Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Monday, May 4, 2015

30 tahun pada 30 April


Lamanyaaaaa tak update heheheh. Banyak aktif kat instagram jer so kalau nak ikut instagram saya boleh follow @ekinshaklee . 

Alhamdulillah penutup April last month juga saya dah tua setahun lagi. Syukur Alhamdulillah sebab Allah berikan peluang untuk sampai ke umur 30 tahun tahun ni.






Beli hadiah sendiri jer wakakaka...dapatlah sepadang kasut pink Carlo Rino. Selesa habisssss! Sales pulak tu hehe tu yang rembat. Reward diri sendiri lagi puas hati. Malam tu pegi makan dekat Secret Recipe dengan family. Tak dapat celebrate dengan husband atas sebab-sebab tertentu tapi 5 mei ni wajib celebrate sebab anniversary kami...tak sabar nak dapat hadiah hahaha..

Tq semua pada yang wish birthday haritu kat facebook,instagram,whatsapp...tqtqtq so much! Muahs!

Tuesday, April 14, 2015

Shaklee memang pilihan majoriti rakyat malaysia


Harini memang busy sangat. Sebab order masuk berderu-deru ya Allah tak menang tangan nak handle..apa-apa pun memang syukur sangat sebab customer non stop order dan ada yang repeat order syukur ya rabb atas rezeki MU kepada ku ni.

Memang tengahari baru menapak kat poslaju hehe sebab check payment,bungkus dan tulis poslaju punya consignment note lagi makan masa kan hehe. So lunch memang tak sempat la jadi saya bancuh laju-laju Cinch perisa cafe late dengan ESP. Kenyang sampai petang.





Sebahagian dari parcel. Ni 1st trip. Sebab saya ulang alik pegi poslaju 2x dan ambik barang lagi kat shaklee wangsa maju sebab tak cukup hehe. 







2nd trip punya pos dan salah satunya customer beli Vit C Sustained Release. Moga customer happy dapat parcel comel macamni la hehe



Besok pun ada order lagi,saya nak borong CINCH perisa Chocolate promo BUY 3 FREE 1 tu dan nak COD satu botol Ostematrix kat Ampang Point waktu malam. Saya prefer waktu malam kat Ampang Point sebabnya parking susah nak dapat waktu siang. Atau weekends boleh la waktu pagi COD kat sana hehe. 

Kalau nak order Shaklee atau COD dengan saya jangan segan-segan contact saya ye. InsyaAllah yang service yang terbaik untuk anda saya berikan.


EKIN
whatsapp 019-3739052

Sunday, January 25, 2015

Cara buat blog dan teknik rahsia blogging

 
Ok ni kelas sabtu lepas dekat HQ Shaklee di bangunan Pinnacle Sunway. Saya datang sharp at 9.30am rupanya kelas ditunda pada jam 10 am! Haha sudahnya kejung situ dengan 2 orang lagi geng Shaklee yang sampai awal. Adeh samada saya tak alert atau tak diupdate. Its ok..
 
By the way...saya suka datang awal! Bak kata mentor saya Dr Azizan Osman " How you do anything is how you do everything! ". Faham ke faham? Hehe. Datang lambat memang tak best. Sebabnya nanti mind terkejar-kejar and you tak dapat fokus dengan apa yang you nak belajar. Datang dah kelam kabut,penat,rushing,masuk kelas termengah-mengah ohhh noooo thats not my style babeh.... Sebab tu datang awal is a must bagi saya (kecuali lah if ada emergency takleh nak elakkan ye) 
 
 
 
 
Blogging For Millionaires 5.0 By Master Aishah/Master Puteri/Master Alin
 
 
 
Basically apa yang boleh saya kongsikan disini ialah kat kelas ni diajar tips-tips menulis blog,cara memupuk minat nak tulis blog dan pandangan saya kelas ni sesuai untuk yang dah ada blog dan dah ada knowledge serba sedikit tentang blog. Untuk yang masih baru,tak penah blogging,tak pernah klik pun blogspot atau wordpress,memang confirm you akan terkial-kial dengar apa yang speaker cakapkan masa tu. So pada saya,golongan yang ada average knowledge tentang blog sesuai untuk join BFM ni.
 
 
Oh lupa nak cakap,saya ni blogger dari tahun 2008 dulu tau. Hihi. Tapi blog lama semua dah delete. HAHA. Tahun 2011-2012 saya pernah start over blogging secara serius tentang persiapan majlis perkahwinan saya dan paling best nak tau apa? Pihak Intrend penah email saya dan bagitau blog saya terpilih dalam 100 blog Terbaik dari Blogger Malaysia something like that. Fuhh awesomenya masa tu. Followers saya tak ramai sangat ada dalam hampir 300 followers lah but memang syok tengok blog sendiri keluar dalam majalah uolsss.... Rasanya keluaran entry March 2012 tak silap (masa ni lagi 2 bulan nak kahwin). Happy tau bila blog kita jadi pilihan editor majalah kiranya blog kau jadi rujukan ramai khasnya bagi bride to be yang buat persiapan perkahwinan. Blog tu ada alagi still wujud tapi saya dah privatekan  nak buat kenangan sendiri hehehe..
 
 

 
 
Tak payah cari saya,sekali tengok dah tau yang mana kikiki
 
 
 
Back to the topic,sebenarnya ada banyak lagi yang perlu dimprove dan banyak lagi yang saya taktau tentang dunia blog. Menulis blog juga boleh memberi pengaruh yang besar pada readers dan peminat you (silent reader maybe?). Contoh blogger yang famous macam Fatin Liyana,Fatin Suhana,Hanis Zalikha,Vivy Yusof,MamaFaiz,Dr Halina dan ramai lagi bloggers yang ada style dan cerita masing-masing. They do business too in their blog and faham-faham jela kalau pengaruh dah besar,berniaga apa pun tetap masyuk! But it takes time untuk bina blog you jadi santapan orang ramai. You kena sabar,rajin dan konsisten. Boleh scool over and read their blog untuk belajar cara penulisan yang kreatif dan menarik minat orang baca. After all,is all about you yourself jugak..if you happy with your life,people pun happy nak follow your blog,facebook,instagram kan? Siapa suka follow orang yang negative or kuat meroyan? Oh please! Im alergic to negativity.
 

 
 
 
Sandwich ni sedap giler. Saya belanja diorang semua dan order kat instagram @Garsa.Kitchen
Habis licin ye. Order 2 box large tak cukup untuk 30 orang rupanya hihihi saya sempat grab awal-awal 3 pcs untuk diri sendiri haha! Lepas ni confirm order lagi yummeyyyyyyyyy sangat!
 
 
 
Saya berhajat jugak nak buat kelas BASIC FOR BLOGGING untuk group Phenomenal saya. InsyaAllah kena sediakan text dan slide jugak supaya orang mudah faham. Alhamdulillah this month sahaja saya dapat ilmu Marketing Instagram Power dan Blogging. Memang best! Saya ni gile online! Saya suka sangat godek sana sini and join kelas sana sini untuk upgrade knowledge saya. Bukan nak puji diri sendiri la tapi bila orang tanya eh macamana you tau itu ini bla bla ye?
 
Jawapanya kena rajin cari info,membaca,belajar dari orang yang dah terbukti berjaya. Bukan maksud saya you tak rajin or malas bila saya cakap kena rajin tu...tapi itulah kenyataannya yang you perlu buat iaitu RAJIN. Nak jadi jutawan mana boleh malas-malas ye tak? Hihi..
 
 
 
 
 
Ok thats all for now... Nanti saya update pula kisah coaching dengan anak buah saya. Bakal leader tu. Saya yakin dia akan naik Supervisor this february. InsyaAllah. Till then! Assalamualaikum.
 
 
 


Thursday, January 22, 2015

Perjalanan sebelum jadi WAHW (Work At Home Wife)

 
Assalamualaikum semua...
 
Jarang saya cerita kisah saya kat blog ni. Kekonon sangat private person. Eh betul la.. saya seorang yang sangat private. Again,bukan semua saya cerita dan longgokkan dalam blog ni. Whats remain private will remain as private. Bukan artis pun untuk semua orang tau hehe. Kalau saya nak kongsi cerita pada seseorang saya akan tengok character orang tu dulu. Macamana? Saya akan pilih. Yes im a choosy person. Mungkin anugerah Tuhan buat saya ialah saya walaupun saya sedang berwhatsapp atau bermesej dengan seseorang,saya dah tau orang tu macamana. Sense saya kuat hihihi...
 
 
So apa yang saya buat setiap hari? Ok ni longgggg story ye. Bersedia dengan minda yang cergas dikala tengahari menjelma ni. Since saya jarang nak intro diri saya kat blog ni. Tak kisah la readers banyak ke tak tapi saya pasti lepas ni ramai akan suka baca blog ni hee. b
 
 
 
 
Selit gambar ni,pagi tadi punya breakfast. Tu la untungnya duduk rumah. Tapi gaji tetap masyuk.... i love Shaklee! 
 
 
 
Saya dah hampir 3 tahun kahwin (insyaAllah bulan Mei ni genap 3 tahun doakan ye) but masih belum ada lagi rezeki nak ada rumah sendiri (insyaAllah soon sebab sekarang tengah survey rumah juga) So kehidupan saya berpindah-pindah. Sebab apa? Faktor kerjaya suami saya. Suami saya seorang yang hebat - kat dapur jer la haha. Dah dapat agak? Beliau Chef. Sous Chef yang dah berpengalaman hampir 10 tahun lamanya dalam bidang culinary. Dan saya juga wberkelulusan Diploma In Culinary Art dari sebuah kolej swasta.
Ouhh husband dia chef,dia pun ex culinary student..padanlah bertemu jodoh! Semua orang akan cakap macamtu. Blergh. Sorryla engkorang teka silap. Masa kenal saya tak tau dia ni Chef. Dia pun tak tahu saya ni ex student culinary. Jodoh kan rahsia Allah? Macamana kami meet up tak perlu lah saya cerita kat sini. Tersangat peribadi. Biarlah moment indah tu kekal dalam hati dan ingatan saya jer hihi.
 
 
So lepas nikah dan majlis semua.. saya hijrah ke Singapore. Sebab suami kerja sana. Sempatlah kerja sana kejap. Double weh gaji kat sana! Aku pun nak merasa jugak HAHA. So dapatlah saya kerja kejap di Marina Bay Sands Hotel dan Shangri-La Hotel. To be honest,Shangri-La Hotel lagi best compare to MBS (ni disaster punya tempat kerja sebab tu saya resign,bluwekkkk tapi takyah cerita kot benda tak best klat blog hilang charge-charge positive saya nanti hehe).
 
 
 
Merasa pegang duit dollar....hehehe
 

So dapatlah tak sampai 6 month saya kerja sana then saya balik Malaysia atas sebab tertentu. Masa kerja di Singapore range gaji dalam RM3500 hingga RM4500. Besar bagi saya. Memang bestlah dapat gak kumpul duit kan. Tapi yang tak bestnya saya kena kerja shift. Pernah kena overnight so suami stay rumah sorang-sorang ohhhhh sedih ok! Life takde sangat. Nak jalan-jalan kat Singapore pun jarang..... dua-dua macam busy.
Hurm. (kira nak cakap saya resign sebab saya berkorban lah nak tumpu kat suami hikhik)

Then after a few month saya balik semula ke Singapore. Biasa lah hidup pindah randah ni lagipun saya balik rumah family kat KL. Balik KL saya suka sangat sebab KL ada macam-macam food yang super delyshhhh emmm yummeyyy yang tidak akan saya dapat di Singapore. Kami husband-wifey sama-sama ada keluarga di Kuala Lumpur. Kadang-kadang balik sama,kadang balik asing gitulah kisahnya. Saya memang selalu jugak keluar masuk Singapore sebab nya procedure sana,lepas dah tak kerja mana pakai work premit lagi. So bila dah keluar masuk pakai visit pass ni faham jela ye..they are very strict tau (kisah berkejar bus turun naik kat kastam lagi memang takleh dilupakan haha.. tapi lega habis dah episod tu,pengalaman yang takleh dijual beli ) After 30 days kena keluar 1 month untuk duduk Malaysia...then baru boleh masuk balik. Benda ni berlarutan few month jugak.
 
Sekarang ni suami di Brunie. Saya duduk Brunie pun kejap jer dalam 2 bulan macamtu sebab suami dapat tempat lain lepas ni. Hambik kau.... pindah lagi. Kalau korang leh tahan? Hihi. Setiap dugaan tu Allah bagi dah tentu berbaloi dan atas kesanggupan hambaNya kan? Currently saya di Kuala Lumpur rumah parents. Hujung bulan ni suami habis di Brunie kemudian standby untuk fly lagi tempat lain. Saya pun ikut tau hehe cuma few month lepas suami pergi sebab procedure negara middle east memang macamtu. Nak nangis takde daya dah. Sebab dah biasa! Sebab saya kan ironlady....kuat luaran dan dalaman gitu. But this time im soooo happy. Kenapa? Nantilah episod baru di tempat orang saya bakal cerita few month lagi.
 
Tapi orang taktahu. Orang nampak yang indah-indah jer... Rasa penat,spend duit,masa tenaga,emosi lagi tak berapa stabil sebab keadaan yang sangat hmmm Allah sahaja yang tau. And atas dasar itu,saya rasa sebab tu Allah belum lagi kurniakan kami zuriat. Bayangkan kalau saya ada baby,ke hulur kehilir everymonth? Tak ke kesian kat baby...takleh nak bayangkan. So every yang berlaku ada hikmah ok. Takde benda yang Allah bagi tu tak baik untuk kita. Semua bersebab.
 
 
 
 
After all baru saya faham hikmah tu besar kebaikkannya
 
 
 
The story is not endin up in Singapore only. Selepas suami tekad nak keluar dari Singapore (mencari yang halal ni memang banyak dugaannya). Hampir 8 bulan juga kami di KL menumpang rumah keluarga saya. Oh ni drama sikit la sepanjang 8 bulan ni. Boleh dikatakan kami tengah struggle dalam life dan diambang mood merundum saat ni. Tapi saya diam. Tak perlu cerita pada sesiapa. Yes memang takde siapa pun tau apa yang kami lalui. Well manusia suka judge,suka sangka buruk suka cakap belakang-belakang saya tak peduli dah. Sebab apa yang saya tahu,waktu suami saya tengah kesusahan yang ada disisi dia hanyalah SAYA. Saksinya? Allah nampak segalanya. Ada hikmah disebalik perkara ni pun. Sebab perkara ni berlaku lah suami buka mata tentang business Shaklee yang sedang saya usahakan sekarang ni. (saya mula business Shaklee hujung tahun 2013)
 
Dulu memang tak disokongnya. Kisah airmata memang bergelen lah cuma belum sampai ke tahap 7 gunung airmata lagi. Baru 1 gunung saya daki. Longggggg way to go. Hasil business Shaklee saya ada bantu suami sikit-sikit ikut kemampuan everymonth yang agak tersepit kadang-kadang. Bagitau orang lain? NO. No need saya jaja cerita kisah saya tolong suami berapa berapa pada orang lain. Cukup hanya Allah sahaja yang tau. Sebab saya dah nekad,pandangan manusia ni semuanya tak penting! Yang penting Allah pandang kita dan tau hati kita ikhlas. Full stop. So sebabkan tu suami saya buka mata,isteri yang tak berkerja ni mampu tolong juga disaat stuck! Tak banyak pun,atleast bantu waktu tersekat kan. Ya dengan hanya guna bonus business Shaklee. Sebab saya pernah katakan,langit tak selalunya cerah. Harini kita mewah,esok lusa kita susah. Harini suami sihat,esok lusa belum tentu. Kalau suami kita sakit,tak boleh berkerja adakah kita nak mengharapkan bantuan or pinjam dari orang??
 
Saya bukan jenis macamtu. Pada saya,saya nak usaha sendiri dari awal. Sebab keberangkalian nya akan datang kita tak tahu. Saya taknak jadi suri rumah yang taktahu apa-apa pasal dunia luar,kalau ditakdirkan ada anak hanya tahu jaga anak...ohhh nooooooo saya bukan macamtu. Sebagai wanita kena jadi bijak. Bijak bermaksud,you pandai plan untuk keluarga you. You pandai cari side income untuk topup apa-apa keperluan dan you kena bijak sediakan payung sebelum hujan. You never know whats gonna happend next! You kena keluar dari comfort zone you. Barulah you ada semangat dalam business atau apa sahaja yang you usahakan. Kalau suami kaya duit berjuta sekalipun,you takkan tahu bila dia sakit,bila dia mati atau bila dia tak boleh buat apa-apa...sebab tu semua rahsia Allah. Kan? Kita as a wife kena get ready dari awal. Tak boleh sepanjang masa nak berhoneymoon jer,nak bersuka ria jer,nak happy-happy jer. Nak shopping...nak berjimba...nak perabis duit...haha kalau income satu juta you nak belanja sakan sukahatilah kan. For now,saya dalam perjalanan untuk buktikan yang saya suri rumah pun ada income 4 angka. Ko hado? Kihkih..
 
Terus terang walapun suami saya terlebih mampu nak support saya everymonth,tapi saya tak pandang semua tu. Saya hargai pemberiannya walau berapa pun, tapi yang saya pandang dan banggakan ialah saya mampu cari duit sendiri. Bagi mak ayah pun guna bonus Shaklee saya tau... best tak? Saya tak tahula kalau orang lain style macamana,bukan sebab saya over thinking ke apa tapi saya suka prepare untuk future. Saya tak suka bila dah terjadi baru mengelabah dan terhegeh-hegeh. Masa tu tak guna satu sen pun ~ pada pandangan saya laaaaaa...
 
Sebab tu saya nekad bersama Shaklee without turning back. Dan alhamdulillah support dari suami dan family buat saya lebih bersemangat lagi! Walaupun perjalanan saya agak slow tak macam orang lain berdesup naik rank tiap bulan tapi saya yakin rezeki untuk saya tu ada. Allah akan beri bila tiba masanya. Cuma sekarang saya kemaruk nak naik Sr Supervisor ohhhh God....please help me hehe.
 
 
 
 
Bila kita nekad,tiada satu pun yg boleh buat kita patah semangat! Sebab keajaiban berlaku disaat kita bersungguh-sungguh...
 
 
 
So itulah sedikit sebanyak kisah yang saya rasakan jarang orang lain tempuh. Sebab certain people lepas kahwin dah ada rumah sendiri dah pun,terus pindah lepas tu happily ever after huhu. Memain jer! Hihi. Mana ada hidup yang sepanjang zaman bahagia....cittttt tak style life macamtu. Boring kalau mendatar jer.
 
So pada yang masih belum dapat sokongan suami ke,family ke,atau sesiapa yang rapat dengan korang...takyah risau. Chill babe. Kita ni hidup memang takleh nak pleased everyone. Letihhhhh macamtu. So kita kena buat the best we could. Tunjukkan yang korang boleh buat. Sekali dengan bukti ye. Tentang orang luar... suka ke tak suka ke,orang sayang ke tak sayang ke kat kita ni pedulikan ye. Kalau tak meroyan uolsss...hehe. Fokus pada jalan kita,kehidupan kita,customer kita,leader kita (takyah tengok orang tu orang ni,leader kita sendiri dah cukup ok dah sebab masing-masing ada lebih dan kelemahan sendiri takde yang perfect) dan business kita. InsyaAllah anda akan lebih happy,lebih bahagia dan lebih appreciate dengan apa yang anda ada sekarang. Cukup Allah sahaja yang meredhai perjalanan hidup kita ni.
 
 
P/s: kalau ada yang tak suka jangan baca mana2 entry atau blog saya,sebab kewujudan blog ni bukan nak pleased everyone kat dunia ni. This is my blog so i can write whatever i want kan? Saya tak cerita kisah orang dalam ni (takde masa nak bergosip or mengumpat haha sebab busy dengan my precious wonderful life and business,so blog saya hanya kisah yang indah-indah untuk orang yang berjiwa positive sahaja....so hello positive minded people! You re most welcome here! Sick people please go away lulz)
 
 
Oh jangan lupa promosi Vivix,Alfalfa dan Chew Vita Lea fo children tinggal 8 hari jer lagi. Boleh contact saya untuk order yer. :)
 
 
 
 
 
Ekin Hoza
Whatsapp/sms : 019-3739052


Monday, December 15, 2014

5 Vitamin wajib untuk bawa pergi travel yg simple

Assalamualaikum semua :)

Saya sebenarnya dah selamat sampai di Brunie ahad pagi lepas. Alhamdulillah. Travel sorang2 dipermudahkan olehNYA. Best jugak sebab belajar sendiri kan hehe. Husband memang percayakan saya sebab dia tau wife dia seorang yang sangat independent! Yeahhhh i can do it..

Bab travel ni baju dah jadi perkara kedua terpenting bagi saya. Sekarang ni cuma vitamin jer yang jadi keutamaan.

Yang saya bawa ialah :
Alfalfa - detoks
Gla complex - vitamin cinta
Vit C - elak demam selsema/resdung
Bcomplex - bagi mood yg relax
Vita lea multivitamin - energy booster

Sepatutnya kena bawak Ostematrix untuk hilangkan lenguh badan dan bagi tidur yg lena,tapi kat sini takde apa sangat kurang berjalan jauh so skip la yg ni hehehe..

Order shaklee pun berdesup desup masuk melalui facebook dan whatsapp. Alhamdulillah terima kasih ya Rabb sebab memberikan rezeki yang tak putus-putus pada saya dan suami.

Oklah ni pun update guna handphone jer...rasa kekok dan lain pulak hehehe. Kalau anda nak order produk shaklee jangan segan-segan whatsapp saya ye. Saya sedia membantu anda..insyaallah.

Nur Ashikin Amirudin (Ekin Hoza) Shaklee ID 1069965
SMS/Whatsapp : 019-3739052
Email : info.nutrisisihatekin@gmail.com
Facebook page : Nutrisi Sihat Ekin Facebook personal : Ekin Hoza

Penghantaran ke seluruh Malaysia dan Lain-lain

Friday, December 12, 2014

Bonus dah masuk! Alhamdulillah


Alhamdulillah...

Bila harimau (maybank) dah mengaum di hari jumaat,benda pertama yang saya buat ialah belanja family makan. Alah cuma 2 orang jer iaitu abah dan mama saya. Seronok berbakti pada ibu ayah ni selagi mereka ada. Sebab apa? Mereka adalah keramat hidup saya. Doa mereka lah yang paling mustajab dalam dunia untuk jadikan siapa saya sekarang ni.







Dan rasanya siapa yang kenal saya secara dekat,mereka akan tau yang saya ni suka sangat habiskan duit pada MAKANAN. Di mana ada restaurant atau makanan yang bagus,saya sanggup bayar mahal asalkan makanannya sedap,tiptop,service bagus. Saya rela habiskan beratus ringit hanya untuk jamu keluarga dan suami makan dari berbelanja bab pakaian,tudung dan lain-lain.Oh since saya dah bergaji dengan Shaklee saya memang ada belanja family sendiri dan suami. Itulah istimewanya menjadi suri rumah bergaji 4 angka hihiks..






Bukan nya saya ni tak suka shopping,tapi ntahla sejak dulu im a food lover. Berbaloi rasanya habiskan beratus ringgit untuk makanan yang sedap. Habit ni sejak saya bujang lagi. Lepas kahwin,berjodoh pulak dengan husband yang bidang culinary yang sama dengan saya,lagilah saya enjoy bab makan sebab kami sekepala. Sehari kalau tak cakap pasal makanan atau item yang bagus untuk dimasak tak sah kitaorang ni hehehe.. Janji kami happy kan?

Cakap pasal makanan,husband saya kurus jer. Saya jer yang plum sikit heheh takpela kan bukannya saya gemuk segemuknya..bukannya berat 100kg pun. Hihihi. Makan dalam kawalan. Tapi bab dessert husband tak minat sangat,yang suka dessert ialah saya! Im enjoying dessert so much. But again,dalam keadaan terkawal bukan main hentam kromo makan itu ini.

So hujung minggu ni insyaAllah nak plan date dengan husband makan tempat best. Maybe turun Miri. Tak pasti lagi. Dengar cerita dari mama cery kat Miri tu seafood memang sedap-sedap! Seafood? I like!!!

Nanti kalau sempat turun Miri saya update ok? :)

Saturday, November 1, 2014

Closing October yg indah!

Wahhh lamanya tak menulis blog omg nampak sangat dah bersawang hehe takleh kena tukar bulan november ni kena setiap hari update blog sebanyak 1-2x sehari. Azam bulan baru.

Alhamdulillah selesai sudah clossing Shaklee bulan October yg lepas..syukur sangat. Anak-anak Shaklee ekin pun ada yg dah steady dapat 3 angka...yg mana rajin memang muka dia jer yg dapat. Yg mana malas memang sentiasa telur ayam! Tapi ada aku kisah? Sebab ekin tak pernah rugi apa2..yg rugi orang yg MALAS dan EGO untuk berusaha dan memulakan sesuatu. Sebab setengah orang fikir gaji 3k..5k..dah selesa habisssssss.... Selesa ke? Tepuk dada tanya hati k. Sedangkan separuh dari sahabat Nabi Muhammad SAW adalah JUTAWAN...so kita ni? Kalau jadi jutawan barulah boleh infaq kan harta ke jalan Islam dengan lebih banyak betul betul? Lihat dari sudut positive,jangan banyak buruk sangka pada perjuagan dan cita-cita orang lain. 






Ni masa ekin check report card anak-anak,tak sangka ramai juga anak-anak ekin hehe tapi yang aktive tak semua..biasalah...manusia akan bertindak bila dalam acc bank or poket dia tinggal RM1 jer satu hari nanti  :)








Lepas tu pegila branch Shaklee Wangsa Maju que untuk ambik order customer dan restok barang. Ramai yang datang tapi service cepat jugak alhamdulillah,kurang dari 1/2 jam dah settel semua urusan.



Oh nak cerita,masa ekin kat sana...terjumpa Master Nana Macarona yg cun melecun tu!! Cantikkkkk sangat kecik comel jer,nak bandingkan dengan ekin yg macam gajah ni hukhuk nampak nya kena la daku istiqamah minum Vivix sebab Master Nana memang suka minum vivix thats why kulit macam baby dan slim melim! Duduk depan ekin jer,memula tak perasan tapi bila ramai yang datang salam dan tegur dia ekin baru realise tu Master Nana. Teruja ok....rasa macam aku jumpa artis..kihkih... Tapi tak tegur sebab ekin senyum jer. Dia pun kalut nak clossing so takmaula kacau mood. Semua SID kalau time clossing mood akan jadi singa. Haha...sungguh!






Tudiaaa barang customer order dan ready stok. Walaupun tak banyak macam orang lain yang berkotak-kotak tapi ekin bersyukur sebab rezeki ekin melimpah ruah bulan ni. Alhamdulillah






Waktu malam bila dapat order ekin tak pergi branch dah sebab branch tutup pukul 7 malam. So order online jer. Kalau ekin tak sempat keluar or takde transport memang ekin order online jer. So memang takde alasan la bagi yang takde transport or anak-anak kecik tu,kau bukak jer laptop dan boleh order. Janji ada internet kat rumah. 


Bila kita fikir mudah,segalanya akan jadi mudah.
Fikiran kita mengambarkan apa yg bakal kita dapat.
Bukan senang nak senang,banyak cabaran harus ditempuh.

Hanya yang BERJIWA BESAR bakal menyahut segala cabaran dan ujian.



Adakah anda orang yg BERJIWA dan BERIMPIAN BESAR macam ekin?
Adakah anda inginkan partime income ditengah bulan?
Adakah anda inginkan FINANCIAL FREEDOM?
Adakah anda mahukan kehidupan lebih selesa?


Sertai team saya,MUTIARA Empire.
Peluang menjana 3-6 angka setiap bulan!

Hubungi saya :



Nur Ashikin Amirudin (Ekin Hoza)
Shaklee ID 1069965
SMS/Whatsapp : 019-3739052
Email : zaujah5512@gmail.com
Facebook page : Http://facebook.com/vitaminlovershope
Facebook personal : Ekin Hoza

COD Area : Desa pandan , Kg Pandan , Ampang Point , KLCC , Tesco Ampang , Wangsa Walk dan kawasan yg berhampiran.
Pos ke seluruh Malaysia



Thursday, October 2, 2014

Selamat datang bulan October!




Bulan october dah tiba. Harini dah 2hb October 2014. Cepat masa berlalu. Maaf tak update blog a few days sebab kurang sihat. Nak duduk pun sakit pinggang,maknanya kena ambik Ostematrix dan Gla Complex lebih teratur lepas ni hihihi almaklum ekin juga manusia biasa yg kadang-kadang culas juga bab ambik vitamin ni...tapi yang wajib dan tak boleh tinggal ialah vitamin 3 beradik serangkai favourite iaitu B Complex, Vit C Sustained Release dan Vita Lea. Wajib ambik setiap hari!

Bulan yg best sebab ada dua promosi hebat! ESP dan Meal Shakes....bayangkan baru hari pertama jer anak shaklee ekin dah jual 7 tong ESP! Uiiii mak jeles nokkk.....nak cantas mak ke? Kuikui...takpe tu tandanya anda hadam segala ilmu yg ekin bagi..bagus anak2 mummy ni. Sebab tu mummy sayangggggg korang! Rajin dan fokus!

Bulan ni juga harapan ekin besar sangat2....so ekin list down apa harapan dan impian ekin untuk bulan ni :

- Target naik Sr Supervisor (lahirkan seorang Sup)
- Target nak reach 3000 PUV sendiri (promo ESP senang nak buat! yehaaaa)
- Nak jadi leader yang hebat,memahami,tak kedekut ilmu dan disayangi semua orang..
- Nak jadi org yang lebih cool..tak cepat gelabah or melenting (tapi sejak dah masuk Shaklee dah kurang panas baran hihihi)
- Nak jadi isteri yg solehah dan lembut sikit (wuuuu ekin ni garang,husband lembut...hehe banyak dosa dgn dia so pasni takmau garang2 dah bukan dapat ape pun)
- Nak kembangkan lagi empayar Mutiara Star Millionaire seluruh Malaysia,nak bantu ramai kawan-kawan yg selalu ngadu tak cukup duit untuk sara family dan sekian-sekian...sekarang minyak dah naik kan so this is the time kita pulun buat side income.
- Nak recruit anak2 shaklee dengan lebih baik lagi. Banyak kelemahan ekin tapi ekin akan cuba perbaiki dari masa ke semasa.
- Nak sentiasa bersangka baik. Sebab bila bersangka baik insyaAllah yg dtg pada kita pun yg baik-baik
- Mengidam nak baby. Huhu..dah 2 tahun lebih kahwin...rasanya the best time for having baby sekarang ni...sian kat husband yg suka budak-budak dan  parent dok mengidam cucu pertama,sabar ye...insyaAllah Allah turunkan rezeki tahun ni pada ekin....doakan ekin ye. Diorang penguat ekin dan org yg ada time ekin susah senang. Diorg tau segala yg berlaku adalah jika bukan kerana keizinan Allah swt..takkan jadi juga. So always have faith. InsyaAllah the best time will come. Keep positive and smile.

Sejujurnya bila kita kurang fikirkan apa yg bakal terjadi sekian sekian kita akan jadi bertambah tenang. Sebab tu ekin train diri ekin always bersangka baik dan relax. Takmau stress-stress. Taknak benda negative hinggap kat fikiran ni. Thats why ekin selalu tekan kan pada team ekin supaya sentiasa bersangka baik,jangan mengeluh-ngeluh...jangan peduli org kiri kanan...fokus pada jalan dan matlamat sendiri.

Moga permulaan October adalah yg terbaik buat Ekin dan team. Aamiin!

Tuesday, September 16, 2014

Hadiah MISTERI menanti di Hari Malaysia 16 September 2014

 
Assalamualaikum semua :)
Selamat bercuti ye harini
Mood best sbb husband pun cuti hehehe
Kita pun cuti sbb memang bekerja dari rumah
Cuma masih terima order-order customer melalui whatsapp dan Fb
Alhamdulillah
Terima kasih ye semua!
 
 


 
Ada hadiah MISTERI buat sesiapa order harini!!!
Order melebihi RM300 ekin akan beri FREE POSTAGE & FREE GIFT
 
Order melebihi Rm100 ekin akan beri SPECIAL GIFT
 
 BERMULA HARINI HINGGA JAM 11.30PM 16 SEPT 2014 SAHAJA YE
 
So siapa nak? hehehe...
 
 
Berminat nak order sebarang produk Shaklee?
 
Ekin - SMS/Whatsapp 019 373 9052
FB Page : Vitaminlovershop

COD AREA : Ampang Point, Ampang Park, KLCC, Wangsa Walk, Desa Pandan, Taman Maluri,Taman Nirwana,Tesco Ampang dan kwsn berhampiran
 
POS KE SELURUH MALAYSIA / BRUNIE / SINGAPORE mengikut charge yg ditetapkan oleh pihak pengeposan



Sunday, September 14, 2014

Jalan-jalan di hari Sunday!

Hai assalamualaikum!
 
Hari ahad hari bersama husband kan? Eh gitu....hehe...yerla weekdays dedua busy,so ahad jer leh berdua...berdua lebih baik. No selfie dengan husband sbb husband suka buat muka pelik so kita selfie diri sendiri je hohoooo..
 
 
 
 
 
Tak makeup pun,pakai bedak baby jer then calit lipbalm.
Penangan VIVIX dan Collagen powder mmg awesome!
 
Wide shawl best giler dari @lolawardrobe
Search instagram diorg. Byk gile wide shawl yg cantik2!
Dah 4 helai ekin rembat hehehe..
 
 
 
 
Harini just pergi jalan2 beli brg2 keperluan jer,toiletris dan pegi makan. Kat jusco au keramat memang selalu ekin beli brg2 keperluan ni semua,tempat makan pun banyak. So masuk dalam Mr DIY utk cari free gift for shaklee customers ekin...lepas jumpa jer memang borong banyak2 sampai penuh bakul! Hehe puas hari den! Semoga customer2 juga puas hati ye nanti....haa kalau nak COD shaklee kat Jusco Keramat Au ni pun boleh no hal :)
 

 
 
Free gift pill box yg comel2!
 
 
Nak order Shaklee?
 Berminat? Boleh hubungi ekin ye :)
 
 
Ekin - SMS/Whatsapp 019 373 9052
FB Page : Vitaminlovershop
COD AREA : Ampang Point, Ampang Park, KLCC, Wangsa Walk, Desa Pandan, Taman Maluri,Taman Nirwana,Tesco Ampang
 
POS KE SELURUH MALAYSIA / BRUNIE / SINGAPORE mengikut charge yg ditetapkan oleh pihak pengeposan

Thursday, September 4, 2014

Hadiah naik rank Supervisor!

Assalamualaikum dan hai. Opppsss lama tak update kisah vitamin2 shaklee ku yg super awesome kan? Hehe...
Nk buat quick update apa ekin dpt pagi tadi dari abg pos lajuuuuuu...
Ni dia....hadiah dari San Francisco dan sebotol Vivix (Harganya Rm475)
1st time dpt hadiah beratus2...huhu
 
 
 
 
 
 
Dari Master Izzati ku tersayanggg... Sebab ekin berjaya naik rank Supervisor August lepas..alhamdulillah rezeki Allah pada ekin...syukur sgt. Hadiah ni sebagai pembakar semangat utk ekin daki rank demi rank dan bantu lebih ramai org lagi. Sekarang ekin dah berjaya genggam 4 angka bonus!!
 
Nak rasa mcm yg ekin rasa? Jom sertai team ekin #Mutiara. Hanya bermula dgn Rm65 shj...kini 4 angka jadi nyata..InsyaAllah looking forward for 5 figure income pula..
 
Boleh hubungi ekin utk maklumat lanjut tentang sertai team Ekin yg super hot in town!
 
 
 
 
 

Tuesday, September 2, 2014

Clossing Ogos yg mantap!

Alhamdulillah..

Settel sudah clossing Ogos yg lalu...hehe...setelah brhempas pulas....ya Allah tak tergambar rasanya saat2 nak naik rank tu...mcm2 hal berlaku mencabar pelbagai insiden...takpe simpan tu cerita tu nanti bila dah Master baru selongkar balik kisah ni ye..

Anak2 shaklee pun rajin2 dan lajuuuuu buat sales...ada yg dah rasa 3 angka dah bagus2 semua pakat2 nak keluar dari comfort zone...impian yg besar kalau nak pasti kita redahhh walau macamana sekalipun kan?

Dan siang tadi saje check bonus kat Shaklee2u hehe....Terkejut tengok angkaaaaaa!!! Berair mata ni..hehe Alhamdulilah tercapai hasrat dapat bonus 4 angka this month...

Anda nak jadi seperti saya? Hehe bleh jer ekin akan ajar cara berbusiness dgn baik dan superb!

Contact me ye..
Supervisor Ekin


Thursday, August 21, 2014

My sis 3rd year in Penstate

 
Akhirnya tamat sudah summer holiday adikku Mira di Malaysia. 2 hari lepas dia dah balik US sambung tahun ketiga belajar. Insyallah kalau rezeki,tahun depan habis dah...tapi kalau tak...dia extend 1 tahun lagi..
 
 
 
 
 
 
Alhamdulillah pagi tadi dah dapat news dia dah sampai US dgn selamatnya. Syukur ya Allah. Risau jugak selagi dia tak sampai kan? Pepaham jela keadaan skrg ni...ramai yg fobia naik kapal terbang tapi siapa kita nak persoalkan kekuasaan Allah swt sbb ajal maut di semua ditangannya.
 
Moga adik ekin selamat sahaja disana hendaknya dan grad with flying colours insyaAllah... Aaamiin. 

Wednesday, August 20, 2014

Give Away By MG with Love

 
Assalamualaikum semua dan selamat petang :)
 
 
Org sibuk nak join GA....kita pun nak juge heheheh... saje je isi masa lapang. Amboiiiii lapang sgt la masa kau ekin! Ada lagi 12 hari nak clossing kau boleh ber-GA lagi yer...kau ingat kau dah Master? Kihkih.... Ala ni take a break 10min jer. Jap lagi sambung kerja balik. Ni la yg bestnya bersama Shaklee,offis sendiri,time sendiri manage nak cuti pun cuti sendiri. Tak yah approval bos.
 
Blogger ni nama dia Ekin juga! Wahhhh sama nama kita la weols... Harap ada rezeki ekin lah yer hehehehe :)
 
Siapa nak join jgk,klik kat gambar ni ye! Adios!
 

 
 
http://melangkaugarisan.blogspot.com/2014/08/1st-giveaway-by-melangkau-garisan-with.html
 
 
Bestnya dapat perfume....aummmmm :D

Sunday, August 17, 2014

Segmen - Blogwalking MERDEKA Bersama Ayuinsyirah

 
Assalamualaikum dan hai semua. Saje jer join segmen blogwalking bersama ayuinsyirah ni... sebab terjumpa kat blog Wawa. Actually ramai yg taktau kot ekin dah start blogging since 2008 lagi...adalah dekat 3-4 blog aku buat..tehehe...pastu delete...
 
Then start blogging balik tahun 2011..masa ni bertunang so saje nak create bride to be blog. Mmg ekin active blog sampai followers dkt 300 jugak. Blog ekin sempat masuk magazine Intrend March 2013. Bahagian Perkahwinan ke apa entah tak ingat dah. Sesiapa yg ada issue tu lagi gi la tengok blog nama Lamaransidia hehehe...Rasanya ex bride to be 2012 kenal ekin kot :) Skrg blog tu dah diprivate kan. Jadi kenangan utk ekin tengok sengsorang jer hehehe.. Teringat gak masa writer kat Intrend email ekin tanya soalan macam2 then katanya nak blog ekin terpilih masuk magazine. Masa tu tak teruja pun...yela ingatkan tipu..rupanya betul! Kwn ekin yg share kat twitter and msg ekin bagitau 'Mcm kenal jer blog sapa dalam magazine ni". Ohhhh remembering those sweet moment! Kira time tu gila glamer gak larr haha! (-.-')
 
Ekin stop tulis blog lepas kahwin sbb pindah singapore ikut husband. Lama gak lah pencen. Lebih setahun gakla. Ada buat yg baru asyik tak jadi. Haha last2 wujud la blog gabungan personal dan Shaklee ni sekali. Hehehe...
 
Kenapa ekin suka tulis blog? KEPUASAN! Seronok sebenarnya. Mcm kita bercerita dpn org. Bukan diary..sebb bukan semua ekin campak dlm ni. Ada yg boleh tulis ekin tulis la. Ada yg private dendiam sudah. Hehe.
 
 
 
http://www.ayuinsyirah.my/2014/08/senarai-peserta-segmen-blogwalking.html
 
 
Thank you dear Ayu Insyirah create segmen ni. Moga ekin dapat gain followers ramai lagi melalui blog baru ni insyaAllah :)
 

Saturday, August 16, 2014

Throwback Raya 2014!

Assalamualaikum semua selamat berhujung minggu!! Apa khabar uols? Harap semua sihat2 belako lah yer...hehe...
 
Minggu ni memang asyik open house je kan? Hohoho ekin tetap standby vitamin Shaklee sebelum makan di rumah terbuka. Selalunya ekin akan standby Phytocol-St utk block kolestrol dalam badan dan Lecithin untuk uraikan lemak2 dlm badan. Selain tu,kalau ekin rasa overdose makan sangat utk satu hari tu,malam ekin akan makan Herblax  utk cuci balik usus2 yg dah bantu menghadamkan segala makanan berlemak dan berkolestrol.
 
So ekin nak throwback raya 2014 yg simple kali ni. Alhamdulillah kali ni kali kedua ekin beraya dgn suami. Syukur Alhamdulillah dapat beraya di Kuala Lumpur this year. This year beraya di umah mertua since family beraya di kampung. Tak dapat jumpa tok dan tokwan ekin this yer sobsss sobsss...sedih sangat. Dah masuk tahun kedua jugak tak dpt balik beraya hari pertama kat kampung. Suami kerja,takpela korban sikit insyaAllah tahun ketiga ekin boleh beraya di kampung halaman ku di kedah.
 
Layan kan jela gambar2 ni ye. Gambar pertama ekin dgn suami masa raya pertama di umah mertua. Sekeping ni jer. Sebab kitaorang sampai pun lepas zohor. Gambar yang lain sewaktu ekin dan family serta husband menghadiri majlis perkahwinan dua pupu ekin di Kelab Golf di Damansara waktu malam, So whole family berjumpa kat situ masa wedding kiranya meet up utk wedding dan hari raya sekali hehe...sekali harung jer sonang..


 

Ekin dan beloved husband :) Nampak mcm pregnant heheh sebenarnya baju ni besar,jubah ekin buat luas sikit bagi selesa,kain depan tu keras sikit sebab lace tu keras,...tu yang nampak berbentuk..org ingat ekin preggy/gemuk haha macam2 presepsi org tapi hakikatnya ekin slim jer...tak caya tengok gambar bawah ni pula..




 Haaa nampak? Ekin berbaju biru...tak nampak perut pun kan? Sebab mmg ekin blum preggy lagi masa ni dan slim (ewahhhhh puji diri sendiri hehehe)
Ni ekin,mama dan adik :)
 
 
 
 
Our Family Raya Potrait 2014
 
 
 
 
Ni kat meja makan,tu pakcik dan makcik ekin belah abah. Taktau tengah rancak berbual pasai apa ntahhhh....tengok menjoyah sangat ekin gelak kan haha... Suami pulak control macho...ececehhhh... (Sayang dia!)
 
 
So itu jer kisah raya ekin. Ekin just masak spaghetti bolognaise jer kat umah,sebab family balik kampung,so kami berdua jer... Suami belikan lemang sebatang pagi raya tu lepas solat raya then kami makan sama2...sedar2 dah nak masuk zohor...hehehe..dating berdua di hari raya... syok tau... so sapa tak kahwin lagi kahwin ler cepat2 hehehe...(gurau jer!)
 
 
So raya yg lepas korang sambut macamna? Mesti meriah kan? Hehehehe...
Ohh ye kalau ada yg nak order Shaklee...jgn lupa contact ekin tau! Whatsapp ekin jer 019 373 9052. Till the next entry ya!