Monday, September 8, 2014

RESEPI : FETTUCINE GORENG ALA MAMAK STYLE

 
Assalammualaikum.. K straight to the point kita tengok jela resepi simple ekin ni di petang hari yer...campak-campak jer terus jadi fettucine ni hehe...guna apa yg ada jer dlm esbok..
 
 
FETTUCINE GORENG ALA MAMAK STYLE
 
BAHAN-BAHAN 4 ORG MAKAN
 
Minyak olive oil (kalau takde pakai je minyak biasa)
Spagetthi/fettucine sebungkus (jenama ape2 pun blh) -rebus & toskan
4 sudu mkn cili kisar (ekin guna jenama PUTERI)
Setengah labu bwg besar (potong dadu)
Setengah batang carrot (potong memanjang)
5 ulas bwg putih (ditumbuk)
5 sudu besar cili sos
Sedikit kicap pekat (ekin guna kicap MUDIM)
4 tangkai cili padi
1 biji tomato (dipotong dadu),kalau ada tomato puree boleh guna
Lada benggala warna hijau/merah (optional) - tak guna sbb takde stok
Fish cake/fish ball (optional) - tak guna sbb takde stok
2 biji telur
Sedikit perasa SEDAP
Sedikit garam
 
Udang anggaran 10-15 ekor sederhana besar
Daging cincang RAMLEE (ikutla byg mana nak letak)
Daun bawang utk hiasan (tak sempat letak dah ngap hehe)
 
CARA MEMASAK :
 
Panaskan minyak,lebihkan sikit takpe sbb nak goreng sebungkus fettucine yg byk so taknak kasi melekat kat kuali. Kalau boleh gunala non stick pan. Sebelum tu rebus dulu fettucine lepas tu letak bawah running water (air paip la tu) utk hentikan proses masakan tu nnti tak buat makin lembik spaghetti.
 
Minyak dah panas,tumis bwg besar dan bwg putih smpai wangi. Masukkan daging cincang bagi masak dulu lepas tu masukkan carrot dan udang. Kemudian letak cili kisar dan gaulkan. Tumis smpai naik bau. Letak fish ball/fish cake/lada benggala kalau ada. Tuangkan sedikit kicap dan sos cili tadi. Masakkan paste sampai sebati. Kemudian baru masukkan tomato yg didadukan,kalau ada tomato puree pun boleh masukkan 2 sudu. Perasakan dgn sedikit garam dan perasa SEDAP.
 
Kemudian baru pecahkan telur dan gaulkan sebati. Masukkan cili padi yg dihiris dan gaulkan fettucine yg direbus bersama paste tu. Goreng hingga sebati dan mesra rasanya. Boleh taburkan daun bawang sebelum mkn,ikutla kreativiti masing2 hehe...
 
Dah siap! So makan la tunggu apa lagi :)
 
 
 


DENGAN 2 KWN KARIB,PHYTOCOL ST (BLOCK KOLESTROL) & LECITHIN (URAIKAN LEMAK2 DEGIL)
 
 
 
Selamat mencuba yer!
 
Nak cuba Phytocol dan Lecithin?
Boleh hubungi ekin direct ye :)