Tuesday, August 4, 2015

Projek Baru!

Assalamualaikum semua!

Lama saya tak update blog. Takde lah sibuk beraya tapi ada good news nak share hehe (hopefully adalah yang membaca blog ni hehe)

Alhamdulillah selepas 3 tahun 2 bulan berkahwin,saya dah pregnant 2 months sekarang. Syukur sangat. Doakan semoga saya dan baby selamat ye sampai waktu bersalin nanti. Lama dah tunggu ni. Rezeki ramadhan. Sebab tu saya senyap jer lately ni kerana sedang mengharungi morning sickness yang agak mencabar bagi saya huhu

Just nak bagitau sekarang saya dah tak jual lagi Shaklee ye macam dulu. Saya stop berniaga shaklee cuma saya masih makan lagi produk shaklee sebab serasi dengan diri saya. Kenapa berhenti berniaga Shaklee? Biarlah rahsia ☺️

Tengah fikir projek baru sekarang ni. Nak start membaking semula. InsyaAllah akan mula lepas badan dah mula sihat dan cergas macam dulu. Sekarang ni banyak rehat dan bedrest sahaja. InsyaAllah bila projek baking baru dah start akan diumumkan!

No comments:

Post a Comment