Friday, December 12, 2014
Bonus dah masuk! Alhamdulillah
Alhamdulillah...
Bila harimau (maybank) dah mengaum di hari jumaat,benda pertama yang saya buat ialah belanja family makan. Alah cuma 2 orang jer iaitu abah dan mama saya. Seronok berbakti pada ibu ayah ni selagi mereka ada. Sebab apa? Mereka adalah keramat hidup saya. Doa mereka lah yang paling mustajab dalam dunia untuk jadikan siapa saya sekarang ni.
Dan rasanya siapa yang kenal saya secara dekat,mereka akan tau yang saya ni suka sangat habiskan duit pada MAKANAN. Di mana ada restaurant atau makanan yang bagus,saya sanggup bayar mahal asalkan makanannya sedap,tiptop,service bagus. Saya rela habiskan beratus ringit hanya untuk jamu keluarga dan suami makan dari berbelanja bab pakaian,tudung dan lain-lain.Oh since saya dah bergaji dengan Shaklee saya memang ada belanja family sendiri dan suami. Itulah istimewanya menjadi suri rumah bergaji 4 angka hihiks..
Bukan nya saya ni tak suka shopping,tapi ntahla sejak dulu im a food lover. Berbaloi rasanya habiskan beratus ringgit untuk makanan yang sedap. Habit ni sejak saya bujang lagi. Lepas kahwin,berjodoh pulak dengan husband yang bidang culinary yang sama dengan saya,lagilah saya enjoy bab makan sebab kami sekepala. Sehari kalau tak cakap pasal makanan atau item yang bagus untuk dimasak tak sah kitaorang ni hehehe.. Janji kami happy kan?
Cakap pasal makanan,husband saya kurus jer. Saya jer yang plum sikit heheh takpela kan bukannya saya gemuk segemuknya..bukannya berat 100kg pun. Hihihi. Makan dalam kawalan. Tapi bab dessert husband tak minat sangat,yang suka dessert ialah saya! Im enjoying dessert so much. But again,dalam keadaan terkawal bukan main hentam kromo makan itu ini.
So hujung minggu ni insyaAllah nak plan date dengan husband makan tempat best. Maybe turun Miri. Tak pasti lagi. Dengar cerita dari mama cery kat Miri tu seafood memang sedap-sedap! Seafood? I like!!!
Nanti kalau sempat turun Miri saya update ok? :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment