Amalan-amalan ini menjadi 
sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan 
pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi 
jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang 
boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. 
Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri 
hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, 
sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup 
kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan 
kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu 
Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak 
istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di 
depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya 
lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi 
s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t 
akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan 
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, 
an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas 
r.a.)
3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi 
Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup 
pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan 
baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat 
at-Tirmizi)
4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan 
hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada 
orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka 
menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati 
Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan 
ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar 
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada 
ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga 
bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan 
Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani 
dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya 
rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan 
berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) 
daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6.Berbuat baik dan 
menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini 
termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan 
fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi 
s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana 
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan 
hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan 
rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi 
s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan 
hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8.Banyak berselawat
Ada hadis yang 
menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat 
itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan 
rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu 
a’lam.
9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas 
berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan 
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan 
pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki 
dan makhluk lain mengutuknya.”
10.Berpagi-pagi
Menurut 
Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai 
solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11.Menjalin 
silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan 
rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi 
sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12.Melazimi kekal 
berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman 
mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda 
s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) 
nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid 
al-Walid)
13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan 
menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin 
al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang 
Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar 
nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya 
Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah 
menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas 
r.a.)
14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa 
amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu 
dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan 
Allah
15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat 
waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai 
rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan 
sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang 
(solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” 
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16.Bersyukur kepada 
Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . 
Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu 
bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika 
kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… 
dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 
145)
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir 
dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan 
melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya 
pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan 
rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca 
secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi 
sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , 
al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu 
rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” 
berulang-ulang, diiringi
doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk 
mengenali-Mu,bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada 
juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak 
akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18.Berdoa
Berdoa 
menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap 
pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta 
kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19.Berikhtiar 
sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu 
hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya 
dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah
beri kepada orang yang 
dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang 
beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah 
rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak 
dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat 
dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik 
dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan 
sebagainya.
20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan 
direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal 
kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 
3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan 
sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, 
ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, 
Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Kesemua yang 
disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, 
Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan 
memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 
2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata 
yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini 
menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan 
keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. 
Jom sama2 kita amalkan tips murah rezeki ni,insyaAllah segalanya yg kita minta akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

No comments:
Post a Comment