Monday, December 8, 2014

Throwback: Master Celebration Master Maria dan Master Firdaus di Pullman Putrajaya

 
Lupa nak cerita. Dah lama sebenarnya last month tapi saja nak share dengan anda semua. Saya turut sertai Master Celeberation tu walaupun saya bukan dari susur galur Master Maria Firdaus...tapi kami tetap keluarga Shaklee...so semua boleh hadir.
Saya siap bawak mama dan abah saya. Diorang teruja nak ikut bila saya cakap mereka ni anak didik Dr Azizan Osman. And sebenarnya saya juga teruja bila dapat tau mereka anak didik DOA. Sebab saya pun sama! Yes yes yes! Oh teringat IMKK June 2014 lepas....terbaik!! rugi sesiapa tak join IMKK! And aura mereka sangat luar biasa! Parent saya pun happy sangat haritu dengar perkongsian mereka. Saya lagilah happy! Misi sedut auralah katakan..
 
 
Since majlis buat pagi pukul 10am,kami dah sampai awal-awal dah. Punya lah semangat kan. Oppsss mesti ada tertanya saya tak bawak husband ke? Husband saya takde di KL..beliau di Brunie kerja sana. Kalau tak memang saya bawak sekali hehehe..
 
So sampai jer memula saya bergambar dulu hehehe dan saya suka sangat gambar ni! Doakan saya Master Coordinator Dec 2015 tahun depan yer! Aaamin.
 
 
 

 
 
 

 
Ni lah Master Maria dan Firdaus. Pic kredit to their blog




 
Kenapa saya share pic ni? Dalam ni kebetulan ada saya,mama dan abah heheheh
Pic kredit to their blog
 
 
 
Lepas dah habis semua majlis kami makan dulu...semua food sedap!! Paling ketara seat penuh ye sebab majlis ni ramai orang datang sampai ada yang lambat kena berdiri,fuhhh nasib kami datang cepat. Ternyata aura Master Maria dan Firdaus memang dasyat! Lepas makan kami pun pulang nasib baik baru nak hujan huhu...hujan rahmat tu.
 
Apa-apa pun tahniah buat mereka. Perjalanan mereka dari supervisor ke master coordinator hanya 9 bulan sahaja! Hebat dan saya yakin Allah Maha Hebat kerana memberi rezeki dan mempermudahkan usaha mereka selama ni. Semua orang sudah ditetapkan rezeki masing-masing asalkan kita berusaha dan tidak putus asa dalam apa jua bidang yang kita ceburi.
 
Tahniah sekali lagi buat mereka!


No comments:

Post a Comment