Ok ni kelas sabtu lepas dekat HQ Shaklee di bangunan Pinnacle Sunway. Saya datang sharp at 9.30am rupanya kelas ditunda pada jam 10 am! Haha sudahnya kejung situ dengan 2 orang lagi geng Shaklee yang sampai awal. Adeh samada saya tak alert atau tak diupdate. Its ok..
By the way...saya suka datang awal! Bak kata mentor saya Dr Azizan Osman " How you do anything is how you do everything! ". Faham ke faham? Hehe. Datang lambat memang tak best. Sebabnya nanti mind terkejar-kejar and you tak dapat fokus dengan apa yang you nak belajar. Datang dah kelam kabut,penat,rushing,masuk kelas termengah-mengah ohhh noooo thats not my style babeh.... Sebab tu datang awal is a must bagi saya (kecuali lah if ada emergency takleh nak elakkan ye)
Blogging For Millionaires 5.0 By Master Aishah/Master Puteri/Master Alin
Basically apa yang boleh saya kongsikan disini ialah kat kelas ni diajar tips-tips menulis blog,cara memupuk minat nak tulis blog dan pandangan saya kelas ni sesuai untuk yang dah ada blog dan dah ada knowledge serba sedikit tentang blog. Untuk yang masih baru,tak penah blogging,tak pernah klik pun blogspot atau wordpress,memang confirm you akan terkial-kial dengar apa yang speaker cakapkan masa tu. So pada saya,golongan yang ada average knowledge tentang blog sesuai untuk join BFM ni.
Oh lupa nak cakap,saya ni blogger dari tahun 2008 dulu tau. Hihi. Tapi blog lama semua dah delete. HAHA. Tahun 2011-2012 saya pernah start over blogging secara serius tentang persiapan majlis perkahwinan saya dan paling best nak tau apa? Pihak Intrend penah email saya dan bagitau blog saya terpilih dalam 100 blog Terbaik dari Blogger Malaysia something like that. Fuhh awesomenya masa tu. Followers saya tak ramai sangat ada dalam hampir 300 followers lah but memang syok tengok blog sendiri keluar dalam majalah uolsss.... Rasanya keluaran entry March 2012 tak silap (masa ni lagi 2 bulan nak kahwin). Happy tau bila blog kita jadi pilihan editor majalah kiranya blog kau jadi rujukan ramai khasnya bagi bride to be yang buat persiapan perkahwinan. Blog tu ada alagi still wujud tapi saya dah privatekan nak buat kenangan sendiri hehehe..
Tak payah cari saya,sekali tengok dah tau yang mana kikiki
Back to the topic,sebenarnya ada banyak lagi yang perlu dimprove dan banyak lagi yang saya taktau tentang dunia blog. Menulis blog juga boleh memberi pengaruh yang besar pada readers dan peminat you (silent reader maybe?). Contoh blogger yang famous macam Fatin Liyana,Fatin Suhana,Hanis Zalikha,Vivy Yusof,MamaFaiz,Dr Halina dan ramai lagi bloggers yang ada style dan cerita masing-masing. They do business too in their blog and faham-faham jela kalau pengaruh dah besar,berniaga apa pun tetap masyuk! But it takes time untuk bina blog you jadi santapan orang ramai. You kena sabar,rajin dan konsisten. Boleh scool over and read their blog untuk belajar cara penulisan yang kreatif dan menarik minat orang baca. After all,is all about you yourself jugak..if you happy with your life,people pun happy nak follow your blog,facebook,instagram kan? Siapa suka follow orang yang negative or kuat meroyan? Oh please! Im alergic to negativity.
Sandwich ni sedap giler. Saya belanja diorang semua dan order kat instagram @Garsa.Kitchen
Habis licin ye. Order 2 box large tak cukup untuk 30 orang rupanya hihihi saya sempat grab awal-awal 3 pcs untuk diri sendiri haha! Lepas ni confirm order lagi yummeyyyyyyyyy sangat!
Saya berhajat jugak nak buat kelas BASIC FOR BLOGGING untuk group Phenomenal saya. InsyaAllah kena sediakan text dan slide jugak supaya orang mudah faham. Alhamdulillah this month sahaja saya dapat ilmu Marketing Instagram Power dan Blogging. Memang best! Saya ni gile online! Saya suka sangat godek sana sini and join kelas sana sini untuk upgrade knowledge saya. Bukan nak puji diri sendiri la tapi bila orang tanya eh macamana you tau itu ini bla bla ye?
Jawapanya kena rajin cari info,membaca,belajar dari orang yang dah terbukti berjaya. Bukan maksud saya you tak rajin or malas bila saya cakap kena rajin tu...tapi itulah kenyataannya yang you perlu buat iaitu RAJIN. Nak jadi jutawan mana boleh malas-malas ye tak? Hihi..
Ok thats all for now... Nanti saya update pula kisah coaching dengan anak buah saya. Bakal leader tu. Saya yakin dia akan naik Supervisor this february. InsyaAllah. Till then! Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment