Wednesday, January 14, 2015

Resepi Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api ringkas dan sedap

 
Resepi ni paling sedap dan ringkas la bagi ekin hehe sendiri masak sendiri puji. Tapi memang satu family mengidam nak makan masak lemak cili api ekin ni everytime ekin balik rumah kat KL. So ekin akan kongsikan resepi ni pada awak semua lagi-lagi yang baru kahwin atau yang bujang pun boleh jer cuba resepi simple ni. Ni masa ekin masakkan untuk husband sebelum dia balik Brunie haritu (ada urusan kerja sikit). Favourite husband ni makan bertambah-tambah! 
 
 
 
 
 
Bahan-bahan :
 
*Ikan siakap (boleh guna daging/ayam/udang terpulangla)
*Selabu bawang besar
*Kunyit hidup sebesar ibu jari
*Cili padi 7-10 biji (ikut tahap kepedasan nak macamana)
*Bawang putih 3-4 ulas
*Garam secukup rasa
 
*diblendkan
Asam keping 1 pcs
Serai sebatang diketuk
1 kotak santan 250ml (ape-ape jenama pun boleh)
Minyak masak dalam 4-5sudu
Sedikit gula bagi perasa
Sedikit air
 
 
Cara-cara memasak :
-Panaskan minyak,lepas tu tumis bahan yang diblend hingga naik baunya dan pecah minyak
-Masukkan asam keping dan serai. Kacau bagi sebati
-Masukkan santan kotak dan kacau
-Masukkan ikan/udang/ayam/daging biarkan hingga masak dalam 10mins
-Masukkan air sedikit untuk balancekan kepekatan kuah
-Perasakan dengan gula/garam. Bila dah rasa balance dah ok,siap dihidangkan.
 
 
Senangkan? Memamg senang. Semudah ABC dan marvelous tau. Tak caya kena buat dulu lepas tu kasi feedback kat ekin boleh? Hehe.. So good luck ye dan selamat mencuba!