MLM? Oppss ada yang dengar jer dah gerun. Eh jangan macamtu. Dulu saya pun rasa nak angkat kaki lari jer bila dengar orang sebut MLM,. Sebab otak kita dah dijajah dengan benda negative pasal MLM. Memang betul ada yang tak betul dan yang menindas...tapi kenapa saya join Shaklee? Sebenarnya masa saya join Shaklee saya tak tau pun ni MLM hehehe...yang saya tau kalau usaha lebih dapat point dan bonus itu ini. Tapi lepas naik leader,baru saya sedar...eh downline? Upline? Hehe..
Apa itu MLM?
Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingkat bawah)
orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'.
Halal ke tak halal perniagaan MLM ni? Macam-macam saya fikir masa tu. Almaklum saya dulu tak suka MLM! Anti sungguh! (Tapi tu dulu lah). Walaupun saya tengok pelbagai perniagaan MLM ni berkembang dan membiak dengan jayanya di negara ini saya jadi risau jugak...
Yelah rezeki nak berkongsi dengan mak ayah dengan suami dengan yang lebih memerlukan,takut tau kalau rezeki tak halal ni...
Tapi lepas saya dapat maklumat tentang MLM ni,alhamdulillah keyakinan saya kembali hadir. Syukur sangat!
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari 2006 telah memutuskan bahawa:
“Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam”. Selain itu ia turut mengikuti garis-garis syariah.
Lihat ayat yg terakhir....
"Mengikuti garis-garis syariah"
Makna nya di sini...ada MLM yg tidak mengikuti garisan syariah.
Apa hukum nya jika yg x mengikut garisan syariah?tepuk dada tanya lah iman.
Mula-mula saya guna Shaklee sebab atas niat nak guna untuk diri sendiri sahaja. Memang tidak terfikir pun nak buat business atau go futher. Sebab nak kan harga ahli yang hampir 20% jauh lebih jimat dari harga retail.
Saya perhatikan juga perniagaan MLM yang lain dan Shaklee. Ada banyak perbezaannya! Sebelum saya join Shaklee saya sebenarnya hampir terjebak dengan salah satu perniagaan MLM yang memerlukan modal sebanyak RM23 ribu tau! Dan soalan saya yang pernah saya tanya pada orang tu,saya takda duit sebanyak tu jadi bagaiman saya nak mulakan modal? Tahu apa jawapannya?
Orang tu diam sebentar seperti kehilangan idea. Kemudian menjawab "Hmmm tu adik kena pikir sendiri lah sebab akak dulu pun pinjam duit dari mak akak. Atau adik boleh buat loan dengan bank lepas tu dah untung sikit2 boleh bayar balik". Dang!!!!
Kalau anda nak tahu,modal yang besar tu untuk cover orang atas punya bonus. Secara logik boleh fikir sendiri. Kan?
Nasib baik saya tak terjebak. Saya ada bagitau juga yang saya cuma ada modal RM200 jer. Mula-mula kata tak boleh sebab tak cukup. Tapi lepas 2-3 hari akak tu msg dan bagitau boleh buat modal pula dengan RM200 tu! Aik...pelik sangat kan? Kalau anda,anda rasa tertipu tak? Tipah takmau tertipu diknon.....
Tu kisah saya yang hampir terjebak dengan MLM yang bukan dengan Shaklee. Nak tau kenapa saya jatuh sayang dan jatuh cinta dengan Shaklee? Meh sini saya senaraikan sebab-sebabnya yang nyata jauh perbezaan dengan perniagaan MLM yang lain.
1.Modal Rendah
Mendaftar ahli MLM sebenarnya adalah modal kita.
Tidak seperti perniagaan lain yang memerlukan untuk kita mengeluarkan modal yang tinggi, sehingga ada yg memerlukan kita membuat pinjaman bank berpuluh ringgit.
MLM shaklee hanya memperuntukkan untuk kita menjadi ahli dengan bayaran RM65 utk pendaftaran dan rm10 utk bayaran pos memberkit.
Jauhkan beza nya?
2. Risiko kurang
Kenapa risiko kurang?
Kita tidak perlu mengeluarkan modal yang tinggi,rm65 sahaja modal nya iaitu pendaftaran sebagai ahli.
Selain itu,Tidak perlu membuat stok,jadi tiada isu lambakan stok di rumah kita...kecuali jika anda ingin kan buat stok sendiri dirumah kerana anda sudah mempunyai regular customer yang selalu serbu rumah anda bila-bila masa. Ianya terpulang kepada anda dan kemampuan diri kita sebenarnya.
4. Mendapat Bimbingan
Sudah namanya MLM, jadi mesti kita ada upline.
Dengan MLM kita ada upline untuk membimbing kita.
Ini yang menariknya MLM shaklee.
Kita akan sentiasa mendapat bimbingan serta motivasi dari upline.Walaupun upline kita jauh beribu batu pun, tetap boleh berhubung dengan teknologi yang terkini sekarang.
Macam saya,di Kuala Lumpur tapi ada upline saya di Penang,anak shaklee saya di Johor tapi kami masih lagi boleh berhubungan sesama kami dengan medium online (Whatsapp/Email/Facebook)
Jarak bukan alasan lagi.
Menjadi tugas sy utk membimbing downline sy hingga mereka berjaya,insyaAllah.
5.Dalam Shaklee,kami diberi pilihan utk menghadiri kelas sama ada secara online atau offline.
Seperti saya,saya memilih utk menghadiri kelas secara online iaitu melalui medium online seperti group di facebook dan group whatsapp. Amat mudah! Jika ada kelas offline bertemu upline saya tidak akan melepaskan peluang turun padang untuk jumpa mereka. Nak dapat aura jutawan lah katakan hehe. Kelas offline pula free of charge,sebab kita hanya perlu bayar dengan masa dan tenaga kita sahaja.
Suami,anak2,isteri boleh join kelas,bole bawa anak2 kecil dgn mainan2 mereka.
Kelas yg dibuat adalah di waktu pagi atau ptg..ahli2 shaklee tidak perlu keluar bermewting sehingga jam 3-4 pagi....
Kerana apa???
Kerana shaklee mementingkan kekeluargaan.
6.Harga product yg berpatutan
Produk Shaklee ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Contoh paling asas. Multivitamin Shaklee vitalea ditawarkan dengan harga RM81 untuk 120biji iaitu RM0.70 sebiji. Malah, harga ahli adalah lebih rendah..
7.Tiada paksaan membeli.
Customer mempunyai hak 100% utk membuat pilihan product shaklee yg mana mereka hendak beli.
Jika mereka perlukn panduan,distributor shaklee akn memberi panduan dan adalah penting utk anda memilih distributor yg berilmu dan berkualiti.
8.Product halal.
Ini adalah kewajiban umat Islam sebelum menggunakan sesuatu produk wajiblah dikenalpasti halal haramnya.
Begitu juga dengan produk Shaklee.
Ada ke Sijil Halal Shaklee 2014 oleh JAKIM?
Semua sedia maklum JAKIM adalah badan bertauliah yang diberi tanggungjawab mengawal selia dan meluluskan kehalalan tidak kira apa produk sekali pun yang akan diguna pakai oleh umat Islam terutamanya di MALAYSIA.
Alhamdulillah versi terkini Sijil Halal Shaklee 2014 oleh JAKIM yang telah dikeluarkan oleh ISA (Islamic Services America).
Bertarikh 29 May 2014, Sijil Halal Shaklee 2014 oleh JAKIM kini boleh didapati di laman web rasmi Shaklee Malaysia.
Ramai yang tidak tahu bahawa ISA itu sendiri sebenarnya telah diiktiraf oleh JAKIM.
Sila klik untuk besarkan image
9.Product berkualiti.
Produk Shaklee dikenali lebih 57tahun sangat berkualiti berasaskan penyelidikan. Syarikat Shaklee menjamin produknya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM.
10.Sistem perniagaan yg jelas.
Setiap ahli yg membuat pembelian akan diberi bonus berdasarkn syarat yg di tetapkan..perlulah minimum mempunyai 150point utk layak mendapat bonus.
Bonus adalah berdasarkan point.
Semakin banyak point,semakin tinggi lah cash bonus nya.
Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
11.Sistem perniagaan yg adil.
Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha.
Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?
Dalam Shaklee, leadership bonus hanya layak sehingga ke level 6, tidak lebih dari itu.
12.Sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas.
Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
Buku manual pemasaran & etika perniagaan dibekalkan bersama starter kit. Setiap yang tertakluk adalah tetap. Jika terdapat tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu (6 bulan contohnya), pamplet dan surat pekeliling akan dikeluarkan & majlis penjelasan mengenai insentif berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee.
13.Jika di lihat,kebanyakkan distributor yg telah berjaya dlm shaklee tidak perlu menunjuk2 kemewahan masing2....yg di tunjukkan adalah kesihatan yg semakin baik,yang di tunjukkan adalah keberkesanan product pd diri masing2...
Yang gemuk berjaya kurus,yg kulit bermasalah berjaya menjadikan kulit sihat berseri2...
Yang ada penyakit spt kencing manis,darah tinggi semakin sihat....
Itu lah MLM shaklee....biar product yg berbicara.
Inilah diri saya sebelum dan selepas mengenali Shaklee.
14.Bukan head hunting
Shaklee BUKAN seperti kebanyakan MLM di luar sana yang menekankan head hunting,bila dpt ajak org join MLM terus dpt komisyen.Tidak...Tidak..shaklee tidak begitu.
Komisyen adalah berdasarkan jualan product.
15.Keahlian adalah seumur hidup.
Sekali mendaftar itu lah selama nya.
Tidak perlu renew keahlian spt MLM lain.
Tidak perlu membuat pembelian mengikut syarat2 tertentu utk mengekalkan keahlian..
16.Saling mengambil berat antara satu sama lain...saling berkongsi...
downline baru tidak dibiarkan seorang diri..orang2 atas sendiri ada utk membimbing downline2...
17.Menekankan amalan kerohanian berupa solat dhuha, zikir Ya Wahhab, selawat,solat tahajud dan sebagainya...dalam meningkatkan jualan.
Secara tak langsung,MLM shaklee ni mendekatkan diri kita dgn PEMBERI REZEKI...Allah swt....
Kredit to Kak Ayu Yuslida atas perkongsian ni 17 penerangan ni. Saya ada edit sedikit ikut keadaan dan pengalaman saya.
************
Harap segala penjelasan diatas dapat memberi seribu satu manfaat buat persoalan ramai orang diluar sana yang masih lagi belum tahu tentang sistem perniagaan MLM Shaklee ni. Moga ini juga dapat beri satu pandangan baru orang ramai terhadap MLM Shaklee tidak sama macam kebanyakkan MLM yang lain.
Jika da sebarang pertanyaan,anda boleh hubungi saya seperti dibawah :
Nur Ashikin Amirudin (Ekin Hoza)
Shaklee ID 1069965
SMS/Whatsapp : 019-3739052
Email : info.nutrisisihatekin@gmail.com
Facebook page : Nutrisi Sihat Ekin
Facebook personal : Ekin Hoza
COD Area : Desa pandan , Kg Pandan , Ampang Point , KLCC Tesco Ampang , Wangsa Walk dan kawasan yg berhampiran.
Pos ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment