Bab air kelapa ni kalau sebut mesti haus anak tekak tiba-tiba kan hehe lagi-lagi kalau buat air kelapa shake yang sedap tu marvelous kan!
Ikut petua dan sumber yang ekin dapat,kalau untuk yang merancang kehamilan pun boleh minum air kelapa ni sejurus selepas keringnya haid. Tapi diminum selama 4 hari jer sebab kalau boleh elakkan waktu subur.Fungsinya untuk bersihkan dalaman kita dan darah-darah kotor yang masih tersisa supaya bersih untuk janin lekat nanti (insyaAllah dengan izinnya). Ekin ada kawan yang TTC selama 1 tahun lebih,lepas tu dia cuba minum air kelapa beberapa hari lepas habis period. Bulan berikutnya dia berjaya pregnant. Ni pun salah usaha jugak kan.
Ekin pun ada amalkan air kelapa tapi sekali jer sebab waktu tu ekin sibuk sangat travel sana sini,kemas barang punggah barang badan pun penat. Minum sekali jer. Takda rancang sangat pun. Maybe insyaAllah lepas ni nak cuba minum lepas period kering selama 4 hari berturut-turut. Sekadar usaha tak salah kan?
Untuk ibu hamil juga pada trimester ketiga digalakkan minum sebab bantu bersihkan kepala baby agar tidak bersisik dan ramai juga yang ekin kenal amalkan air kelapa ni dan hasilnya kepala baby bersih kulit pun cantik sangat. Ekin pernah dengar pengalaman seseorang yang dimarahi nurse dan dikatakan pengotor sebab kulit kepala baby tak bersih dan bersisik tu,kesan dari air mani suami,betul ke atau tak ekin tak pasti wallahualam. Kesian pulak ibu yang kena marah tu.
Air dari kelapa muda memang mengandungi pelbagai zat yang berbeza dari air yang terdapat pada buah lain. Air kelapa muda terbukti sangat bermanfaat bagi ibu yang sedang hamil.
Zat yang terkandung di dalamnya secara tidak langsung akan mewujudkan kesihatan bayi selepas lahir hal ini memang banyak beredar di masyarakat walaupun belum ada kajian yang menghubungkan air kelapa muda dan ibu hamil.
Akan tetapi ternyata adanya kandungan zat di air kelapa muda yang dapat membantu anda menjaga kesihatan semasa mengandung. Jom kita dapatkan khasiat air kelapa muda untuk ibu hamil dibawah:
1. Air Kelapa Muda Kaya dengan Kandungan Elektrolit
Air kelapa muda kaya dengan kandungan kalsium, kalium, elektrolit, klorida, magnesium, riboflavin, dan juga sodium. Ia juga bertindak sebagai isotonik semulajadi yang kaya dengan mineral dan mempunyai elektrolit cecair yang sama dengan kandungan cecair di dalam tubuh. Dengan itu, air kelapa sangat berguna untuk mengelakkan dehidrasi dan sangat cepat untuk memulihkan stamina.
Kenapa ia baik untuk ibu hamil? Ibu hamil memerlukan lebih banyak air berbanding orang lain yang berada dalam keadaan normal. Dehidrasi selama kehamilan akan menyebabkan masalah kesihatan diantaranya sakit kepala, edema, kejang, bahkan dapat mengurangkan penguncupan yang mengakibatkan persalinan pramatang .
2. Mempunyai Diuretik Semulajadi
Air kelapa juga mengandungi kandungan diuretik yang steril dan semulajadi, air kelapa muda terbukti melancarkan proses pembuangan air kencing dan membantu membersihkan saluran kencing. Dengan meminum air kelapa muda ia dapat mengeluarkan racun yang dihasilkan tubuh dan mencegah jangkitan pada saluran kencing yang biasa berlaku pada ibu hamil.
3. Sebagai Anti Penyakit
Air kelapa muda mengandungi asam laurik, sejenis asid yang boleh membantu melawan pelbagai penyakit. Asid laurik yang terdapat dalam air kelapa sama dengan dalam susu ibu dan mempunyai persamaan ciri-ciri sebagai antikulat, antibakteria dan antivirus, dan dapat menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus berbahaya seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia bahkan boleh mengelakkan bakteria dan klamidia heliokobater.
4. Membantu Pencernaan Semasa Mengandung
Air kelapa juga terbukti meningkatkan fungsi pencernaan orang dewasa dan juga kanak-kanak. Selama kehamilan, plasenta akan menghasilkan jenis hormon yang disebut progesteron, yang boleh melambatkan dan penguncupan otot pencernaan dengan perlahan. Dan air kelapa terbukti dapat membantu meningkatkan kelajuan proses pencernaan.
5. Boleh Meningkatkan HDL
Air kelapa muda tidak mengandungi sedikit lemak dan kolesterol, bahkan menurut kajian dan penyelidikan para saintis, air kelapa boleh meningkatkan kolesterol baik (HDL) dalam badan.
sumber : http://www.bengkungmoden.com/
Semoga artikel yang ekin kongsi beri 1001 manfaat ye. Terpulang pada kita nak amalkan atau tak sebab ada juga yang cakap air kelapa ni tajam. Ikut badan masing-masing la ye.
No comments:
Post a Comment