Kalau kita bercakap tentang tulang,mesti berkait dengan orang tua,mak ayah kita kan? tak taknak pula kaitkan dengan diri kita sendiri..sebab majoritinya tak rasa yang kesihatan tulang adalah penting bagi badan kita. Kita fikir dengan minum susu jer dah cukup untuk tulang...terutama ibu hamil...ibu hamil perlukan 1000mg kalsium setiap hari..minum susu je belum cukup kalsium yg diperlukan badan ibu hamil. Sebab tu ramai ibu hamil amalkan ostematrix.
Meh kita baca jap petikan dari Utusan Online December 2011 ni :
Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.
Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen ( serat elastik yang kuat ) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil.Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.
Tanda dan Gejala
Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul.Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.
Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan. Artikel tambahan:Masih belum terlambat untuk menyelamatkan masa depan anda walaupun anda sudah melebihi usia 30 tahun.Anggap tulang anda seperti akaun bank dan kalsium sebagai 'duit' yang disimpan di dalamnya. Tulang anda menyerap kalsium paling banyak sebelum umur 18 tahun dan inilah masanya akaun bank tulang anda akan mengumpulkan simpanan terbanyak. Lagi banyak anda simpan, lagi banyak anda akan ada apabila semakin tua.
*****************
Amacam? Rasa macam nak telan sebotol Ostematrix setiap malam je lepas baca artikel ni! Hwaaa takmau la kena osteophorosis...ngeri ok! Lagi-lagi tahun depan ekin nak masuk 30 tahun...masyaAllah haruslah menjaga lebih teliti lagi tulang temulang ku supaya dengan tulang empat kerat ni lah boleh bantu suami mencari rezeki yang halal dan berkah,insyaAllah..
Kesimpulannya,kalau kita sakit....apa pun tak boleh buat...jom kita jaga tulang kita dari awal lagi. Cegah sebelum terlewat. Ekin suka Ostematrix sebab lepas amalkan ostematrix lah migrain dan period pain ekin hilang. Lepas tu tido lena jer. Badan kurang sakit dan lenguh-lenguh tak macam dulu. Kalau tido 4 jam jer esok pagi mesti bangun fresh! Memang jadi amalan ekin setaip malam tak boleh missed makan 4 biji ostematrix ni. Uols patut cuba....dah cuba baru rasa kesannya...
Supplemen di atas adalah yg dicadangkan dlm memenuhi diet nutrien tulang anda.. Ostematrix, Omega, Vivix..
Nur Ashikin Amirudin (Ekin Hoza)
Shaklee ID 1069965
SMS/Whatsapp : 019-3739052
Email : zaujah5512@gmail.com
Facebook page : Http://facebook.com/vitaminlovershope
Facebook personal : Ekin Hoza
COD Area : Desa pandan , Kg Pandan , Ampang Point , KLCC , Tesco Ampang , Wangsa Walk dan kawasan yg berhampiran.
Pos ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment