Showing posts with label OsteMatrix. Show all posts
Showing posts with label OsteMatrix. Show all posts

Monday, February 2, 2015

Promosi Shaklee Februari 2015!


Selamat petang semua. Alhamdulillah dah masuk bulan februari sekarang. Syukur sangat masih diberi peluang bernafas dan melihat segala kebesaran Allah di dunia ini.
 
Ok just nak share tentang promo super duper best bulan ni,siapa-siapa yang ada masalah sakit lutut,sakit tulang belakang,sakit sendi dan paling best lagi....yamg malas nak makan vitamin banyak-banyak dalam satu masa....ni lah promo vitamin yang paling sesuai untuk anda semua!
 
 
 
 
Buy 6 free 1
Vitalea
Ostematrix
 
Buy 3 free 1
AJHT
Vitalea for children 
 
 
 
Untung tauuuuu siapa beli 6 botol terus dapat free sebotol bukan free sebiji hihihi,free membership lepas tu dapat CASH bonus bulan depan. Membeli pun dapat cash? Itu sungguh menarik!
 
 
Sedikit penerangan tentang vitamin promo bulan ni :
 
Ostematrix
-Bagus untuk orang yang tak suka minum susu,orang-orang yang ada sakit-sakit kaki,kebas-kaki,ibu lepas pantang yang sembelit,ibu menyusu dan hamil,selalu sakit tulang belakang,sejuk-sejuk badan,bisa tapak kaki dan orang yang tengah buat fisioterapi pun boleh ambik Ostematrix ni. Mengandumgi 1000mg kalsium,400mg magnesium dan 400IU vitamin D.
 
 
Vita Lea (multivitamin)
- Favourite bagi orang-orang yang tak suka makan vitamin banyak-banyak dalam satu masa. Sehari ambik 2biji pun dah cukup tapi setiap vitamin yang ada dalam sebiji vitalea ni tak banyak,sikit jer sebab tu Shaklee wujudkan pelbagai vitamin yang lain untuk topup kekurangan kadar vitamin yang ada dalam vita lea,cuma bagi mereka yang malas digalakkan ambik vita lea ni sebab ianya suplemen asas dan ada dalam set family wellness. Vita lea mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting untuk fungsi tubuh kita. Bukan sebarang multivitamin tau sebab Vitalea dah berusia 100 tahun dan dah lalui 340 ujian kawalan bermutu tinggi sebelum iannya dia pasarkan!
 
 
Advance Joint Health Tablets
-Ni memang vitamin terbaik untuk yang sakit-sakit sendi.. bukan untuk orang tua jer tau tapi yang usia dewasa macam kita ni juga perlukan AJHT ni. Sebab kita ni ada yang sentiasa dukung anak-anak kecil sampai sakit pinggang dibuatnya...yang selalu mengadap komputer dan asyik duduk saja hampir 8 jam pun boleh sakit sendi tau. Orang yang berat badan berlebihan selalu sakit lutut sebab badan dah besar,sendi tulang pun boleh sakit susah nak berjalan apatah lagi ada yang susan nak solat. Jadi perlu amalkan AJHT ni setiap hari untuk sendi yang kuat bagi menyokong angka badan kita ni jadi lebih mantap.
 
 
Vita Lea for Children
-Ni memang favourite kanak-kanak sekarang. Rasa memang sedap,anggur susi gitu memang budak-budak tak puas kunyah vita lea chew ni hehehe. Anda tau tak,kanak-kanak kena ambil 1.5 cawan tembikai,6oz jus oren,8oz gelas susu,10 sudu besar mentega kacang,4 cawan brokoli,1.5 cawan bayam,6.5 cawan tauge & 3 cawan kacang merah untuk mencukupkan nutrisi baik dalam badan kanak-kanak yang sedang membesar? Tak perlu risau,kesemua zat dan khasiat makanan macam yang saya cakap tadi tu ada dalam 2 biji vitalea for children ni. Senang cerita,kunyah sehari 2 biji gula-gula sihat ni,gigi takkan rongak pun. Malah kanak-kanak akan semakin cergas,kurang mengantuk dalam kelas dan semakin bijak. Takkan kita sanggup biar anak kita ketinggalan dalam kelas kan,mesti semua orang kat sini nak anak-anak sendiri bijak dan cergas. Tak ada parents yang nak anak mereka kurang bijak,betul?
 
 
So sila lah buat pilihan yang tepat. Tentang harga tak perlu risau,nama pun promosi jadi memang harga promo yang best bakal anda dapat dan saranan saya baik anda rembat promosi beli 6 percuma 1 dan beli 3 percuma 1 ni boleh buat stok dan pastinya anda takkan dapat lagi harga promo best ni pada bulan-bulam yang akan datang. Hanya untuk bulan februari jer. Jadilah pembeli yang bijak disaat GST dah nak bermula April ni ye. Hihi.
 
 

 
 
Ni barang nak post kepada customer. Barang ni akan sampai ke area KL dan Pahang hai rabu atau khamis ni sebab harini (isnin sampai selasa KL kan public holiday) Mereka ni regular customer saya yang selalu repeat order hihi. Terima kasih banyak-banyak ye.
 
 
 
 
 
 
Not to forget,last week saya dah dapat hadiah dari PM cery...Faizworld hantar parcel ke rumah hehe best gila dapat macam-macam dalam ni. Hasil tulis blog entry tentang faizworld training centre hihi..thank you so much kak cery!
 
 
 
Okla saya nak keluar pegi pos barang dan harap sangat ada pos laju yang buka harini sebab setengah tempat kan tutup. Kalau anda nak order atau tanya soalan pun boleh hubungi saya ye. Jangan malu jangan segan :)
 
 
 
 
 
 
Ekin Hoza
Whatsapp/SMS : 019-3739052
 
 

Sunday, November 23, 2014

Migrain? Jangan pandang remeh!


Migrain. Adakah anda salah seorang yang mengalaminya saban hari? Saya salah seorang bekas pesakit migrain yang agak berat. Kalau migrain menyerang sampai tak boleh bangun dan menangis sebab terlalu sakit. Tapi sejak saya consume B Complex dan Ostematrix Shaklee,alhamdulillah kini setelah setahun saya bebas migrain! Hurayyyy!






Migrain adalah satu bentuk sakit kepala disebabkan oleh pembesaran saluran darah (vasodilatation) yang menyebabkan pelepasan bahan kimia daripada gentian saraf yang melilit arteri besar otak. Bahan kimia ini menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran arteri. Pembesaran arteri menambahkan kesakitan.
Serangan migrain biasanya mengaktifkan sistem sarah simpatatik. Sistem saraf simpatatik adalah sebahagian daripada sistem sarah yang mengawal tindak balas kepada tekanan dan kesakitan. Sebagai contoh, peningkatan aktiviti saraf simpatatik menyebabkan loya, muntah, cirit birit dan sebagainya.
Aktiviti simpatatik juga melambatkan proses pengosongan perut ke usus kecil dan dengan itu menghalang ubat daripada memasuki usus dan diserap. Penyerapan yang lambat menyebabkan ubat migrain tidak berkesan secara terus. Boleh dilihat pada mereka yang sudah mencecah tahap teruk. Aktiviti simpatatik juga menyebabkan peredaran darah menjadi kurang, ini membawa kepada pucat kulit serta tangan dan kaki menjadi sejuk. Aktiviti simpatatik juga meningkatkan sensitiviti pada cahaya serta bunyi, penglihatan juga mungkin menjadi kabur.



Tanda-tanda migrain:

- Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata . 
- Kesakitan teramat sangat dan berdenyut2.
-Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap.
- Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk.
-Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara .
-Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam.
-Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak bengkak dan membesar di bahagian tertentu anggota badan .


Cara elak migrain; HINDARKAN :

-Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
- Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
-elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
-Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
-Stress dan tekanan
-Jadual tidur yang tak tetap

-Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .









Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk
menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.



***********


Jadi jom cegah sebelum parah. InsyaAllah kita ikhtiar dan serahkan sepenuhnya pada Allah SWT. Dari kita makan ubat ubatan yang belum dijamin selamat,apa kata kita cuba suplemen kesihatan Shaklee kan? InsyaAllah saya akan guide anda cara permakanan yang betul dan sama macam yang saya amalkan semasa saya sakit migrain dulu. Boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan maklumat lanjut ya.



Nur Ashikin Amirudin (Ekin Hoza)
Shaklee ID 1069965
SMS/Whatsapp : 019-3739052
Email : info.nutrisisihatekin@gmail.com
Facebook page : Nutrisi Sihat Ekin
Facebook personal : Ekin Hoza

COD Area : Desa pandan , Kg Pandan , Ampang Point , KLCC Tesco Ampang , Wangsa Walk dan kawasan yg berhampiran.
Pos ke seluruh Malaysia

Wednesday, October 22, 2014

Jangan pandang remeh tentang kesihatan tulang kita!


Kalau kita bercakap tentang tulang,mesti berkait dengan orang tua,mak ayah kita kan? tak taknak pula kaitkan dengan diri kita sendiri..sebab majoritinya tak rasa yang kesihatan tulang adalah penting bagi badan kita. Kita fikir dengan minum susu jer dah cukup untuk tulang...terutama ibu hamil...ibu hamil perlukan 1000mg kalsium setiap hari..minum susu je belum cukup kalsium yg diperlukan badan ibu hamil. Sebab tu ramai ibu hamil amalkan ostematrix.


Meh kita baca jap petikan dari Utusan Online December 2011 ni :


Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.


Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen ( serat elastik yang kuat ) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil.Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastikPerubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.


Tanda dan Gejala
Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul.Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.


Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan. Artikel tambahan:Masih belum terlambat untuk menyelamatkan masa depan anda walaupun anda sudah melebihi usia 30 tahun.Anggap tulang anda seperti akaun bank dan kalsium sebagai 'duit' yang disimpan di dalamnya. Tulang anda menyerap kalsium paling banyak sebelum umur 18 tahun dan inilah masanya akaun bank tulang anda akan mengumpulkan simpanan terbanyak. Lagi banyak anda simpan, lagi banyak anda akan ada apabila semakin tua.


*****************


Amacam? Rasa macam nak telan sebotol Ostematrix setiap malam je lepas baca artikel ni! Hwaaa takmau la kena osteophorosis...ngeri ok! Lagi-lagi tahun depan ekin nak masuk 30 tahun...masyaAllah haruslah menjaga lebih teliti lagi tulang temulang ku supaya dengan tulang empat kerat ni lah boleh bantu suami mencari rezeki yang halal dan berkah,insyaAllah..

Kesimpulannya,kalau kita sakit....apa pun tak boleh buat...jom kita jaga tulang kita dari awal lagi. Cegah sebelum terlewat. Ekin suka Ostematrix sebab lepas amalkan ostematrix lah migrain dan period pain ekin hilang. Lepas tu tido lena jer. Badan kurang sakit dan lenguh-lenguh tak macam dulu. Kalau tido 4 jam jer esok pagi mesti bangun fresh! Memang jadi amalan ekin setaip malam tak boleh missed makan 4 biji ostematrix ni. Uols patut cuba....dah cuba baru rasa kesannya...




Supplemen di atas adalah yg dicadangkan dlm memenuhi diet nutrien tulang anda.. Ostematrix, Omega, Vivix.. 




Nur Ashikin Amirudin (Ekin Hoza)
Shaklee ID 1069965
SMS/Whatsapp : 019-3739052
Email : zaujah5512@gmail.com
Facebook page : Http://facebook.com/vitaminlovershope
Facebook personal : Ekin Hoza

COD Area : Desa pandan , Kg Pandan , Ampang Point , KLCC , Tesco Ampang , Wangsa Walk dan kawasan yg berhampiran.
Pos ke seluruh Malaysia

COD Shaklee di Taman Nirwana Ampang


Ahad lepas ekin shopping barang Shaklee dan register keahlian group baru. Kawan lama ekin time sekolah rendah dulu....fuhhhh lama betul kan friendship. Nak bersalin anak sulung dia. So dia contact ekin jemput datang rumah untuk daftar ahli dan adik dia nak beli set berpantang Shaklee. Mereka ni kembar tau...dua-dua kawan ekin. Kembar seiras hehe..





So hari isnin ekin hantar Set Berpantang Budget pada kawan ekin kat rumah dia area taman nirwana ampang.. tak sampai 10min pun dari rumah ekin. Kejap jer! So sesapa yang berada dikawasan tu kalau nak COD Shaklee boleh roger ekin ye!




Nur Ashikin Amirudin (Ekin Hoza)
Shaklee ID 1069965
SMS/Whatsapp : 019-3739052
Email : zaujah5512@gmail.com
Facebook page : Http://facebook.com/vitaminlovershope
Facebook personal : Ekin Hoza

COD Area : Desa pandan , Kg Pandan , Ampang Point , KLCC , Tesco Ampang , Wangsa Walk dan kawasan yg berhampiran.
Pos ke seluruh Malaysia

Friday, August 29, 2014

SUPLEMEN TERBAIK SEMASA MENUNAIKAN UMRAH/HAJI

 
Hai semua.. Ekin nak share sikit bekalan suplemen yg ekin bawak masa buat umrah march lepas. Alhamdulillah ekin selesai mengerjakan umrah bersama suami,mertua dan ipar pada 03 hb march 2014 yg lepas.
 
Ekin ke makkah 7 hari dan ke madinah 3 hari. Lepas tu ekin ke jeddah sehari. Baru berangkat ke Sanaa Yaman. Ekin tinggal sana sebulan dirumah adik ipar yg sedang belajar kat sana. Di Makkah cuaca agak panas. Tapi di madinah cuaca sejuk sikit. Tapi bila di yaman....ya Allah sejuk gila! Sebab kami ke sana masa musim sejuk kot...16 degree ok..Demam panas tak ingat sebab pertukaran cuaca... siap kena cirit birit lagi maklumlah makan ditempat orang kita tak pasti sejauh mana kebersihannya kan?
 
Yg bestnya kat yaman tu tak yah mandi berhari pun tak pe sebab air macam ais tau tak kalau mandi confirm macam bunuh diri! Kuasa Allah juga...badan dan baju tak berbau sbb sana memang tanah suci takda maksiat alhamdulillah sbb tempat dia macam di makkah semua perempuan kena pakai purdah serba hitam termasuk ekin..jadi merasalah ekin berpudah sebulan kat sana. Kitaorg mandi pun selang 2 hari sekali tu pun pakai pemanas air tu pun sejuk lagi lepas mandi lari ke bilik laju2 sebab sejuk ya amat hehe memang kelakar tapi tu lah pengalaman berada di tempat org. Kalau nak cerita sampai habis mmg panjang sgt mungkin next entry insyaAllah. Ekin nak share pasal suplemen ni dulu.
 

 
 
 
 
Ceehhhh nak jugak tampal gambar sendiri! Haruslaaa hehehe
 
 
 
Meh ekin cerita secara ringkas dan padat ye, Supaya anda yg membaca ni senang faham dan teruja nak cuba suplemen ni hehe.. Apa2 pun yg penting 1st sekali ekin bawak Perfomance Drink. Ekin campur 2 sudu PD dgn air zam-zam masa buat umrah. Ya Allah sedapnya dicampur pulak dgn air zam zam kan yummeyyy...bertenaga sepanjang masa,bagus minum bila kita kurang air masa travel ni dan elakkan demam.
 
 

Sedikit info mengenai Performance Drink:
 
  • Ianya sejenis minuman Elektrolit yang terbukti secara klinikal dapat menyokong hidrasi tubuh lebih cepat daripada air
  • Mengandungi lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding minuman elektrolit jenama lain
  • Mengurangkan kehilangan bendalir dengan meningkatakan hidrasi tubuh badan, mengekalkan tahap gula dalam darah bagi mengekalkan tenaga untuk meningkatkan stamina
  • Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang pengawet
 
Gambar semua ekin google tau sbb malas nak transfer dri fone hehehe
 
 
 
Performance Drink cukup bertahan selama sebulan lebih selama travelling.
Sedap tau rasa tango orange tu! Bancuh pekat2 lagi sedap hehehe..
 
 
 
 
 
 
Ekin bawak tumbler lebih kurang mcmni utk isi air zam-zam dan bancuh PD. Kadang2 isi air zam zam dulu lepas buat tawaf semua then balik baru campur dengan PD buat bekal minum dlm bilik.
 
 
 
Kedua jgn lupa bawak Nutriferon (skrg nutriferon dah habis stock kat shaklee so kena tunggu bila shaklee restok balik k) sebab ekin gantikan panadol/paracetamol dgn nutriferon ni. Ya Allah memang betul org cakap nutriferon ni bagi pelega demam dan selsema semua. Sebab fungsinya mmg bagi antibodi kuat sepanjang kita berada di tempat org,lagipun cuaca dan enviroment tak sama mcm kat Malaysia so kena standby apa yg patut :) Just perlu ambik 1 sachet jer,boleh campur dgn air dan minum. Rasanya macam madu gula-gula herba tu tapi ekin just guntingkan kat hujung tu dan masukkan dlm mulut jer serbuk tu...telan air cepat2 hehe..settel dah!
 
Fungsi nutriferon ni mmg utk tingkatkan sistem imun kita ni supaya senang tak kena virus atau penyakit. Sebab bila kita buat umrah,risiko nak kena penyakit memang tinggi sebab ada kawasan yg berdebu dan berhabuk. Dan utk elakkan terkena penyakit dari mereka yg sudah terkena virus2 penyakit (kalau ada).


 

 
 
Sedikit info mengenai Nutriferon:

Nutriferon merupakan adunan empat ramuan botani, apabila digabungkan bersama akan membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran Interferon tanpa menambah tekanan pada badan.
 
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita Mochata) yang telah didapati mendorong pengeluaran Interferon
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang duguna untuk meransang sistem imun
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle yang digunakan dalam perubatan asia
 
 
 

Contoh pilbox



Bila travel kan digalakkan masukkan  semua vitamin2 ke dalam pilbix macamni. Supaya senang kita pack masuk dalam luggage. Kalau bawak botol2 nanti makan space pula kan. Cuma performance drink jer ekin angkut tong tu sekali hehe...takkan nak repack masuk dlm plastik kot,kang terabur dan pecah pulak dlm beg! Habis bau PD baju bajuan ku...huhu..

Lagi satu yg WAJIB bawak ialah Ostematrix. Ekin tak bawak masa ni sbb takde stok in hand lepas tu kelam kabut packing semua sebab tu lupa terus nak pi beli Ostematrix ni. Ingatkan takdelah sakit2 kaki sangat kat sana yela kita org muda lagi kan....lainlah yg dah berusia..sekali hambikkk kauuuu....lenguh kaki lutut semua...sakit ye! Yela dah hari2 berjalan dari hotel ke masjid kan mau nya tak bengkak kaki ni.. Allahu..tu lah berlagak lagi kononnya muda takyah nak ber-ostematrix bagai...menyesal tak sudah jugak la tak bawak ostematrix ni.. Dok pinjam ubat sapu mak mertua jer hehe...sian dia sbb dia pun lenguh-lenguh juga lagi2 org dah tua dari kita... Rasa ralat sgt tak bawak ostematrix ni tau! Sobsss...

So nasihat ekin para jemaah sekalian bawaklah ostematrix ni yer. Kecuali kalau sanggup menahan lenguh2 kaki dan badan takpe abaikan jer. Hiks. :P



 
Makan 4 biji jer sebelum tido. Esok insyaAllah bangun pagi mesti fresh walaupun tak cukup tido. Lawas pun ye gak.



 Sedikit info mengenai Ostematrix : 
 
  • Ostematrix Shaklee membekalkan 1000mg unsur Kalsium daripada sumber-sumber yang tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap daripada alam semulajadi
  • 400mg Magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya
  • 400IU Vitamin D untuk membantu meransang penyerapan Kalsium
 
Yg lain2 ekin ada bawak Vit C Sustained Release,Herblax dan Peppermint Ginger. Vit C memang ekin bawak sbb tak bawak lah cream pagi ke cream malam ke sebab risau ada kandungan alcohol yg diragui untuk dibawak masa buat umrah nanti. Ekin just bawak produk SAFI Balqis jer masa tu (pencuci muka dan pelembab serta deodorant) sbb kita semua tau halal kan produk Safi ni. Masa tu memang tak menyempat nak beli Nutriwhite Shaklee uols...hehe...
 
 
Memang sepanjang travel muka tak berjerawat langsung,licin jer hehe sebab khasiat 1 biji Vit C ni bersamaan dgnn 7 1/2 biji buah oren yer....kau mampu nak telan 7 1/2 biji setiap hari? memang idokler hehe sbb badan kita perlukan atleast 500mg vitamin C setaip hari untuk kuatkan antibodi dan kecantikkan kulit. Vit C Shaklee bantu bentuk kolagen di kulit wajah kita. Dan bagus untuk yg ada resdung macam ekin ni. Kulit pun tak mengelupas dan rasa lembab jer walapun tak pakai sangat pelembab kadang2 sebab tak sempat. So ngap jer 2 biji vit c ni. Lebih takpe jangan kurang hehehe..jerawat pun susah nak naik...
 
 
 
 
Vit C ni bagus utk pesakit resdung dan berjerawat
 
 
 
Ekin ada ambik Peppermint Ginger. Ni bagus untuk penghadaman yg tak stabil contohnya perut kembung ke atau tetiba perut masuk angin ke,tetibe sebu ke atau senak,boleh ngap peppermint ni 2 biji. Berangin jer rasanya. Best sangat!! Bagus untuk travelling sebab kita sendiri taktau kita akan terlambat makan ke atau terlebih makan ke kan...
 
And yg tak boleh tinggal ialah Herblax. Bagus untuk sembelit dan pelawas terbaik. Dah la kurang air kan masa travelling tu sebab ke sana ke mari,so herblax kena ambik. Bukan hari2 pun...seminggu ambik 2 x jer,confirm membuang dan lawas....best tau sebab lega pinggang2 ni sekali sebab herblax ni cuci usus kita yg kotor hasil dari permakanan kita. Boleh slim sekali.
 
So ini sahaja suplemen yg ekin bawak dan penting untuk jemaah umrah/haji bawak juga. Pengalaman ni ekin kongsi bersama dan semoga banyak manfaat yg uols peroleh lepas baca entry ni. Mungkin ada yg sedang bercadang nak buat umrah atau haji dalam masa terdekat atau ada ahli keluarga yg nak buat umrah/haji kan so ekin sarankan uols beli suplemen shaklee ni untuk yg tersayang. Apa pun pastikan minum air banyak2...air adalah elemen penting utk badan kita...

 
Nak dapatkan tips dan konsultasi dari ekin boleh jer insyaALLah harga yg terbaik ekin boleh beri! Jangan malu2 utk hubungi ekin yer. :)
 
 
 
 

Monday, August 11, 2014

Saya suka Ostematrix Shaklee!

Assalammualaikum dan hai semua :)

Nak buat satu review tentang produk kesayangan dan WAJIB ekin ni iaitu OSTEMATRIX! Serius sejak ekin consume oste ni memang senang nak lelap waktu tidur,rasa nyenyak jer. Tidur tak rasa terganggu. Kalau tak dulu-dulu selalu terjaga dan tak selesa. Lepas tu bangun sakit pinggang mengalahkan org tua. Tapi tu dulu lah hehehe.. Sekarang nak bangun tahajud jer insyaAllah mampu bangun dengan fresh siap boleh tunggu sampai subuh lagi. Lepas tu boleh start on laptop untuk update info2 shaklee dan bekerja dari rumah hehe..sebelum dhuha bolehla tidur kejap rehatkan mata dalam sejam ke untuk refresh balik energy. Yela dah bangun awal kan..

Sekarang sebelum tidur je memang WAJIB ambik 4 biji oste ni. Dulu asyik skip-skip jugak. But memang bezalah time ambik dgn tak ambik oste ni. Terasa sgt bezanya. Kecuali kalau ekin ada minum segelas susu,bolehla ambik 2 biji oste jer malam tu. Org yg tak suka minum susu memang ekin galakkan sangat uols ambik ostematrix ni. Takkan nak tunggu tulang rapuh baru nak start ambik kan? Ibu-ibu mengandung lagilah high recommended  untuk ambik ostematrix ni. Sebab waktu preggy ni memang sering sakit pingang selalunya pada awal kehamilan dan akhir kehamilan. Sebab baby dalam perut dah sedut kalsium dari tulang kita,sebab tu ibu-ibu hamil perlukan lebih kalsium untuk kuatkan tulang dan elakkan letih-letih badan.





Ostematrix Shaklee
Bukan sekadar kalsium...



So meh kita baca sikit siapa perlukan OsteMatrix ni :

-Kalau uols antara yg SERING LETIH dan SERING TRAVEL,uols mesti cuba ostematrix ni utk kekal bertenaga dan aktif.
-Gabungan kalsium kabornat,kalsium sitrat,kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D TIDAK AKAN BUAT KITA SEMBELIT dan LEBIH SELAMAT DARI RISIKO BATU KARANG. Maknanya mudah lawas selepas bangun dari tidur.
-Kalau uols MUDAH STRESS,KERAP PRE-MENSTRUAL PAIN,WATER RETENTION,MUDAH SEMBELIT dan MUDAH KEJANG penting utk cuba ostematrix ni.
-Org preggy WAJIB ambil ostermatrix utk elakkan lenguh-lenguh badan,sakit pinggang dan tulang belakang serta kekejangan.
-Wanita berpotensi besar utk terkena Osteoporosis (kereputan tulang)

Oh dah yg paling istimewanya,Ostematrix TIADA SILIKA GEL!! SELAMAT,BERKESAN dan SEMULAJADI. Lelaki perempuan boleh ambil yer. Sebotol ada 120 biji. Tahan antara 1-2 bulan penggunaan.

Berminat? Ada card credit/debit card? Klik link bawah ni. Penghantaran mengambil masa 2-5 hari mengikut kawasan.




https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9cc1c015c32f74bcbd1c315c445b89ef
 
 
Atau hubungi ekin secara terus ye!
 
 
 
 



Nota: Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda. Bukan bertujuan untuk merawat,mendiagnose,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit.