Showing posts with label B Complex. Show all posts
Showing posts with label B Complex. Show all posts

Thursday, July 2, 2015

Promosi Shaklee July 2015

❤️PROMO JULY 2015❤️


❤️Vivix
➡️ buy 7 at 6
➡️ buy 2 get 5% less
.
❤️Bcomplex
➡️ buy 4 at 3
.
❤️Vita Lea kids
➡️ buy 4 at 3

Lebih baik grab masa promo sebab time promo memang murah so rugi kalau lepaskan peluang yang ada ni. Last postage 10hb July ye kalau nak dapatkan sebelum hari raya. Kalau pos selepas 10hb akan dapat selepas raya.

Jom grab awal- awal untuk cantik di hari raya nanti!

Nak order terus whatsapp saya ye
@ekinshaklee
#ekinjualshaklee #PhenomenalAURA #pengedarshakleeampang

Monday, January 19, 2015

Cara mencegah jerawat dengan berkesan

Assalamualaikum semua..kita cerita pasal jerawat harini yer..Semoga ianya bermanfaat buat anda.
 
Macamana JERAWAT terbentuk?
 
Jerawat adalah masalah kulit yang paling biasa kedengaran. Jerawat disebabkan oleh sebum yang dibuat oleh kelenjar sebaceous dalam pori-pori dikeluarkan secara berlebihan. Sebum yang berlebihan ini akan menutup pori2 dan menyebabkan munculnya bintik hitam atau blackhead. Apabila bakteria di bawah kulit membiak dan membebaskan enzim yang memecahkan sebum ini, maka terhasillah jerawat.
 
 
Sekarang dah tau kan macamana munculnya jerawat tu? Hehehe..
 
 
 

Pedihnya lagi-lagi kalau jerawat batu aduhhh pedih giler!!
 
 
 
So macamana kita nak atasi masalah jerawat ni? Takkan picit. Picit lagi lahhhhh jerawat tu balas dendam kat kita. Dia kasi parut jerawat. Haha.
 
Jerawat biasanya berlaku kepada remaja, kerana pada masa ini tubuh menghasilkan testosteron dan hormon kedewasaan lain yang meningkatkan penghasilan sebum itu tadi.
 
Jerawat biasanya banyak terjadi di bahagian muka, belakang, dada dan bahu kerana di situ terdapat banyak kelenjar sebaceous.Penyebab jerawat sering disalahtafsir. Ramai yang menganggap jerawat disebabkan oleh faktor kebersihan dan pemakanan. Misalnya makan kacang, coklat… boleh menyebabkan jerawat. Sebenarnya faktor2 di atas boleh memburukkan lagi keadaan, tetapi bukan punca jerawat.


Cara mencegah jerawat:

1. Cuci muka dengan pencuci yang halal dan kurang bahan kimia
2. Kurangkan penggunaan syampu atau minyak rambut yang berminyak.
3. Makan banyak buah-buah, sayur dan air secukupnya.
4. Dapatkan rehat secukupnya.
 
 
Supplement yang membantu untuk mencegah jerawat:
 
1. B Complex – membantu menstabilkan hormon dan emosi
2. Vitamin C – menjaga kesihatan kulit
3. Vita Lea – vitamin dan mineral lengkap, antaranya membantu dalam metabolisma gula. Jika anda ada masalah dengan metabolisma ini, anda terdedah kepada jerawat.
 
 
Supplement untuk merawat Jerawat:
 
1. Vitamin E – membantu mengurangkan parut
2. Zinc Complex – melegakan ketidakselesaan akibat jerawat dan menyembuhkan kulit yang rosak
3. GLA Complex – menyembuhkan kulit yang rosak

Rawat sebelum parah. Sebab wajah kita ni kana set kita juga,setiap hari kita jumpa orang jadi kita taknaklah rasa rendah diri dengan muka yang berjerawat dan berparut kan. So ikhtiar dengan suplemen Shaklee adalah salah satu cara untuk kita dapatkan kembali kecantikkan asli kita. Suami pun pandang tak berkelip tau hehe.



Nur Ashikin Amirudin (Ekin Hoza)

Shaklee ID 1069965
SMS/Whatsapp : 019-3739052
Email : info.nutrisisihatekin@gmail.com
Facebook page : Nutrisi Sihat Ekin
Facebook personal : Ekin Hoza
 
Penghantaran ke seluruh Malaysia dan Lain-lain
 
 
 


Sunday, November 23, 2014

Migrain? Jangan pandang remeh!


Migrain. Adakah anda salah seorang yang mengalaminya saban hari? Saya salah seorang bekas pesakit migrain yang agak berat. Kalau migrain menyerang sampai tak boleh bangun dan menangis sebab terlalu sakit. Tapi sejak saya consume B Complex dan Ostematrix Shaklee,alhamdulillah kini setelah setahun saya bebas migrain! Hurayyyy!






Migrain adalah satu bentuk sakit kepala disebabkan oleh pembesaran saluran darah (vasodilatation) yang menyebabkan pelepasan bahan kimia daripada gentian saraf yang melilit arteri besar otak. Bahan kimia ini menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran arteri. Pembesaran arteri menambahkan kesakitan.
Serangan migrain biasanya mengaktifkan sistem sarah simpatatik. Sistem saraf simpatatik adalah sebahagian daripada sistem sarah yang mengawal tindak balas kepada tekanan dan kesakitan. Sebagai contoh, peningkatan aktiviti saraf simpatatik menyebabkan loya, muntah, cirit birit dan sebagainya.
Aktiviti simpatatik juga melambatkan proses pengosongan perut ke usus kecil dan dengan itu menghalang ubat daripada memasuki usus dan diserap. Penyerapan yang lambat menyebabkan ubat migrain tidak berkesan secara terus. Boleh dilihat pada mereka yang sudah mencecah tahap teruk. Aktiviti simpatatik juga menyebabkan peredaran darah menjadi kurang, ini membawa kepada pucat kulit serta tangan dan kaki menjadi sejuk. Aktiviti simpatatik juga meningkatkan sensitiviti pada cahaya serta bunyi, penglihatan juga mungkin menjadi kabur.



Tanda-tanda migrain:

- Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata . 
- Kesakitan teramat sangat dan berdenyut2.
-Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap.
- Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk.
-Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara .
-Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam.
-Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak bengkak dan membesar di bahagian tertentu anggota badan .


Cara elak migrain; HINDARKAN :

-Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
- Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
-elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
-Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
-Stress dan tekanan
-Jadual tidur yang tak tetap

-Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .









Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk
menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.



***********


Jadi jom cegah sebelum parah. InsyaAllah kita ikhtiar dan serahkan sepenuhnya pada Allah SWT. Dari kita makan ubat ubatan yang belum dijamin selamat,apa kata kita cuba suplemen kesihatan Shaklee kan? InsyaAllah saya akan guide anda cara permakanan yang betul dan sama macam yang saya amalkan semasa saya sakit migrain dulu. Boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan maklumat lanjut ya.



Nur Ashikin Amirudin (Ekin Hoza)
Shaklee ID 1069965
SMS/Whatsapp : 019-3739052
Email : info.nutrisisihatekin@gmail.com
Facebook page : Nutrisi Sihat Ekin
Facebook personal : Ekin Hoza

COD Area : Desa pandan , Kg Pandan , Ampang Point , KLCC Tesco Ampang , Wangsa Walk dan kawasan yg berhampiran.
Pos ke seluruh Malaysia

Thursday, May 22, 2014

B Complex


B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan
      protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di
 dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan 
     sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.
 
 
 
 
Siapa yg Perlukan B-Complex:
 
Secara umumnya, semua orang memerlukan vitamin-B.
 
-Orang yg cepat merasa letih / lesu.
-Orang yg mengalami tekanan / stress.
-Ibu hamil.
-Lelaki & wanita yg mementingkan kesihatan rambut & mata.
-Wanita haid.
 
 
Urin kuning selepas mengambil B-Complex Shaklee?
 
  • ini merupakan situasi normal kerana B-Complex merupakan vitamin larut dan ia mengandungi elemen kekuningan
  • pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa

 
** B-Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan.
 
Nak cuba produk ni contact ekin terus ye!

 
 

 
Nota: Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda. Bukan bertujuan untuk merawat,mendiagnose,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit.