Showing posts with label Gla Complex. Show all posts
Showing posts with label Gla Complex. Show all posts

Thursday, April 2, 2015

Atasi masalah hormon dan kulit dengan Gla Complex


Saya memang suka sangat dengan gla complex! Dulu hormon huru hara...ambik gla complex 3 botol..settel masalah. Lepas tu saya continue lagi sampai sekarang. Sebab ezcema dah makin surut susah nak naik lepas tu kulit smooth licin jer hehehe cantik la kan maksudnya!

Promo beli 7 botol dapat special price terus
Memang best dan power!!








Jom kita baca apa kelebihan GLA COMPLEX Shaklee ni :


  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf


Extra info:

Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.


So senang jer nak dapat asid lemak yang penting untuk tubuh badan kita ni kenalah rajin amalkan GLA COMPLEX ni. Juga popular dalam set kesuburan tau. Ada yang makan sebotol GLA COMPLEX jer dah berjaya pregnant (dengan kuasa ALLAH,kita hanya ikhtiar tapi ALLAH yang beri rezeki). Tak salah mencuba kan? Yang ada masalah hormon sangat-sangat digalakkan amalkan GLA COMPLEX ni ok! Tengah promo best ni bulan April ni..dapatkan sekarang dari saya jom...



Ekin Hoza
Whatsapp : 019-3739052
Email : info.nutrisisihatekin@gmail.com
Instagram : @ekinshaklee



Anda berminat nak dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya Ekin Pengedar Sah Shaklee area Ampang 019-3739052. Penghantaran COD area Kg Pandan,Desa Pandan,Taman Maluri,Taman Cempaka,Taman Nirwana,Tesco Ampang,Angsana Hilir Condo,Ampang Hilir dan kawasan yang berhampiran. Pos Seluruh Malaysia.




Monday, January 19, 2015

Cara mencegah jerawat dengan berkesan

Assalamualaikum semua..kita cerita pasal jerawat harini yer..Semoga ianya bermanfaat buat anda.
 
Macamana JERAWAT terbentuk?
 
Jerawat adalah masalah kulit yang paling biasa kedengaran. Jerawat disebabkan oleh sebum yang dibuat oleh kelenjar sebaceous dalam pori-pori dikeluarkan secara berlebihan. Sebum yang berlebihan ini akan menutup pori2 dan menyebabkan munculnya bintik hitam atau blackhead. Apabila bakteria di bawah kulit membiak dan membebaskan enzim yang memecahkan sebum ini, maka terhasillah jerawat.
 
 
Sekarang dah tau kan macamana munculnya jerawat tu? Hehehe..
 
 
 

Pedihnya lagi-lagi kalau jerawat batu aduhhh pedih giler!!
 
 
 
So macamana kita nak atasi masalah jerawat ni? Takkan picit. Picit lagi lahhhhh jerawat tu balas dendam kat kita. Dia kasi parut jerawat. Haha.
 
Jerawat biasanya berlaku kepada remaja, kerana pada masa ini tubuh menghasilkan testosteron dan hormon kedewasaan lain yang meningkatkan penghasilan sebum itu tadi.
 
Jerawat biasanya banyak terjadi di bahagian muka, belakang, dada dan bahu kerana di situ terdapat banyak kelenjar sebaceous.Penyebab jerawat sering disalahtafsir. Ramai yang menganggap jerawat disebabkan oleh faktor kebersihan dan pemakanan. Misalnya makan kacang, coklat… boleh menyebabkan jerawat. Sebenarnya faktor2 di atas boleh memburukkan lagi keadaan, tetapi bukan punca jerawat.


Cara mencegah jerawat:

1. Cuci muka dengan pencuci yang halal dan kurang bahan kimia
2. Kurangkan penggunaan syampu atau minyak rambut yang berminyak.
3. Makan banyak buah-buah, sayur dan air secukupnya.
4. Dapatkan rehat secukupnya.
 
 
Supplement yang membantu untuk mencegah jerawat:
 
1. B Complex – membantu menstabilkan hormon dan emosi
2. Vitamin C – menjaga kesihatan kulit
3. Vita Lea – vitamin dan mineral lengkap, antaranya membantu dalam metabolisma gula. Jika anda ada masalah dengan metabolisma ini, anda terdedah kepada jerawat.
 
 
Supplement untuk merawat Jerawat:
 
1. Vitamin E – membantu mengurangkan parut
2. Zinc Complex – melegakan ketidakselesaan akibat jerawat dan menyembuhkan kulit yang rosak
3. GLA Complex – menyembuhkan kulit yang rosak

Rawat sebelum parah. Sebab wajah kita ni kana set kita juga,setiap hari kita jumpa orang jadi kita taknaklah rasa rendah diri dengan muka yang berjerawat dan berparut kan. So ikhtiar dengan suplemen Shaklee adalah salah satu cara untuk kita dapatkan kembali kecantikkan asli kita. Suami pun pandang tak berkelip tau hehe.



Nur Ashikin Amirudin (Ekin Hoza)

Shaklee ID 1069965
SMS/Whatsapp : 019-3739052
Email : info.nutrisisihatekin@gmail.com
Facebook page : Nutrisi Sihat Ekin
Facebook personal : Ekin Hoza
 
Penghantaran ke seluruh Malaysia dan Lain-lain
 
 
 


Wednesday, December 3, 2014

Keputihan umpama mimpi ngeri buat para wanita!

Keputihan adalah masalah yang kerap dialami oleh wanita, lebih-lebih bagi wanita yang sedang hamil dimana secara alaminya akan berlaku perubahan hormon semasa kehamilan yang akan memicu kepada peningkatan pengeluaran cairan vagina serta penurunan pH. Ketidakstabilan ini juga adalah antara punca utama yang yang memungkinkan tercetusnya masalah keputihan dikalangan wanita yang hamil.

Keputihan ketika seseorang wanita itu sedang hamil boleh dikategorikan sebagai normal jika cairan yang keluar berwarna jernih atau sedikit kekuningan dan kental seperti lendir dengan tidak disertai bau dan kegatalan. Namun jika cairan yang keluar disertai bau, gatal, rasa nyeri ketika membuang air kecil dan warnanya pula telah bertukar kehijauan atau bercampur sedikit darah maka keputihan tersebut boleh dikatakan sebagai abnormal dan risiko ianya mengganggu atau membawa kemudaratan kepada kesihatan ibu dan janin tidak terkawal.Maka rawatan yang sesuai semasa kehamilan amat diperlukan segera bagi mengelakkan perkara –perkara yang tidak diingini.

Mitos dan fakta keputihan ketika hamil

1. Mitos : Makanan seperti timun atau nenas seringkali dituduh sebagai penyebab keputihan

Fakta: Keputihan bukan disebabkan oleh makanan tertentu dan tentu sekali bukan nenas yang ternyata kaya dengan vitamin C.Realitinya tiada makanan tertentu yang menjadi punca kepada berlakunya keputihan semasa atau sesudah hamil.

2. Mitos : Pengunaan intimate wash atau antiseptik yang disangkakan dapat mencegah keputihan.

Fakta: Penggunaan antiseptik sebagai pembersih vagina hanya akan menyebabkan ‘gangguan’ kepada flora normal yang ada dalam vagina (lactobacillus ). Walhal , flora normal ini amat diperlukan tubuh untuk mengawal vagina pada pH yg seimbang supaya flora (kuman) abnormal tidak dapat membiak di kawasan tersebut seterusnya menghindari dari bahaya jangkitan keputihan ketika hamil.


Bahaya keputihan ketika hamil
Kulat dan bakteria merupakan antara mikro organisma yang paling dominan dalam masalah keputihan abnormal ketika hamil.Kandidiasis atau jangkitan kulat kandida adalah penyebab keputihan terbanyak yang dialami wanita hamil, diikuti oleh jangkitan bakterial vaginosis,trikomoniasis dan gonorrhoea.Kajian terkini mendapati kulat kandida boleh meresap masuk kedalam saluran darah dan mengakibatkan kes maut.

Keputihan abnormal yang dialami wanita hamil boleh membahayakan kehamilan ibu dan keselamatan janin jika tidak diberikan perhatian khusus dalam kesegeraan merawatnya. Berikut adalah antara beberapa bahaya dan kemudaratan yang boleh berlaku jika seseorang wanita mengalami keputihan yang abnormal sewaktu hamil :


1. Chlamydia


Jangkitan yang dibawa oleh kuman chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran pra matang pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan cepat.

2. Kuman Herpes Simpleks

Jangkitan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).

3. Candida Albican

Jangkitan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.
4. Kuman HPVJangkitan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan maut.

5. Neisserea Gonorrhoea

Akhir sekali,jangkitan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae boleh menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.


Beberapa Tips Yang Boleh Di Amalkan 
  1. Elakkan dari pengunaan sabun, gel,shampu dan seumpamanya.Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadii khas anti gatal yang ada pH3.8-4.2
  2. Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
  3. Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
  4. Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
  5. Pastikan mencuci dubur dari depan tolak kebelakang bagi mengelak bakteria seperti e coli atau cacing kerawit masuk ke dalam lubang faraj atau kencing
  6. Jika guna alas seluar dalam,sila pastikan (panty liner jenis unscented) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana ini akan hanya memudaratkan.
  7. Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau,sayur bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma patogen lain..


Credit to Dr Salwa, Klinik Keputihan.blogspot.com


****************
 
Shaklee ada menyediakan suplemen yang dapat membantu wanita yang mengalami keputihan dan kegatalan di sekitar miss V. Jom kita lihat testimoni mereka-mereka yang sudah berjaya bebas dari keputihan dengan mengamalkan set keputihan Shaklee ni dulu.
 
 
 
*klik untuk image yg lebih besar*
 
 
Zakiah Zainol okay...no wonder la kali ni lepas abis pantang saya takder masalah macam rasa tak sedap dan discharge yang agak tak best...selalu lepas pantang jer mesti nak ambik bxxxxi. But not this time. I tak nak ambil any jamu cos malas nak campur2


Dilla Jalil alfalfa mmg best..dilla pernah tanya hasben (lepas bersama selepas 100hari berpantang) ada rasa lain tak??hasben dgn serba salah ckp adalah lain sikit lepas bersalin ni..dh kurang grip!tp lepas ambil alfalfa..katanye ketat mengalahkan anak dara ko!!hehehe..i luv alfalfa!! ♥
 
Di bwh ini pula saya share kembali beberapa feedback.. juga ttg masalah keputihan..Pn Lyn:. (dari link ini )".....saya perasan pas mkn vitamin shaklee ni, keputihan saye dah kurang & makin takde....gembira sgt2....

Pn Yati :.. (dari link
ini )".......dah start mkn alfafa nie tah bila tah lupa..xpot pun kesan dia sbb target utama nak bykkan susu..smlm mkn alfafa slps sarapan 2 biji lps lunch 2 bijik... blk umah nak mandi eh keputihan nie xde ketul2 la..saya punye keputihan bukan jenis melelah kena panties tu tp jenis tgal kat dlm..terkejut gak xde ketul langsung..dah pakai ubat klinik dah beberapa kali dah2 hehehe..sbb apa jadi keputihan nie?aku pun tak tahu..semua wanita ada keputihan ke ye? ke aku je?huhuhuhuhuh sedih2...tu td sms kak cery betul ke alfafa nie blh kurang keputihan..dia kata ye

Pn Dilla (dari link ini)
"....Semenjak mama mengamalkan alfalfa, masalah keputihan mmg kurang. Ini kerana..terus terang mama cerita..baba sangat2 memuji selepas mama mengamalkannya. Hubungan kami juga menjadi lebih mesra. Bila baba dah puji, mama seronoklah..heheeee. Mama terasa diri mama begitu bersih, lagi satu nak solat pun senang..tidak perlu risau!
 
 
Credit to MamaCery
 
************
 
Set Keputihan Shaklee ada ALFALFA ,GARLIC COMPLEX dan GLA COMPLEX. Saya sendiri amalkan alfalfa dan gla complex dah hampir setahun lebih lagi ALFALFA kesayangan saya tu hehehe serius suami memang senyummmmm jerrrrrr *malu nak cakap lebih2 sendiri makan sendiri rasa lah yer kalau tak percaya*

 
 
Akhir kata anda pasti akan teruja dan jatuh cinta sekiranya anda baca kelebihan Alfalfa yg sebenarnya..memang best dan terbaik!!!!
 
 
 
Nur Ashikin Amirudin (Ekin Hoza)
Shaklee ID 1069965
SMS/Whatsapp : 019-3739052
Email : info.nutrisisihatekin@gmail.com
Facebook page : Nutrisi Sihat Ekin
Facebook personal : Ekin Hoza
 
COD Area : Desa pandan , Kg Pandan , Ampang Point , KLCC Tesco Ampang , Wangsa Walk dan kawasan yg berhampiran.

Pos ke seluruh Malaysia
 

Tuesday, December 2, 2014

Shaklee Effects: Set Kecantikkan Shaklee

 
Assalamualaikum semua...memang bulan cantik kan December ni! Sempena promo Vit C dan Vita E kan...ramai wanita-wanita gojes berlumba2 nak makan vitamin c dan vitamin e ni...kalau tak suka cantik-cantik ni bukan wanita la namanya hehehe..
 
Vitamin Cantik Shaklee ni diantaranya yang famous ialah :
 
-Vitamin C
-Vitamin E
-Collagen Powder
-Bcomplex
-Gla Complex
-ESP (Energyzing Soy Protein)
-Vivix
 
 
Saya diantara yang pernah mengambil kesemua vitamin diatas,jangan terkejut sebab ada waktu-waktunya dan cara makannya...bukan sekali hadap! Ada yang saya ambik seminggu 3x,ada yang saya ambik setiap hari. Sebab tu pentingnya pilih distributor yang tahu dan pernah amalkan set cantik,kalau tak nanti salah makan rugi pula anda beli banyak-banyak kan? Saya dulu beli sikit-sikit...ada modal saya beli lagi..sebab saya kan ahli shaklee of coz lah saya dapat murah hehehe..
 
Yang bestnya promo Vitamin kali ni tahan berbulan tau. Contohnya vitamin c tahan 6 bulan (kalau ambik sehari sebiji,saya ambik 2 biji sehari) dan vitamin e tahan untuk 4 bulan. BEst tau suami isteri boleh ambik. Macam saya dan suami lah hehehe..
 
Jom kita lihat Shaklee Effect dari PM Cery kita...dengarkan apa kata kak cery..
 
 
Testimoni diri sendiri...

"Dulu, saya memang ada masalah kulit mngelupas kering terlampau kalau travel. masalah serius yang bagi seorang wanita yang kerap travel bertemu ramai orang..Kini tidak lagi (ewahh macam ayat iklan pulak.. hihi)

Kisah benar. 7 hari di London, dalam kapal terbang 13jam. lepas tu asyik naik train jalan sana sini.. memang tak sempat nak tepek bedak ke,mekap ke, skincare m...
oisturiser pun asyik lupa letak mana.....kat sana pulak tengah winter. alhamdulillah kulit tak kering, mengelupas, tapi segar,lembut,maintain cantik.. thanks to Shaklee VITAMIN C Sustained Released dan COLLAGEN POWDER"
 
 
 
 
Inilah kakcery,masa saya jumpa depan mata memang kulit dia cantik sangat tau!!
 
 
 
Ok jom kita tengok pengalaman dan shaklee effects pengguna dan ahli Shaklee yang lain...










 
 
 
Amacam semua...teruja tak tengok hasil diorang sebelum dan selepas? Best kannnnnnn....putih gebu semuanya...ratanya ramaiiiiii ambik ESP Vit C dan Vitamin E. Memang dua vitamin yang tengah promo ni ramai dah bantu wanita-wanita kat luar sana jadi cantik cun melecun!
 
 
Saya percaya,kulit yang cantik semuanya bermula dengan nutrisi yang baik. Setiap pengambilan dan cara-caranya dan kesan pada setiap individu tak sama,ada yang dapat kesan cepat macam saya ambil vitamin c dan vitamin e 2 bulan dah dapat hasil...tapi setengah orang 6 bulan baru nampak hasil..ada yang setahun baru dapat hasil..sebab badan manusia ni tak sama,sel sel baru nak repair pun makan masa 90-120 hari dan perlu didetoks dulu dengan Alfalfa dan Herblax barulah ambik vitamin cantik diserap dengan elok. Macam kita bawak kereta tak pernah servis takkan kita bawak kereta tu selesa kan,mesti nak tekan minyak pun lambat dan bawak pun tak sedap...betul?
 
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau order boleh tanya saya ye,insyaAllah saya akan bantu anda dan berikan konsultasi yang terbaik.
 
 
 
Nur Ashikin Amirudin (Ekin Hoza)
Shaklee ID 1069965
SMS/Whatsapp : 019-3739052
Email : info.nutrisisihatekin@gmail.com
Facebook page : Nutrisi Sihat Ekin
Facebook personal : Ekin Hoza
 
COD Area : Desa pandan , Kg Pandan , Ampang Point , KLCC Tesco Ampang , Wangsa Walk dan kawasan yg berhampiran.

Pos ke seluruh Malaysia


Friday, September 5, 2014

KENAPA RAHIM MEMBENGKAK?

 
*This entry is a purely copy paste from Dr Malinda Mohd Ali's personal facebook page. Dr Malinda is a consultant at Future Wellness as well as Dr Malinda Health & Beauty Clinic. Semoga bermanfaat ;)

 
KENAPA RAHIM BENGKAK?
 
 
 
 
Contoh ilustrasi rahim yg membengkak
 
 
 
Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.

Ok. 
 

Basically,
 
Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)
 
Kilang telur = Ovari.


 
 
 
Rahim = Uterus
Ovari = Kilang telur
 
 
 
Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'. 
So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?
 

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.
 

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569). 
 

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.
 

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.
 


---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :
 


1. Hormon Estrogen yang berlebihan
 

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.
 

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.
 

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.
 
 
 


 
Kiri: Kesan hormon Estrogen yg berlebihan
 
 
 
2. Lambakan xenoestrogen dalam badan
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).
 
Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.
 
Dari mana datangnya xenoestrogen ini?
 
- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
 
- racun serangga (pesticides)
 
- tobacco by products

 

 
Xenoestrogen banyak terdapat di sekeliling kita.
Antaranya: Bekas makanan atau botol air plastik, lipstik, air paip, etc
 
 
 
3. Obesiti
- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.
 

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.
 

 
 
Salah satu faktor penyumbang


4. Genetik
- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.
 

 
Kaji salasilah dan 'sejarah' keluarga anda
 
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?
 
Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.
 
 
Antara simptom-simptom fibroid /cyst adalah:
 
- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
 
- sakit ketika hubungan kelamin
 
- perut membuncit
 
- pendarahan abnormal
 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Perlukah operation?
 
Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?
 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Cadangan diet yang sesuai:
 
 
 
 
1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.
 

 
Elak atau kurangkan memakan daging merah




2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.


 
Kandungan estrogen dalam buahan dan sayuran
mampu menstabilkan estrogen dalam badan manusia
 
 
 
 
3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.





Lebihkan makanan yg berserat tinggi
 
 
 
 
4. Kawal berat badan
 

 
Pastikan BMI anda ideal
 
 
 
 
5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.
 

 
Elakkan juga daripada menjadi passive smoker


 --------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

 
Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

 
Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

 
Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

 
Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

 
(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

 
Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

 
Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst:

 
1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

 
2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin C, vitamin E, selenium dan zinc

 
3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

 
4. Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

 
5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

 
6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

 
7. Green tea - powerful antioxidant


GLA boleh ke?

 
- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
- GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO. 
- Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

 
Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

 
Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

 
Take care of your health.

 
Wanita - Anda Istimewa ;)

 
Luv, 

Dr. Malinda
 

***************
 
Thank you so much Dr Malinda atas penjelasan ini. Memang dari dulu sampai sekarang ekin amalkan Gla Complex utk dptkan period yg teratur dan elakkan senguggut. Alhamdulillah.
 
 
 
Gla complex women's bestfriend
 
Jom dapatkan GLA COMPLEX anda sekarang dengan ekin :)