Thursday, August 21, 2014

Takziah untuk keluarga MH17 : Malaysia Berkabung 22hb Ogos 2014

Hari sedih satu Malaysia
22.08.2014
 
Batch pertama jenazah MH17 sampai di Malaysia pagi tadi.
Innalillah Wainnalilah Hirajiun
 
 
 
 
 
 
Yang pergi tetap akan pergi. Ekin juga turut bersedih diatas pemergian mereka ni.
Ekin adalah salah seorang bekas staff Malaysia Airlines dari tahun 2010-2011 dahulu. Abah pula sudah berkhidmat hampir 30 tahun lamanya (skrg dah retired).
 
Kami turut bersedih. Kami turut mendoakan. Moga mereka yg beragama Islam ditempat di tempat yg terbaik disisi Allah SWT. Disaat ni tak usah lah kita pertikaikan perkara2 yg tak sepatutnya sebab sedih bila ada yg persoalkan...
 
"cukup ke solat yg kerja sebagai stewarderss dan steward tu"
"tu la tak pakai tudung lain kali MAS kena buat undang2 baru"
 
Dan macam2 lagi kat media sosial... Ya Allah...please everyone jangan dipersoalkan ibadat seseorang. Kita kenal ke siapa mereka? Kita tau ke apa ibadat yg mereka pernah buat selama hidup? Lihat pada diri kita sendiri.... cukup ke solat kita?  Solat ahli keluarga kita? Anak isteri kita? Org yg paling jahat kat dunia pun belum tentu masuk neraka andai diampunkan dosa2 dia oleh Allah swt...maka syurga lah tempatnya. Kita jangan ambik kerja Tuhan. Kerja kita adalah mendoakan mereka yg sudah berada di alam sana.
 
Pernah terfikir bagaimana pula pengakhiran kita? Bila dan dimana?
Banyakkan bersitighfar dan lakukan solat sunat taubat selalu. Mohon doa banyak agar2 waktu kita pergi kita berada disamping org2 yg kita sayangi.
 
Semoga keluarga/waris mangsa MH17 tabah dan kuat dgn dugaan ini. Percayalah Allah sebaik2nya perancang dan apa yg Dia susun itu adalah terbaik buat kita. Doakan agar kita semua bertemu di Jannahtul Firdaus,insyaAllah. Aamiin.
 
 
 
AL-FATIHAH

No comments:

Post a Comment