Pernah rasa down? Stressfull? Rasa terbeban? Atau fikir negative? Ekin yakin semua orang pernah rasa perasaan ni kan? Tak terkecuali ekin. Tapi kita boleh kawal emosi kita,jangan biarkan emosi kita mengawal kita.
Nak sentiasa berfikiran positive sangat mudah sebenarnya. Antaranya ialah :
Berkawan dengan sahabat-sahabat yang positive samada didalam social media macam facebook atau diluar. Sebab kawan adalah pengaruh yang terbesar dalam kehidupan kita. Umpamanya kalau berkawan dengan penipu...end up kita juga akan jadi macam dia. Sebab apa? Pengaruh dan negative vibes yang disalurkan dari energy negative kawan tu tadi pada kita. So jenis macamni kita kasi PANGKAH siap-siap.
Kemudian sentiasa banyakkan baca buku-buku motivasi. Antara yang ekin suka tak lain tak bukan buku tulisan mentor ekin,Dr Azizan Osman. Elakkan baca buku kisah-kisah cinta sebab kita akan menjadi khayal dan negative. Tak percaya? Org yang banyak masalah salah satu hobinya memang suka baca novel yang tak bermanfaat dan suka tengok drama yg banyak sandiwara, So benda tu akan terbawa2 dalam pikiran dan dalam kehidupan realiti. Jadi elakkan. Ekin memang elakkan baca novel merepek atau rancangan tv yang tak berbaloi untuk ditonton. Setakat ni memang jarang tengok tv. Fokus pada business. Hihihi..
Kalau tengah marah,jangan up status apa-apa kat Facebook. Lagi-lagi yang buat business..please elakkan. Umpama macam rumah kita kotor,siapa nak datang kan? Macamtu juga facebook....wall yang bersih dan positive pasti buatkan orang tertarik nak datang dan lihat apa yang kikta buat,cthnya apa perniagaan yg kita jalankan. Benda yg positive akan attract benda yg postive juga. Paling senang,tulis sahaja benda2 yang anda marahkan sangat di sekeping kertas,kemudian renyuk-renyukkan dan buang dalam tong sampah. Anda akan rasa lega. Cubalah nanti.
Dan jika anda beragama Islam,digalakkan banyak melakukan solat-solat sunat seperti solat taubat dan hajat. Banyakkan berdoa pada Allah SWT. Rajinkan diri bangun tengah malam untuk tahajud. InsyaAllah,segalanya akan berjalan lancar seperti yg kita rancangkan dalam hidup masing-masing. Yang penting kena yakin pada Nya.
So stay positive everyone. Ingat ye,Allah ikut sangkaan hambaNya. Good nite!
No comments:
Post a Comment