Perubahan adalah sesuatu yang ramai diantara kita TAKUT. Takut kalau tak capai. Takut kalau tak berjaya. Takut kalau kalah. Takut kalau customer lari. Takut kalau orang tak suka. Takut orang reject. Takut kalau rugi. Takut kalau diketawakan. Takut kalau orang kutuk. Macam-macam lagi yang kita takutkan. Betul kan?
Awak takut yang mana satu?
Jangan takut untuk berubah! Kerana setiap perubahan yang kita lakukan tu bakal membawa kita kepada permulaan yang baik! Tak percaya? Cuba anda konsisten bangun awal pagi jam 4am setiap hari. Ye setiap hari. Setiap hari anda tahajud. Seminggu lepas tu anda rasailah perbezaannya sendiri. Memang amazing! Salah satu dari pengalaman saya juga. Perjalanan harian berjalan lancar,nak dapat customer mudah sangat masyaAllah!
Belum lagi kita berubah untuk konsisten solat Dhuha. Tu pun akan jadi asbab kepada rezeki kita juga. Mengaji dan berzikir. Kita ubah. Dari tak buat kepada buat. Dari jarang-jarang kita kerapkan. Dari malas kita rajinkan diri.
Mentor saya pesan,kalau nak kan sesuatu yang LUAR BIASA,kita perlu korbankan apa yang kita sayang dan buat tindakan LUAR BIASA.
Kalau suka tido,sila korbankan waktu tido yang best-best tu untuk kejar impian. Ni yang saya selalu pesan kat diri saya. Hiks.
Selamat beramal.
No comments:
Post a Comment