Sunday, February 8, 2015

Cinta jarak jauh.

 

Selamat hari ahad. Fuhh dah hari ahad. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah sebab masih bernafas hingga harini. Kadang-kadang saya fikir,andai kata saya mati esok...bagaimana dengan suami dan keluarga saya nanti? Seriously fikir siap-siap nak buat penama untuk KWSP dan buat wasiat harta-harta saya nanti HAHA macamlah banyak harta ye. InsyaAllah nanti dah naik master coordinator pasti aset ku beratus ribu dan jutaan ringgit. Aaamin..korang semua yg baca ni please doakan untuk saya ye!
 
Ok actually nak cakap pasal cinta jarak jauh. Woppsss takde appoint pada sessiapa pun tapi sekadar berkongsi atas pengalaman sendiri. Memang dari dulu waktu kenal,bertunang,kahwin hingga sekarang mmmm boleh dikatakan yang we both facing PJJ moment hampir setiap tahun. InsyaAllah tahun ni bakal masuk tahun  ketiga perkahwinan *wahhh dah 3 tahun ye kejapnya masa berlalu but still rasa hangatnya cinta kikiki maybe sebab kitaorang takde anak lagi but its ok sebab semuanya ada hikmah*. Rasa macam baru jer lagi kahwin. Bila PJJ ni rasa rindu lagi kuat tauuuuuuu *tutup muka malu* sebab i would say that PJJ moment treat us to be honest to each other *wahhh speaking ye kau ekin hihihi*
 
 
 
 
Kann..jauh dimata dekat dihati.
 
 
 
Ada yang cakap,bila PJJ ni susah nak dapat anak. Saya tak kata tu salah,tu hanyalah satu pendapat. But saya juga tak katakan ianya 100% betul. Buktinya, ada kawan saya yang PJJ tapi bunting pelamin. So its the matter of rezeki. Kalau Allah bagi cepat,cepatla. Kalau Allah bagi lambat,lambatla. Jangan kita ambik kerja Allah. Kita hanya boleh banyakkan berdoa dan jangan putus asa. Syukurlah dah nak masuk 3 tahun hati ni dah makin kuat. Kuat nak hadap apa sahaja yang bakal mendatang. Cinta jarak jauh suami isteri ni pun ada banyak sangat hikmah yang saya perolehi. Yang mana dari kahwin duduk sebumbung melekat terikat rapat sampai takut nak berpisah tu takkan rasa macam yang saya rasa atau golongan PJJ rasa. Bila jauh-jauh ni barulah bergunanya all the social media or apps macam Whatsapp,Skype,Email,Viber haha sebab jauh lah baru guna semua tu. Cuba duduk dekat,tak kuasa aku nak guna Skype uols... Apa kebendanya nak skype kalau laki kau duduk depan mata kau 24 jam kan? Hihihi.. *facebook jer takde sebab husband takde facebook,dia anti social haha*
 
 

 
Love is still strong bebeh...
 
 
 
 
Resepi nak kekal bahagia ada beberapa tips saya nak kongsikan:
 
- Percayakan antara satu sama lain
- Jangan dengan cerita/fitnah orang,if ada isu siasat dulu dan settel kan sendiri jangan bagi sesiapa masuk campur sebab selalunya yg suka masuk campur tu ibarat batu api dari gunung berapi
- Kena banyak sabar
- Fikir yang best dan positive
- Berdoa banyak-banyak agar dapat tinggal sekali one day
- Jaga hati,maruah,iman dan kuatkan pegangan agama
- Jangan berkawan dengan lain jantina. Sebab there's no such things like so-called BFF lelaki dengan perempuan. Its not gona work dude! So stay away from it. Tegur hai-hai bye-bye sudahla. Takyah nak jadi open minded sangat sebab terlampau open minded lah setan suka cucuk hati tu tambah-tambah yang tak kuat pegangan agama confirm la lupa diri punya. So back to basic ; solat jangan tinggal,rajin baca al quran, untuk suami kena rajin jemaah kat masjid,dengan ceramah atau motivasi yang baik dll. So pada yg dah berkahwin pun kena sedar diri yang awak tu dah berbini dan berlaki soooooooo jaga batas jaga maruah k!
- Kena selalu keep in touch dengan pasangan kita. Pagi sekali,petang sekali dan malam sekali. Okla 3x sehari. Tak semestinya on the fone,whatsapp ke,msg ke,email ke apa-apa jerla yang convenient bagi korang nak contact pasangan korang.

 
 
 

 
 
 
Apa-apa pun i would love to say that cinta jarak jauh suami isteri ni manis sangat. Its how you look into it. Kalau fikir negative jer memang negative jerla yang kau asyik nampak kan? But yes indeed kita ni manusia,iman turun naik dan ada time yang kita akan down,sedih dan emo *i've been through it alot dan sangat memahami situation ni sobsss* But kita kena sabar and jangan ambik kesempatan diatas kepercayaan pasangan kita pada diri kita. Sebab kpercayaan ni adalah main key point atas semuanya. Once it broke,you gona die soon babe! Susah nak dapatkan kepercayaan orang balik pada kita and reputasi kita jatuh merundum. Taknaklah di cop sebagai suami or isteri penipu kan? Tak curlassss gelaran tu! Saya nak jadi isteri mithali dan solehah *flips tudung*.
 
Anyway,thats all about secara ringkas tips nak kekalkan hubunga jarak jauh di hari ahad yang penuh santai dan relax ni. Esok hari isnin InsyaAllah suami saya akan pulang ke Kuala Lumpur. Its time for us nak meet up setelah sebulan tak jumpa. Rindu giler ohoiiiii *tu saya lah tapi dia saya tak sure HAHA* Nak plan dinner sama-sama,shopping sama,nak masakkan untuk dia,nak keluar jalan pegang tangan sama-sama...sweet kan? Hihihi.. time takde anak lagi time ni lah kena manfaatkan masa bersama. Dating puas-puas. Tu la kelebihan orang yg takde anak lagi macam saya ni,boleh dating dan tumpukan pada suami seorang *in future insyaAllah pasti Allah akan beri anak-anak soleh solehah pada kami Aamiin*.
 
Got to go,nak kemas-kemas bilik dan get ready for maghrib later. Bye!
 
 

No comments:

Post a Comment