Showing posts with label Garlic Complex. Show all posts
Showing posts with label Garlic Complex. Show all posts

Saturday, January 10, 2015

Tahun baru 2015 & musim hujan!

 
Selamat tahun baru semua! Hehe lambat pulak wish dah nak 10hb dah kan? Saya dah ada kat KL baru sampai selasa lepas so memang busy tak berupdate masa kat brunie. Line internet pun slow jer kat sana tu yang blog ni sunyi sepi jer. Jangan risau business tetap berjalan dan clossing december 2014 yang lepas sangat best masyaAllah! Alhamdulillah.
 
So buat sementara waktu ni memang saya akan berada di luala lumpur. InsyaAllah 6bulan dari sekarang mungkin saya bakal ikut suami saya berhijrah. Hijrah kemana? Biarlah rahsia...hehe nanti dah confirm pasti saya akan bagitau di blog ni. So sementara di KL memang sibuk bantu husband uruskan segala keperluan dia untuk submit pada majikan baru nanti. Doakan segala urusan kami berjalan dengan lancar ye?
 
Takziah untuk semua keluarga penumpang dan anak kapal Air Asia Qz8501 yang lalu. Tragedi ini memang sangat menyentuh hati saya selepas kejadian MH370 & MH17 yang lalu. Siapalah kita nak menidakkan kuasa Allah swt kan? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Pasti ada hikmah disebalik setiap perkara yang berlaku.
 
Memandangkan kejadian banjir di kawasan pantai timur akibat musim hujan yang tak berhenti,di kuala lumpur pun sama mengalami musim hujan setiap petang. Nak basuh baju pun tak boleh kena pergi basuh dan dry dekat auto machine kat luar tu. So balik rumah lipat dan gantung jer baju senang. Waktu terdesak jer ni hehe. Saya pulak dah berhujan naik motor dengan suami ke hulur ke hilir dah kena demam batuk selsema. Kereta battery dah kong huhu so sementara naik motor dulu. Ni masuk 2 hari badan panas,batuk,selsema,bersin. Aduhhhh tak jadi kerja macamni memang rehat jer kat rumah. Tapi tulah rezeki tetap masuk. Harini jer masuk order 2 tong ESP dan 1 botol Omega Guard.
 
Saya memang amalkan minum Performance Drink selain ambil vitamin C dan Garlic Complex ni. Untuk kuatkan balik sistem imun dan sebagai pencegahan awal sebab garlic complex ni memang power tau. Kalau ambik setiap hari insyaAllah susah nak jatuh sakit. Selama ni tak pernah try lagi tapi bila dengar feedback kawan yang asyik makan garlic ni saya tengok jarang dia jatuh sakit,tu yang saya nak cuba tu! Nak telan bawang putih pure memang tak sanggup laaa hehe so solusinya kita gantikan dengan 2 biji garlic dan 4 bii vitamin C waktu demam ni. Kalau tak demam,setiap vitamin ambik 2 biji sehari jer. Seriusly lepas ambik tiga vitamin ni,malam ni saya rasa fresh sangat! Alhamdulillah.
 
So kalau awak selalu demam,batuk dan selsema,saya cadangkan awak ambil set sistem imun ni buat standby kat rumah. Satu family boleh ambil. Yang kena denggi pun boleh cuba untuk ambil ni. Kalau nak roger je saya ye. Boleh kita sembang-sembang tentang kebaikkan Shaklee bersama.
 
 
 
 
 
 
Nur Ashikin Amirudin (Ekin Hoza)
Shaklee ID 1069965
SMS/Whatsapp : 019-3739052
Email : info.nutrisisihatekin@gmail.com
Facebook page : Nutrisi Sihat Ekin
Facebook personal : Ekin Hoza
 
Penghantaran ke seluruh Malaysia dan Lain-lain
  

Sunday, December 7, 2014

Badan dan mulut berbau? Jom kita atasinya!

 



Siapa kat sini ada nafas berbau? Ketiak berbau? Lepas tu kuat sembelit? Uhh azab tu. Toksin terkandas dalam usus sbb tu badan berbau..mulut berbau eisshhh eishh..
Lagi2 kaum wanita kena jaga penampilan dalaman. Lelaki pun sama. Jgn biarkan badan dan mulut berbau tengik ye..malu nanti. Sesiapa yang ada suami/isteri yang mempunyai masalah macamni boleh lah hadiakan kepada yang tersayang. Mengambil berat tentang masalah pasangan kita juga menunjukkan kasih sayang kita pada mereka kan?


Set Detoks terdiri daripada :

❤Herblax- Utk pembersihan najis yg tersekat dlm usus.
❤Vit C - Menyembuhkan penyakit gusi & detoksifikasi yg bagus
❤Garlic Complex - Antibiotik & memusnahkan bakteria
❤Alfalfa - Menyegarkan nafas & detoksifikasi bau
❤Peppermint Ginger - Berkesan membunuh bakteria dan melegakan perut kembung


Jika anda mempunyai budget yang besar digalakkan mengambil fullset diatas. Namun jangan risau ye jika anda kurang budget,boleh hubungi ekin untuk dapatkan konsultasi dan ekin akan cadangkan set budget yang sesuai untuk anda. Harga pun murah dah tahan berbulan-bulan lamanya.



Nur Ashikin Amirudin (Ekin Hoza)
Shaklee ID 1069965
SMS/Whatsapp : 019-3739052
Email : info.nutrisisihatekin@gmail.com
Facebook page : Nutrisi Sihat Ekin
Facebook personal : Ekin Hoza
 
COD Area : Desa pandan , Kg Pandan , Ampang Point , KLCC Tesco Ampang , Wangsa Walk dan kawasan yg berhampiran.
 
 

Wednesday, December 3, 2014

Keputihan umpama mimpi ngeri buat para wanita!

Keputihan adalah masalah yang kerap dialami oleh wanita, lebih-lebih bagi wanita yang sedang hamil dimana secara alaminya akan berlaku perubahan hormon semasa kehamilan yang akan memicu kepada peningkatan pengeluaran cairan vagina serta penurunan pH. Ketidakstabilan ini juga adalah antara punca utama yang yang memungkinkan tercetusnya masalah keputihan dikalangan wanita yang hamil.

Keputihan ketika seseorang wanita itu sedang hamil boleh dikategorikan sebagai normal jika cairan yang keluar berwarna jernih atau sedikit kekuningan dan kental seperti lendir dengan tidak disertai bau dan kegatalan. Namun jika cairan yang keluar disertai bau, gatal, rasa nyeri ketika membuang air kecil dan warnanya pula telah bertukar kehijauan atau bercampur sedikit darah maka keputihan tersebut boleh dikatakan sebagai abnormal dan risiko ianya mengganggu atau membawa kemudaratan kepada kesihatan ibu dan janin tidak terkawal.Maka rawatan yang sesuai semasa kehamilan amat diperlukan segera bagi mengelakkan perkara –perkara yang tidak diingini.

Mitos dan fakta keputihan ketika hamil

1. Mitos : Makanan seperti timun atau nenas seringkali dituduh sebagai penyebab keputihan

Fakta: Keputihan bukan disebabkan oleh makanan tertentu dan tentu sekali bukan nenas yang ternyata kaya dengan vitamin C.Realitinya tiada makanan tertentu yang menjadi punca kepada berlakunya keputihan semasa atau sesudah hamil.

2. Mitos : Pengunaan intimate wash atau antiseptik yang disangkakan dapat mencegah keputihan.

Fakta: Penggunaan antiseptik sebagai pembersih vagina hanya akan menyebabkan ‘gangguan’ kepada flora normal yang ada dalam vagina (lactobacillus ). Walhal , flora normal ini amat diperlukan tubuh untuk mengawal vagina pada pH yg seimbang supaya flora (kuman) abnormal tidak dapat membiak di kawasan tersebut seterusnya menghindari dari bahaya jangkitan keputihan ketika hamil.


Bahaya keputihan ketika hamil
Kulat dan bakteria merupakan antara mikro organisma yang paling dominan dalam masalah keputihan abnormal ketika hamil.Kandidiasis atau jangkitan kulat kandida adalah penyebab keputihan terbanyak yang dialami wanita hamil, diikuti oleh jangkitan bakterial vaginosis,trikomoniasis dan gonorrhoea.Kajian terkini mendapati kulat kandida boleh meresap masuk kedalam saluran darah dan mengakibatkan kes maut.

Keputihan abnormal yang dialami wanita hamil boleh membahayakan kehamilan ibu dan keselamatan janin jika tidak diberikan perhatian khusus dalam kesegeraan merawatnya. Berikut adalah antara beberapa bahaya dan kemudaratan yang boleh berlaku jika seseorang wanita mengalami keputihan yang abnormal sewaktu hamil :


1. Chlamydia


Jangkitan yang dibawa oleh kuman chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran pra matang pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan cepat.

2. Kuman Herpes Simpleks

Jangkitan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).

3. Candida Albican

Jangkitan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.
4. Kuman HPVJangkitan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan maut.

5. Neisserea Gonorrhoea

Akhir sekali,jangkitan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae boleh menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.


Beberapa Tips Yang Boleh Di Amalkan 
  1. Elakkan dari pengunaan sabun, gel,shampu dan seumpamanya.Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadii khas anti gatal yang ada pH3.8-4.2
  2. Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
  3. Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
  4. Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
  5. Pastikan mencuci dubur dari depan tolak kebelakang bagi mengelak bakteria seperti e coli atau cacing kerawit masuk ke dalam lubang faraj atau kencing
  6. Jika guna alas seluar dalam,sila pastikan (panty liner jenis unscented) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana ini akan hanya memudaratkan.
  7. Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau,sayur bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma patogen lain..


Credit to Dr Salwa, Klinik Keputihan.blogspot.com


****************
 
Shaklee ada menyediakan suplemen yang dapat membantu wanita yang mengalami keputihan dan kegatalan di sekitar miss V. Jom kita lihat testimoni mereka-mereka yang sudah berjaya bebas dari keputihan dengan mengamalkan set keputihan Shaklee ni dulu.
 
 
 
*klik untuk image yg lebih besar*
 
 
Zakiah Zainol okay...no wonder la kali ni lepas abis pantang saya takder masalah macam rasa tak sedap dan discharge yang agak tak best...selalu lepas pantang jer mesti nak ambik bxxxxi. But not this time. I tak nak ambil any jamu cos malas nak campur2


Dilla Jalil alfalfa mmg best..dilla pernah tanya hasben (lepas bersama selepas 100hari berpantang) ada rasa lain tak??hasben dgn serba salah ckp adalah lain sikit lepas bersalin ni..dh kurang grip!tp lepas ambil alfalfa..katanye ketat mengalahkan anak dara ko!!hehehe..i luv alfalfa!! ♥
 
Di bwh ini pula saya share kembali beberapa feedback.. juga ttg masalah keputihan..Pn Lyn:. (dari link ini )".....saya perasan pas mkn vitamin shaklee ni, keputihan saye dah kurang & makin takde....gembira sgt2....

Pn Yati :.. (dari link
ini )".......dah start mkn alfafa nie tah bila tah lupa..xpot pun kesan dia sbb target utama nak bykkan susu..smlm mkn alfafa slps sarapan 2 biji lps lunch 2 bijik... blk umah nak mandi eh keputihan nie xde ketul2 la..saya punye keputihan bukan jenis melelah kena panties tu tp jenis tgal kat dlm..terkejut gak xde ketul langsung..dah pakai ubat klinik dah beberapa kali dah2 hehehe..sbb apa jadi keputihan nie?aku pun tak tahu..semua wanita ada keputihan ke ye? ke aku je?huhuhuhuhuh sedih2...tu td sms kak cery betul ke alfafa nie blh kurang keputihan..dia kata ye

Pn Dilla (dari link ini)
"....Semenjak mama mengamalkan alfalfa, masalah keputihan mmg kurang. Ini kerana..terus terang mama cerita..baba sangat2 memuji selepas mama mengamalkannya. Hubungan kami juga menjadi lebih mesra. Bila baba dah puji, mama seronoklah..heheeee. Mama terasa diri mama begitu bersih, lagi satu nak solat pun senang..tidak perlu risau!
 
 
Credit to MamaCery
 
************
 
Set Keputihan Shaklee ada ALFALFA ,GARLIC COMPLEX dan GLA COMPLEX. Saya sendiri amalkan alfalfa dan gla complex dah hampir setahun lebih lagi ALFALFA kesayangan saya tu hehehe serius suami memang senyummmmm jerrrrrr *malu nak cakap lebih2 sendiri makan sendiri rasa lah yer kalau tak percaya*

 
 
Akhir kata anda pasti akan teruja dan jatuh cinta sekiranya anda baca kelebihan Alfalfa yg sebenarnya..memang best dan terbaik!!!!
 
 
 
Nur Ashikin Amirudin (Ekin Hoza)
Shaklee ID 1069965
SMS/Whatsapp : 019-3739052
Email : info.nutrisisihatekin@gmail.com
Facebook page : Nutrisi Sihat Ekin
Facebook personal : Ekin Hoza
 
COD Area : Desa pandan , Kg Pandan , Ampang Point , KLCC Tesco Ampang , Wangsa Walk dan kawasan yg berhampiran.

Pos ke seluruh Malaysia
 

Wednesday, September 17, 2014

Khasiat Bawang Putih untuk pelbagai penyakit

 
Seawal 3000 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.
 
 
 


Sedap dan wangi bila tumis bwg putih ni kan....buat sup ayam hehehe
 
 
 
 
Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.



Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama.. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih.
 
 
 
Jom kita tengok apa istimewanya GARLIC COMPLEX ni.


 
Allicin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untu k melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.
 
 
 
 
 
 
 
 
Bagus utk legakan batuk-batuk dan selsema
 
 
 
Kebaikan dan Faedah Garlic Complex Shaklee
 
1. Mengandungi Spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman serta fungsi jantung.

2. Antibiotik yang Selamat dan Semulajadi - Garlic adalah antibiotik semulajadi. Ia selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.

3. Menghalang Alergik - Mempertingkatkan penyakit berkaitan sistem imun seperti hidung yang sensitif, alergik, resdung, asma, selsema dan hepatitis.

4. Menurunkan Kadar Tekanan Darah Tinggi - Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.

5. Detoksifikasi - Mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, Plumbum dan Kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan logam dan menghalang kerosakan hati.

6. Menurunkan Kolestrol - Membantu menurunkan kolestrol, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang kerosakan hati yang disebabkan oleh bahan kimia.

7. Mencegah Kanser - Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser.

8. Menstabilkan Glukos - Membantu menstabilkan glukos di dalam tubuh badan kita.


Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan perlu mengambil antibiotik untuk melawan jangkitan seperti demam, batuk, selsema, cirit-birit dan lain-lain, segeralah ambil suplemen Garlic Complex Shaklee yang antara kebaikannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dan bahan sintetik yang memberi kesan kepada kesihatan.
 



Berminat nak cuba produk Shaklee?
 
 
Ekin - SMS/Whatsapp 019 373 9052
FB Page : Vitaminlovershop
COD AREA : Ampang Point, Ampang Park, KLCC, Wangsa Walk, Desa Pandan, Taman Maluri,Taman Nirwana,Tesco Ampang dan kwsn berhampiran
 
POS KE SELURUH MALAYSIA / BRUNIE / SINGAPORE mengikut charge yg ditetapkan oleh pihak pengeposan