Assalamualaikum semua...
Jarang saya cerita kisah saya kat blog ni. Kekonon sangat private person. Eh betul la.. saya seorang yang sangat private. Again,bukan semua saya cerita dan longgokkan dalam blog ni. Whats remain private will remain as private. Bukan artis pun untuk semua orang tau hehe. Kalau saya nak kongsi cerita pada seseorang saya akan tengok character orang tu dulu. Macamana? Saya akan pilih. Yes im a choosy person. Mungkin anugerah Tuhan buat saya ialah saya walaupun saya sedang berwhatsapp atau bermesej dengan seseorang,saya dah tau orang tu macamana. Sense saya kuat hihihi...
So apa yang saya buat setiap hari? Ok ni longgggg story ye. Bersedia dengan minda yang cergas dikala tengahari menjelma ni. Since saya jarang nak intro diri saya kat blog ni. Tak kisah la readers banyak ke tak tapi saya pasti lepas ni ramai akan suka baca blog ni hee. b
Selit gambar ni,pagi tadi punya breakfast. Tu la untungnya duduk rumah. Tapi gaji tetap masyuk.... i love Shaklee!
Saya dah hampir 3 tahun kahwin (insyaAllah bulan Mei ni genap 3 tahun doakan ye) but masih belum ada lagi rezeki nak ada rumah sendiri (insyaAllah soon sebab sekarang tengah survey rumah juga) So kehidupan saya berpindah-pindah. Sebab apa? Faktor kerjaya suami saya. Suami saya seorang yang hebat - kat dapur jer la haha. Dah dapat agak? Beliau Chef. Sous Chef yang dah berpengalaman hampir 10 tahun lamanya dalam bidang culinary. Dan saya juga wberkelulusan Diploma In Culinary Art dari sebuah kolej swasta.
Ouhh husband dia chef,dia pun ex culinary student..padanlah bertemu jodoh! Semua orang akan cakap macamtu. Blergh. Sorryla engkorang teka silap. Masa kenal saya tak tau dia ni Chef. Dia pun tak tahu saya ni ex student culinary. Jodoh kan rahsia Allah? Macamana kami meet up tak perlu lah saya cerita kat sini. Tersangat peribadi. Biarlah moment indah tu kekal dalam hati dan ingatan saya jer hihi.
So lepas nikah dan majlis semua.. saya hijrah ke Singapore. Sebab suami kerja sana. Sempatlah kerja sana kejap. Double weh gaji kat sana! Aku pun nak merasa jugak HAHA. So dapatlah saya kerja kejap di Marina Bay Sands Hotel dan Shangri-La Hotel. To be honest,Shangri-La Hotel lagi best compare to MBS (ni disaster punya tempat kerja sebab tu saya resign,bluwekkkk tapi takyah cerita kot benda tak best klat blog hilang charge-charge positive saya nanti hehe).
Merasa pegang duit dollar....hehehe
So dapatlah tak sampai 6 month saya kerja sana then saya balik Malaysia atas sebab tertentu. Masa kerja di Singapore range gaji dalam RM3500 hingga RM4500. Besar bagi saya. Memang bestlah dapat gak kumpul duit kan. Tapi yang tak bestnya saya kena kerja shift. Pernah kena overnight so suami stay rumah sorang-sorang ohhhhh sedih ok! Life takde sangat. Nak jalan-jalan kat Singapore pun jarang..... dua-dua macam busy.
Hurm. (kira nak cakap saya resign sebab saya berkorban lah nak tumpu kat suami hikhik)
Then after a few month saya balik semula ke Singapore. Biasa lah hidup pindah randah ni lagipun saya balik rumah family kat KL. Balik KL saya suka sangat sebab KL ada macam-macam food yang super delyshhhh emmm yummeyyy yang tidak akan saya dapat di Singapore. Kami husband-wifey sama-sama ada keluarga di Kuala Lumpur. Kadang-kadang balik sama,kadang balik asing gitulah kisahnya. Saya memang selalu jugak keluar masuk Singapore sebab nya procedure sana,lepas dah tak kerja mana pakai work premit lagi. So bila dah keluar masuk pakai visit pass ni faham jela ye..they are very strict tau (kisah berkejar bus turun naik kat kastam lagi memang takleh dilupakan haha.. tapi lega habis dah episod tu,pengalaman yang takleh dijual beli ) After 30 days kena keluar 1 month untuk duduk Malaysia...then baru boleh masuk balik. Benda ni berlarutan few month jugak.
Sekarang ni suami di Brunie. Saya duduk Brunie pun kejap jer dalam 2 bulan macamtu sebab suami dapat tempat lain lepas ni. Hambik kau.... pindah lagi. Kalau korang leh tahan? Hihi. Setiap dugaan tu Allah bagi dah tentu berbaloi dan atas kesanggupan hambaNya kan? Currently saya di Kuala Lumpur rumah parents. Hujung bulan ni suami habis di Brunie kemudian standby untuk fly lagi tempat lain. Saya pun ikut tau hehe cuma few month lepas suami pergi sebab procedure negara middle east memang macamtu. Nak nangis takde daya dah. Sebab dah biasa! Sebab saya kan ironlady....kuat luaran dan dalaman gitu. But this time im soooo happy. Kenapa? Nantilah episod baru di tempat orang saya bakal cerita few month lagi.
Tapi orang taktahu. Orang nampak yang indah-indah jer... Rasa penat,spend duit,masa tenaga,emosi lagi tak berapa stabil sebab keadaan yang sangat hmmm Allah sahaja yang tau. And atas dasar itu,saya rasa sebab tu Allah belum lagi kurniakan kami zuriat. Bayangkan kalau saya ada baby,ke hulur kehilir everymonth? Tak ke kesian kat baby...takleh nak bayangkan. So every yang berlaku ada hikmah ok. Takde benda yang Allah bagi tu tak baik untuk kita. Semua bersebab.
After all baru saya faham hikmah tu besar kebaikkannya
The story is not endin up in Singapore only. Selepas suami tekad nak keluar dari Singapore (mencari yang halal ni memang banyak dugaannya). Hampir 8 bulan juga kami di KL menumpang rumah keluarga saya. Oh ni drama sikit la sepanjang 8 bulan ni. Boleh dikatakan kami tengah struggle dalam life dan diambang mood merundum saat ni. Tapi saya diam. Tak perlu cerita pada sesiapa. Yes memang takde siapa pun tau apa yang kami lalui. Well manusia suka judge,suka sangka buruk suka cakap belakang-belakang saya tak peduli dah. Sebab apa yang saya tahu,waktu suami saya tengah kesusahan yang ada disisi dia hanyalah SAYA. Saksinya? Allah nampak segalanya. Ada hikmah disebalik perkara ni pun. Sebab perkara ni berlaku lah suami buka mata tentang business Shaklee yang sedang saya usahakan sekarang ni. (saya mula business Shaklee hujung tahun 2013)
Dulu memang tak disokongnya. Kisah airmata memang bergelen lah cuma belum sampai ke tahap 7 gunung airmata lagi. Baru 1 gunung saya daki. Longggggg way to go. Hasil business Shaklee saya ada bantu suami sikit-sikit ikut kemampuan everymonth yang agak tersepit kadang-kadang. Bagitau orang lain? NO. No need saya jaja cerita kisah saya tolong suami berapa berapa pada orang lain. Cukup hanya Allah sahaja yang tau. Sebab saya dah nekad,pandangan manusia ni semuanya tak penting! Yang penting Allah pandang kita dan tau hati kita ikhlas. Full stop. So sebabkan tu suami saya buka mata,isteri yang tak berkerja ni mampu tolong juga disaat stuck! Tak banyak pun,atleast bantu waktu tersekat kan. Ya dengan hanya guna bonus business Shaklee. Sebab saya pernah katakan,langit tak selalunya cerah. Harini kita mewah,esok lusa kita susah. Harini suami sihat,esok lusa belum tentu. Kalau suami kita sakit,tak boleh berkerja adakah kita nak mengharapkan bantuan or pinjam dari orang??
Saya bukan jenis macamtu. Pada saya,saya nak usaha sendiri dari awal. Sebab keberangkalian nya akan datang kita tak tahu. Saya taknak jadi suri rumah yang taktahu apa-apa pasal dunia luar,kalau ditakdirkan ada anak hanya tahu jaga anak...ohhh nooooooo saya bukan macamtu. Sebagai wanita kena jadi bijak. Bijak bermaksud,you pandai plan untuk keluarga you. You pandai cari side income untuk topup apa-apa keperluan dan you kena bijak sediakan payung sebelum hujan. You never know whats gonna happend next! You kena keluar dari comfort zone you. Barulah you ada semangat dalam business atau apa sahaja yang you usahakan. Kalau suami kaya duit berjuta sekalipun,you takkan tahu bila dia sakit,bila dia mati atau bila dia tak boleh buat apa-apa...sebab tu semua rahsia Allah. Kan? Kita as a wife kena get ready dari awal. Tak boleh sepanjang masa nak berhoneymoon jer,nak bersuka ria jer,nak happy-happy jer. Nak shopping...nak berjimba...nak perabis duit...haha kalau income satu juta you nak belanja sakan sukahatilah kan. For now,saya dalam perjalanan untuk buktikan yang saya suri rumah pun ada income 4 angka. Ko hado? Kihkih..
Terus terang walapun suami saya terlebih mampu nak support saya everymonth,tapi saya tak pandang semua tu. Saya hargai pemberiannya walau berapa pun, tapi yang saya pandang dan banggakan ialah saya mampu cari duit sendiri. Bagi mak ayah pun guna bonus Shaklee saya tau... best tak? Saya tak tahula kalau orang lain style macamana,bukan sebab saya over thinking ke apa tapi saya suka prepare untuk future. Saya tak suka bila dah terjadi baru mengelabah dan terhegeh-hegeh. Masa tu tak guna satu sen pun ~ pada pandangan saya laaaaaa...
Sebab tu saya nekad bersama Shaklee without turning back. Dan alhamdulillah support dari suami dan family buat saya lebih bersemangat lagi! Walaupun perjalanan saya agak slow tak macam orang lain berdesup naik rank tiap bulan tapi saya yakin rezeki untuk saya tu ada. Allah akan beri bila tiba masanya. Cuma sekarang saya kemaruk nak naik Sr Supervisor ohhhh God....please help me hehe.
Bila kita nekad,tiada satu pun yg boleh buat kita patah semangat! Sebab keajaiban berlaku disaat kita bersungguh-sungguh...
So itulah sedikit sebanyak kisah yang saya rasakan jarang orang lain tempuh. Sebab certain people lepas kahwin dah ada rumah sendiri dah pun,terus pindah lepas tu happily ever after huhu. Memain jer! Hihi. Mana ada hidup yang sepanjang zaman bahagia....cittttt tak style life macamtu. Boring kalau mendatar jer.
So pada yang masih belum dapat sokongan suami ke,family ke,atau sesiapa yang rapat dengan korang...takyah risau. Chill babe. Kita ni hidup memang takleh nak pleased everyone. Letihhhhh macamtu. So kita kena buat the best we could. Tunjukkan yang korang boleh buat. Sekali dengan bukti ye. Tentang orang luar... suka ke tak suka ke,orang sayang ke tak sayang ke kat kita ni pedulikan ye. Kalau tak meroyan uolsss...hehe. Fokus pada jalan kita,kehidupan kita,customer kita,leader kita (takyah tengok orang tu orang ni,leader kita sendiri dah cukup ok dah sebab masing-masing ada lebih dan kelemahan sendiri takde yang perfect) dan business kita. InsyaAllah anda akan lebih happy,lebih bahagia dan lebih appreciate dengan apa yang anda ada sekarang. Cukup Allah sahaja yang meredhai perjalanan hidup kita ni.
P/s: kalau ada yang tak suka jangan baca mana2 entry atau blog saya,sebab kewujudan blog ni bukan nak pleased everyone kat dunia ni. This is my blog so i can write whatever i want kan? Saya tak cerita kisah orang dalam ni (takde masa nak bergosip or mengumpat haha sebab busy dengan my precious wonderful life and business,so blog saya hanya kisah yang indah-indah untuk orang yang berjiwa positive sahaja....so hello positive minded people! You re most welcome here! Sick people please go away lulz)
Oh jangan lupa promosi Vivix,Alfalfa dan Chew Vita Lea fo children tinggal 8 hari jer lagi. Boleh contact saya untuk order yer. :)
Ekin Hoza
Whatsapp/sms : 019-3739052
Email : info.nutrisisihatekin@gmail.com
No comments:
Post a Comment