kini saya bebas dari resdung dan eczema juga sudah berkurang :) Syukur Alhamdulillah...


Thursday, May 22, 2014

Kisah saya bersama Shaklee : Set Kecantikkan Kulit (Set D)

Nak share pengalaman saya consume SET D iaitu set kecantikkan kulit Shaklee. Asyik tepek testi orang lain je...korang mesti nak tahu pengalaman saya sendiri kan?

Saya ni dari dulu suka sangat cantik-cantik ni,suka makeup...sampai pernah p...ergi kelas makeup dan masuk kelas modelling ok hahaha ini serius tapi tu zaman saya kat kolej,time kurus kikiki..anak dara lagi lah katakan.

So lepas kahwin,everytime mekap,saya perasan lepas buang makeup je muka saya macam "mayat hidup". Saya hotelier,jadi makeup tu satu yg wajib time kerja. Saya tak suka makan vitamin or suplemen2 bagai ni. Buang duit saya rasa. Makeup lagi penting. Ini pemikiran saya yg dulu. Kebetulan saya ni TTCian,jadi google ubat/suplemen yg boleh regularkan period saya. So first product saya guna ialah Gla Complex sebanyak 2 botol. Surprisingly,senggugut hilang,period flow cantik,kulit berubah jadi glowwing! So i guess,not bad Shaklee ni...so tergerak nak try set kecantikkan pula. Masa tu dah tak fikir dah mahal ke apa ke,I just want to be pretty naturally without any chemical based on my face! Makeup buat wajah saya tua!

2 month ambil set kecantikkan Shaklee,memang amazingly la berubah. Parut hilang,kulit cerah bersih,eyebeg takda,kulit moist jer..awet muda and ramai ingat saya ni student dan belum kahwin lagi. Masa saya nak renew passport pun orang ingat saya student yg nak buat visa belajar luar negara. Lawak betul time tu,but im happy! Pelaburan saya dengan Shaklee tak sia-sia. Adik saya pun orang ingat dia adalah 'kakak' saya...hehehe...Sesiapa yg pernah jumpa saya face to face taulah apa yg saya cakap ni betul atau tak.

So korang tunggu apa lagi? Sanggup ke anda bagi husband korang cium pipi korang yg berparut,berjerawat dan bernanah tu? Geli ok. Tak kesian ke kat husband korang?. Bila husband pandang orang lain,taulah pulak anda nak marah dan emo bagai...walhal diri sendiri yg tak ambil peduli tentang penampilan diri. Duit boleh dicari...tapi kecantikkan dan kesihatan tu susah nak dapat kalau kita sendiri taknak usaha ke arah tu,takda kesedaran.

Set kecantikkan tahan berbulan lamanya. Memang jimat dan hasil yg korang akan dapat 1st class. Tak kenal maka tak cinta...
 

Ashikin Amir
Id Shaklee 1069965
sms/whatsapp 019 373 9052
Email : zaujah5512@gmail.com