Friday, April 3, 2015

Adab dalam menerima tetamu mengikut Islam


Waktu hujung minggu memang kita selalu kunjung mengunjung rumah saudara mara,keluarga,mertua,adik beradik atau pun sahabat handai kita. Tapi tahukan kita dalam bertamu di rumah orang,ada adab-adab yang PERLU KITA JAGA? Jom kita baca apa adab-adab yang baik patut kita buat sewaktu berkunjung di rumah orang.






Adab Bertamu Dalam Islam

1) Jgn masuk rumah org kecuali dgn meminta izin & memberi salam. Memberi salam bukan bermaksud diizin utk masuk. Selalu org apabila datang ke rumah org lain, belum pun salamnya dijawab oleh tuan rumah, dia dah masuk. Salam satu hal, izin satu hal.

2) Jgn berdiri di hadapan pintu. Berdiri di tepi pintu atau bahagian yg kalau dibuka pintu, tidak nampak apa yg ada di dalam rumah. Hikmahnya adalah utk menjaga kalau di dalam rumah ada yg tidak tutup aurat atau rumah bersepah. Nanti malu tuan rumah.

3) Jgn mengintai pada lubang pintu kalau salam tidak dijawab. Rasulullah SAW pernah menegur sahabat yg berbuat begini. Zaman kita sekarang, kalau salam tidak dijawab, diintai pada cermin rumah...jeng..

4) Ketuk pintu dgn perlahan supaya tidak merisaukan tuan rumah.

5) Kalau ketuk pintu atau beri salam lebih drpd 3 kali tetapi tidak dijawab, maka pergilah. Jgn diintai ikut pintu dapur pulak.

6) Kalau masuk ke rumah, jgn duduk di kerusi yg paling kita suka. Cari tempat duduk yg tersorok drpd memandang isi dalam rumah. Jgn duduk di tempat ygmata kita nampak apa yg orang di dapur buat dsb.

# Tujuan diatur adab bertamu kerana pentingnya utk menjaga kehormatan rumah tangga org lain selain rumah tangga kita sendiri.

- Kalam Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
Perbahasan Hadis 78, Bab 18, Mukhtasar Sahih Al-Bukhari.


No comments:

Post a Comment