Hai semua.. Ekin nak share sikit bekalan suplemen yg ekin bawak masa buat umrah march lepas. Alhamdulillah ekin selesai mengerjakan umrah bersama suami,mertua dan ipar pada 03 hb march 2014 yg lepas.
Ekin ke makkah 7 hari dan ke madinah 3 hari. Lepas tu ekin ke jeddah sehari. Baru berangkat ke Sanaa Yaman. Ekin tinggal sana sebulan dirumah adik ipar yg sedang belajar kat sana. Di Makkah cuaca agak panas. Tapi di madinah cuaca sejuk sikit. Tapi bila di yaman....ya Allah sejuk gila! Sebab kami ke sana masa musim sejuk kot...16 degree ok..Demam panas tak ingat sebab pertukaran cuaca... siap kena cirit birit lagi maklumlah makan ditempat orang kita tak pasti sejauh mana kebersihannya kan?
Yg bestnya kat yaman tu tak yah mandi berhari pun tak pe sebab air macam ais tau tak kalau mandi confirm macam bunuh diri! Kuasa Allah juga...badan dan baju tak berbau sbb sana memang tanah suci takda maksiat alhamdulillah sbb tempat dia macam di makkah semua perempuan kena pakai purdah serba hitam termasuk ekin..jadi merasalah ekin berpudah sebulan kat sana. Kitaorg mandi pun selang 2 hari sekali tu pun pakai pemanas air tu pun sejuk lagi lepas mandi lari ke bilik laju2 sebab sejuk ya amat hehe memang kelakar tapi tu lah pengalaman berada di tempat org. Kalau nak cerita sampai habis mmg panjang sgt mungkin next entry insyaAllah. Ekin nak share pasal suplemen ni dulu.
Ceehhhh nak jugak tampal gambar sendiri! Haruslaaa hehehe
Meh ekin cerita secara ringkas dan padat ye, Supaya anda yg membaca ni senang faham dan teruja nak cuba suplemen ni hehe.. Apa2 pun yg penting 1st sekali ekin bawak Perfomance Drink. Ekin campur 2 sudu PD dgn air zam-zam masa buat umrah. Ya Allah sedapnya dicampur pulak dgn air zam zam kan yummeyyy...bertenaga sepanjang masa,bagus minum bila kita kurang air masa travel ni dan elakkan demam.
Sedikit info mengenai Performance Drink:
- Ianya sejenis minuman Elektrolit yang terbukti secara klinikal dapat menyokong hidrasi tubuh lebih cepat daripada air
- Mengandungi lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding minuman elektrolit jenama lain
- Mengurangkan kehilangan bendalir dengan meningkatakan hidrasi tubuh badan, mengekalkan tahap gula dalam darah bagi mengekalkan tenaga untuk meningkatkan stamina
- Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang pengawet
Gambar semua ekin google tau sbb malas nak transfer dri fone hehehe
Performance Drink cukup bertahan selama sebulan lebih selama travelling.
Sedap tau rasa tango orange tu! Bancuh pekat2 lagi sedap hehehe..
Ekin bawak tumbler lebih kurang mcmni utk isi air zam-zam dan bancuh PD. Kadang2 isi air zam zam dulu lepas buat tawaf semua then balik baru campur dengan PD buat bekal minum dlm bilik.
Kedua jgn lupa bawak Nutriferon (skrg nutriferon dah habis stock kat shaklee so kena tunggu bila shaklee restok balik k) sebab ekin gantikan panadol/paracetamol dgn nutriferon ni. Ya Allah memang betul org cakap nutriferon ni bagi pelega demam dan selsema semua. Sebab fungsinya mmg bagi antibodi kuat sepanjang kita berada di tempat org,lagipun cuaca dan enviroment tak sama mcm kat Malaysia so kena standby apa yg patut :) Just perlu ambik 1 sachet jer,boleh campur dgn air dan minum. Rasanya macam madu gula-gula herba tu tapi ekin just guntingkan kat hujung tu dan masukkan dlm mulut jer serbuk tu...telan air cepat2 hehe..settel dah!
Fungsi nutriferon ni mmg utk tingkatkan sistem imun kita ni supaya senang tak kena virus atau penyakit. Sebab bila kita buat umrah,risiko nak kena penyakit memang tinggi sebab ada kawasan yg berdebu dan berhabuk. Dan utk elakkan terkena penyakit dari mereka yg sudah terkena virus2 penyakit (kalau ada).
Sedikit info mengenai Nutriferon:
Nutriferon merupakan adunan empat ramuan botani, apabila digabungkan bersama akan membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran Interferon tanpa menambah tekanan pada badan.
- Ekstrak biji labu (Cucurbita Mochata) yang telah didapati mendorong pengeluaran Interferon
- Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang duguna untuk meransang sistem imun
- Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih
- Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle yang digunakan dalam perubatan asia
Contoh pilbox
Bila travel kan digalakkan masukkan semua vitamin2 ke dalam pilbix macamni. Supaya senang kita pack masuk dalam luggage. Kalau bawak botol2 nanti makan space pula kan. Cuma performance drink jer ekin angkut tong tu sekali hehe...takkan nak repack masuk dlm plastik kot,kang terabur dan pecah pulak dlm beg! Habis bau PD baju bajuan ku...huhu..
Lagi satu yg WAJIB bawak ialah Ostematrix. Ekin tak bawak masa ni sbb takde stok in hand lepas tu kelam kabut packing semua sebab tu lupa terus nak pi beli Ostematrix ni. Ingatkan takdelah sakit2 kaki sangat kat sana yela kita org muda lagi kan....lainlah yg dah berusia..sekali hambikkk kauuuu....lenguh kaki lutut semua...sakit ye! Yela dah hari2 berjalan dari hotel ke masjid kan mau nya tak bengkak kaki ni.. Allahu..tu lah berlagak lagi kononnya muda takyah nak ber-ostematrix bagai...menyesal tak sudah jugak la tak bawak ostematrix ni.. Dok pinjam ubat sapu mak mertua jer hehe...sian dia sbb dia pun lenguh-lenguh juga lagi2 org dah tua dari kita... Rasa ralat sgt tak bawak ostematrix ni tau! Sobsss...
So nasihat ekin para jemaah sekalian bawaklah ostematrix ni yer. Kecuali kalau sanggup menahan lenguh2 kaki dan badan takpe abaikan jer. Hiks. :P
Makan 4 biji jer sebelum tido. Esok insyaAllah bangun pagi mesti fresh walaupun tak cukup tido. Lawas pun ye gak.
Sedikit info mengenai Ostematrix :
- Ostematrix Shaklee membekalkan 1000mg unsur Kalsium daripada sumber-sumber yang tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap daripada alam semulajadi
- 400mg Magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya
- 400IU Vitamin D untuk membantu meransang penyerapan Kalsium
Yg lain2 ekin ada bawak Vit C Sustained Release,Herblax dan Peppermint Ginger. Vit C memang ekin bawak sbb tak bawak lah cream pagi ke cream malam ke sebab risau ada kandungan alcohol yg diragui untuk dibawak masa buat umrah nanti. Ekin just bawak produk SAFI Balqis jer masa tu (pencuci muka dan pelembab serta deodorant) sbb kita semua tau halal kan produk Safi ni. Masa tu memang tak menyempat nak beli Nutriwhite Shaklee uols...hehe...
Memang sepanjang travel muka tak berjerawat langsung,licin jer hehe sebab khasiat 1 biji Vit C ni bersamaan dgnn 7 1/2 biji buah oren yer....kau mampu nak telan 7 1/2 biji setiap hari? memang idokler hehe sbb badan kita perlukan atleast 500mg vitamin C setaip hari untuk kuatkan antibodi dan kecantikkan kulit. Vit C Shaklee bantu bentuk kolagen di kulit wajah kita. Dan bagus untuk yg ada resdung macam ekin ni. Kulit pun tak mengelupas dan rasa lembab jer walapun tak pakai sangat pelembab kadang2 sebab tak sempat. So ngap jer 2 biji vit c ni. Lebih takpe jangan kurang hehehe..jerawat pun susah nak naik...
Vit C ni bagus utk pesakit resdung dan berjerawat
Ekin ada ambik Peppermint Ginger. Ni bagus untuk penghadaman yg tak stabil contohnya perut kembung ke atau tetiba perut masuk angin ke,tetibe sebu ke atau senak,boleh ngap peppermint ni 2 biji. Berangin jer rasanya. Best sangat!! Bagus untuk travelling sebab kita sendiri taktau kita akan terlambat makan ke atau terlebih makan ke kan...
And yg tak boleh tinggal ialah Herblax. Bagus untuk sembelit dan pelawas terbaik. Dah la kurang air kan masa travelling tu sebab ke sana ke mari,so herblax kena ambik. Bukan hari2 pun...seminggu ambik 2 x jer,confirm membuang dan lawas....best tau sebab lega pinggang2 ni sekali sebab herblax ni cuci usus kita yg kotor hasil dari permakanan kita. Boleh slim sekali.
So ini sahaja suplemen yg ekin bawak dan penting untuk jemaah umrah/haji bawak juga. Pengalaman ni ekin kongsi bersama dan semoga banyak manfaat yg uols peroleh lepas baca entry ni. Mungkin ada yg sedang bercadang nak buat umrah atau haji dalam masa terdekat atau ada ahli keluarga yg nak buat umrah/haji kan so ekin sarankan uols beli suplemen shaklee ni untuk yg tersayang. Apa pun pastikan minum air banyak2...air adalah elemen penting utk badan kita...
Nak dapatkan tips dan konsultasi dari ekin boleh jer insyaALLah harga yg terbaik ekin boleh beri! Jangan malu2 utk hubungi ekin yer. :)
No comments:
Post a Comment