Monday, August 18, 2014

Jom belajar tentukan waktu subur!

Assalamualaikum dan hai semua. Hari isnin uols mondey blues kah? Hehehe mesti ada kan tak sampai waktu petang lagi dah ada yg menguap bagai. Fuhhh mujur ekin pengamal tegar Vita Lea dan Bcomplex. Pemberi tenaga yg berpanjangan dan rasa superb fresh all day long alhamdulillah :)

Tajuk kalini tentang KESUBURAN. Ya ekin mmg favourite tajuk ni tiap kali nak google pasal kesuburan dan ekin salah satu TTCian yg masih menunggu ajaibnya kuasa Allah SWT. Tapi bukan semata2 nak berserah bulat2 tanpa usaha. Doa dan usaha harus seiring. TTCian please jgn rasa rendah diri ye,kena ingat Allah ujia sebab dia sayang. Org yg ada anak pun ada ujian mereka tersendiri. So lets look at the bright side,shall we?

Macamana uols tentukan hari subur uols? Yg mana period tetap of coz kurang masalah nak detect kan? Tapi yg mana irregular period mcm ekin ni,haaaa mencabar sikit yerrrr hehehe....dan kena banyak sabar tau. Ada setengah2 org guna kaedah BBT (Body Basal Temperature). Nak tau apa sila google hehehe. Ekin tak pernah buat BBT lagi secara serius,but ekin start with OPK. Yg celup-celup tu. Best tau celup celup ayakk kencing sendiri kikiki dah jadi mcm scientist ujikaji diri sendiri. Siapa selalu buat OPK dia taula perasaan tu mcmana kan? And yes ekin berjaya detect hari subur ekin guna OPK. Baru ekin tau yg selama ni ekin lambat ovulate sebab tu cycle day jadi panjang. Ekin pernah baca kisah org yg preggy tapi dia tak sedar and bila check UPT negative je memanjang...rupanya dia ovulate lambat. Thats why lambat detect positive. Ada yg 2 ke 3 bulan missed period baru dapat detect upt positive.

So uols tau tak apa maksud OVULASI?  Ovulasi bermaksud,apabila OVUM TELUR YG MATANG DILEPASKAN DARI OVARI UTK BERGERAK KE SALURAN TIUB FALLOPIAN DAN UNTUK DISENYAWAKAN SPERMA. Bila kita period tu adalah dinding rahim kita yg menebal luruh sebab tiada persenyawaan berlaku (dinding rahim jadi tebal sebab buat persediaan utk janin tinggal selama 9 bulan disitu). Kita boleh tau rahim menebal kalau doktor buat TVS (trans vaginal scan) kat kita.

So disini ada 2 cara uols boleh guna utk detect hari subur (BBT @ OPK). Tapi selalunya BBT lebih tepat sebab graf menaik menurun senang detect kita preggy ke tak.




Ni cth graft BBT yg positive. Mcmana nak tau positive pregnant? Suhu makin meningkat. Kalau suhu meningkat then tiba2 graft menurun,possibility untuk gugur tu ada. So thats why guna BBT lebih accurate sikit. Just kena rajin dan konsisten. Setiap pagi kalau bangun pukul 5 pagi,everyday kena bangun pukul 5 pagi (min tidur kena cukup 3 jam tanpa terjaga kalau tak suhu boleh terjejas) . Letak sebelah jer termometer digital tu dekat area kawasan tidur sebab time nak ambik suhu takleh gerak sgt badan nanti suhu lari. Download FF ni kat mobile fone memasing and key in suhu setiap hari. Selalunya bila dah buat 3 bulan ke atas dah boleh nampak pattern cycle day kita macamana.




 
Termometer jenama OMRON memang sangat digalakkan utk beli (kira famous la jenama omron ni) Ekin tak beli jenama OMRON ni sbb kat farmasi takda jenama ni masa tu so pakai jenama biasa jer. Asalkan digital ada titik perpuluhan kira ok la.
 
 
 

 
YG ni lah OPK. Yg celup2 tu hehehe...ekin beli RM1 jer kat online. Sekali beli 20-30 keping terus sebab cycle day tak menentu, Beli kat farmasi mahal wooo... Ni ihsan google. Ekin penah dpt detect macamni. Kalau dah nampak line merah double tu bersiap sedia lah utk berBD ye (body dancing/baby dance) . Opk digalakkan check waktu dalam jam 2pm dan keatas. Puasa dulu jangan minum or mkn apa2 dalam 2 jam. Tapi yg ni kena hati kental lah jangan dok meroyan pulak if tak jumpa lagi Ovulasi. Kena sabar dan konsisten.
 
 
 
Selain tu,kena jugak pergi pakar sakit puan utk tau apa masalah kita. Pergi suami isteri sekali. Buang ego dan stop salahkan diri masing2. Buat TVS check samada kita ni ada PCOS,FIBROID atau CYST. Dari TVS mmg boleh nampak apa yg tak kena dalam rahim ni. And boleh nampak telur2 kita yg comel-comel dekat ovari hehehe.. Doktor akan cakap teklur mana yg paling besar antara kedua2 ovari kita tau. Sangat accurate. Haaaa lagi satu yg ni penting sangatttttt.... Uols kena buat HSG test (utk check saluran tiub fallopian tersumbat atau tak). Kadang2 tiub tersumbat kita taktau sebab tu persenyawaan tak dpt berlaku. Buat kat hospital kerajaan murah la tapi sakit kot. Kalau taknak sakit,buat kat hospital pakar swasta selalunya charge dalam RM200 KE rm250. Kalau kat Tawakal RM180. Tapi kita kena dapat surat dari klinik sebab klinik akan reffer kita ke hospital2 tertentu. Pengalaman ekin,ekin buat kat Hospital Columbia Asia Setapak,charge RM250. Pengalaman buat HSG? Huahuahuaaaa.... taknak buat dah cukupla sekali...org kata tu sakit sama mcm sakit nak beranak dah terbukak 3cm kat bawah tutttt.... Awuwuwuwu... meleleh airmata ni kat dalam bilik xray tu. Husband panik macam teman bini bersalin hehehe. Tapi ikut ketahanan badan seseorg. Nak cete semua kat sini nanti panjang berjela kalau nak tau pengalaman HSG dan procedure nanti necxt entry ekin buat yg lain yer.
 
Kalau HSG result ok,takde sakit apa2...so next step ialah jaga permakanan., Selain makanan sunnah,boleh try GLA COMPLEX SHAKLEE. Ekin mkn ni lah period jadi ok semula sebab sebelum ni irregular. Gla complex ni bagus sebab bantu ovum jadi lebih sihat dan menyumbang kpd kesuburan. Kalau google memang ramai yg dah berjaya conceive amalkan gla complex ni. Nak amalkan pun ada 2 cara berbeza iaitu cara betulkan period dan cara nak conceive.
 
 
 


Kalau nak tahu cara consume yg betul jangan segan silu contact ekin yer. Sekarang pun tengah Promo Gla Complex. Tinggal lagi 13 hari sebelum promo berakhir. Harga sebotol RM91.25 tapi time promo ni memang ramai rembat sebab harga istimewa sikit.



Nak cuba boleh hubungi ekin ye. :)





Nota: Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda. Bukan bertujuan untuk merawat,mendiagnose,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit.

No comments:

Post a Comment