Showing posts with label Lecithin. Show all posts
Showing posts with label Lecithin. Show all posts

Monday, April 20, 2015

COD Set Kurus Promo Shaklee di area Ampang

 
Assalamualaikum semua selamat petang. Last week memang ekin busy sangat sebab order masuk non stop dan kebanyakkannya nak COD. Majoriti ekin memang dapat customer area Ampang sebab tinggal sini dan mudah nak hantar barang pada customer tanpa extra postage charge. Disamping tu boleh consult customer dan beramah mesra dengan mereka hehehe...
 
 
So last week saya teman mama saya shopping barang dapur kat tesco ampang so alang-alang terus COD set slimming promo dekat customer waktu tengahari,customer order Cinch Choc,Lecithin dan Alfalfa untik slimming. Lepas tu saya ke Shaklee Hq di sunway pinnacle sebab stok tak cukup. Branch wangsa maju tutup hari sabtu sebab baru minggu kedua so terpaksa redah jem ke sunway bertemankan mama saya hehe.. penat tu memang penat tapi inilah business yang ekin paling sayanggggg..so insyaAllah takda alasan untuk work hard awal-awal ni.
 
 
 
 
 
Alahmdulillah customer tak putus-putus order dan majoriti customer ekin dari Instagram dan Blog ni.
 
 
 
 
 
 
Lepas dah settel beli restok barang semua,balik kl dan terus rush ke Ampang Point. Junpa customer depan Coffe Bean dan COD set slimming Omega Guard,lecithin dan Alfalfa.

 
 
 

 
Dah settel semua urusan,ekin dan mama pun dah lapar sangat sebab kitaorang just breakfast je pagi tadi kat tesco. So mama belanja makan kat Secret Recipe area situ. MasyaAllah sedapnyaaa sebab makanan kat SR desa pandan tak sedap taktaula diorang tak jaga kualiti ke standard procedure ke apa ke. Lepas ni memang nak datang SR kat area ampang point ni je. The best!!
 
 
 
So itu sahaja update buat masa ni. Kalau jarang update blog sebab ekin banyak update di Instagram @ekinshaklee so boleh follow dan tengok promo best atau special offer dari ekin untuk produk Shaklee ni ye. Saya distributor aktif di Ampang tau....jangan anya pulak "awak aktif lagi ke jual shaklee?" Aiseymannnn hihihi of coz lah darling. Boleh whatsapp saya bila-bila k untuk pertanyaan atau order, insyaAllah saya cuba reply secepat mungkin. If lambat jangan marah sebab kadang2 saya tengah cod barang kat customer,kadang tengah makan @ masak,kadang tengah konsult customer lain dulu and solat time...so jangan risau lambat ke cepat ke ekin pasti reply. Banyakkan bersangka baik ye semua hihihi... jazzakilah
 
 
For info dan ordering boleh whatsapp terus ye
Ekin
019-3739052
Pengedar Sah Shaklee Ampang
Instagram : @ekinshaklee
 
 


Tuesday, March 10, 2015

Turun 3kg dengan Lecithin dan Alfalfa Shaklee

 
Dulu customer saya ni ambik Lecithin dan Alfalfa turun 3kg tanpa bersenam.
 
 
 

 
Sekarang dia ambik ESP + Omega Guard + Alfalfa pulak. Baru seminggu lebih dah turun 1kg tau. Saya sarankan adik ni buat exercise jugak sbb kalau kita ambik omega guard lepas tu bersenam memang lagi terbakar cepatlah fat badan semua.
 
 
Dia pun cakap rajin jogging sekarang ni. Well done adik! Budak UPM ni hehe..so mana2 budak UPM nak beli Shaklee dengan akak ekin meh whatsapp akak ye? Jangan lupa promo ESP tau bulan ni..jimat berbaloi-baloi...

 

Monday, January 12, 2015

Customer repeat order tanda puas hati!

 
Happy sangat bila customer repeat order dan suka dengan perubahan yang dia dapat. Customer ni order Alfalfa dan Lecithin. Dia baru repeat order lecithin lagi. Katanya mudah membuang dan lawas jer. InsyaAllah lepas ni boleh update penurunan berat badan pula kot hihi..
 
 
 
 
 
 
 
Abg pos laju pun laju jer deliver barang customer ekin. Sehari jer dah sampai. Alhamdulillah. Service yang laju serta konsultasi yang terbaik menjadi tunggak dalam business kalau kita nak memenangi hati customer tau. Harapnya customer ekin ni terus setia membeli dan amalkan produk Shaklee sampai bila-bila yer. 
 
InsyaAllah.

Wednesday, October 22, 2014

COD Shaklee di Taman Nirwana Ampang


Ahad lepas ekin shopping barang Shaklee dan register keahlian group baru. Kawan lama ekin time sekolah rendah dulu....fuhhhh lama betul kan friendship. Nak bersalin anak sulung dia. So dia contact ekin jemput datang rumah untuk daftar ahli dan adik dia nak beli set berpantang Shaklee. Mereka ni kembar tau...dua-dua kawan ekin. Kembar seiras hehe..





So hari isnin ekin hantar Set Berpantang Budget pada kawan ekin kat rumah dia area taman nirwana ampang.. tak sampai 10min pun dari rumah ekin. Kejap jer! So sesapa yang berada dikawasan tu kalau nak COD Shaklee boleh roger ekin ye!




Nur Ashikin Amirudin (Ekin Hoza)
Shaklee ID 1069965
SMS/Whatsapp : 019-3739052
Email : zaujah5512@gmail.com
Facebook page : Http://facebook.com/vitaminlovershope
Facebook personal : Ekin Hoza

COD Area : Desa pandan , Kg Pandan , Ampang Point , KLCC , Tesco Ampang , Wangsa Walk dan kawasan yg berhampiran.
Pos ke seluruh Malaysia

Tuesday, September 16, 2014

Kurus dengan mudah bersama Set Kurus Shaklee


Assalamualaikum semua! Pagi tadi breakfast ape? Macam biasa ekin breakfast ESP bersama susu segar sejuk yummyyyy berkhasiat dan dapat kontrol rasa lapar. Dan juga sesudu Vivix! Tak percaya? Kena cuba dulu baru tau!

Nak cerita tentang Set Kurus Shaklee yg best ni..hihi sebab ekin dah cuba dan dah berjaya turunkan hampir 7kg tau.. Sekarang kena kuruskan balik sebab macam gain weight sikit lately ni sukaaa makan pulak hehe....Jom kita berkenalan dengan geng-geng set kurus yg best ni... Kita kena tau untuk kurus mesti ada 3B benda yg WAJIB :




BAKAR
BUANG
BINA

 
Kita perlukan protein untuk BINA semula otot2 yg dah mengendur setelah jadi kurus. Kalau perasan atlet2 kita yg active mesti minum protein untuk kekalkan otot yg tegang dan body yg fit. Ada yg cuba kurus tanpa suplemen protein sering gagal sebab mereka tak ambik protein yg baik utk bina otot2 mereka semula,sebab tu ada yg kurus tapi perut mengelebeh..hehe..
 
Cinch Shake ada LEUCINE yg bantu kuatkan dan bina otot2 badan kita. Ada 3 flavour sedap iaitu CHOCOLATE,CAFE LATTE dan VANILLA. Sesuai utk lelak dan perempuan. Kalau ibu menyusu nak diet pun boleh tapi ada protein yg lain,lebih sesuai utk ibu menyusu adalah...
 
 
 
 
 
Haaa ESP memang protein yg terbaik utk ibu2 menyusu. Sebab selain dapat kuruskan badan ibu2 menyusu,ESP ni bantu menambahkan susu badan ibu2. Memang sedap dengan rasa soya yg asli. Boleh campur dengan pelbagai minuman kegemaran yg sejuk atau yg suam kcuali air panas dan caffein tak boleh yer. Ramai ibu2 menyusu ambil ESP ni dapat turunkan berat badan yg ideal dan susu ibu jadi lebih pekat,ibu kurus anak kenyang! Memang digalakkan ibu2 menyusu pilih ESP sebagai sumber protein yg terbaik untuk mereka.
 
 
 
 
 
 
Alfalfa adalah agen DETOKS yg sangat best dan sangat2 recomended bagi ibu2 yg menyusu. Gabungan ESP dan Alfalfa adalah kombinasi Milkbooster yg hebat dan superb! Kebanyakkan yg ada keputihan juga mereka mengamalkan Alfalfa utk hilangkan keputihan mereka dan ternyata ramai yg dapat kesan yang mantap! Hubungan suami isteri pun makin baik tau....cuba dulu baru tau hehe..
 
 
 


 
Herblax juga agen detoks yang sama hebatnya dengan Alfalfa. Jika anda seorang yg kuat sembelit atau terlalu susah menurunkan berat badan,anda harus pilih Herblax. Memang tersangat lawas lepas ambil herblax ni. Hanya perlu ambil 2 kali dalam seminggu. Bagus untuk mencuci usus dan darah. Ekin suka sangat herbalx ni sebab perut kempis dan badan rasa ringan sangat! Terbaik...
 
 
 

 
Lecithin adalah agen bakar lemak. Pengelmusi lemak terbaik bermakna lecithin akan perangkap lemak dari melekat di dinding usus dan kulit kita untuk disalurkan keluar melalui pembuangan najis kita nanti. Boleh diambil oleh ibu2 menyusu kerana lecithin mampu membantu kurangkan bengkak susu. Diambil bersama makanan berat setiap hari,lunch dan dinner.
 
 
 
 
Berminat nak cuba produk Shaklee?
 
Ekin - SMS/Whatsapp 019 373 9052
FB Page : Vitaminlovershop

COD AREA : Ampang Point, Ampang Park, KLCC, Wangsa Walk, Desa Pandan, Taman Maluri,Taman Nirwana,Tesco Ampang dan kwsn berhampiran
 
POS KE SELURUH MALAYSIA / BRUNIE / SINGAPORE mengikut charge yg ditetapkan oleh pihak pengeposan



 


Tuesday, September 9, 2014

Cegah BENGKAK SUSU dengan Lecithin

 
Assalamualaikum... Ekin nak share sikit tentang Lecithin yg ada dlm produk set kurus shaklee ni..sebab ramai ibu2 yg baru lepas bersalin nak kurus dan tanya boleh tak diorg ambik set slimming shaklee yg budget tu (ESP,Alfalfa dan Lecithin). Ada effect apa2 tak kalau ambik? Meh sini ekin terangkan pada yg bertanya tu. Semoga bermanfaat.
 
Lecithin telah disyorkan untuk mengelakkan kejadian bengkak susu supaya tidak berulang. Dos yang biasa disyorkan adalah 3600-4800 mg lecithin setiap hari, atau 1 kapsul (1200 miligram) 3-4 kali sehari supaya tidak berulang. Selepas seminggu atau dua, ibu boleh mengurangkan dos sekiranya keradangan berkurangan. Ibu boleh terus mengambil lecithin supaya bengkak susu tidak berulang lagi.
 
 
 
Lecithin dlm bentuk softgel yg mudah ditelan
 
 
 
Lecithin adalah tambahan makanan yang sangat biasa, dan didapati secara semulajadi dalam banyak makanan lain. Tiada indikasi yang mengatakan ia tidak boleh diambil oleh ibu-ibu menyusu.
 
Menurut Dr Jack Newman, Lecithin mampu mengelakkan bengkak susu adalah dengan mengurangkan kepekatan susu ibu yang terhasil dan mengubah komposisi dan jenis lemak dalam susu ibu. Lecithin adalah pengemulsi : molekul phospholipid (seperti lesitin) mengandungi unsur-unsur hidrofobik dan hydrophilic, bahagian hidrofobik mempunyai tarikan kepada lemak dan minyak, dan bahagian hidrofilik mempunyai tarikan kepada air.

Kredit: Dunia Susu Ibu & Baby Center.
 
 
********************
 
 
Memang lecithin ni terbukti berkesan dengan izinNya utk elakkan bengkak susu yg dihadapi oleh ibu2 yg sedang menyusu bayi. InsyaAllah tidak memudaratkan ibu dan anak. Ekin ada ramai customer yg amalkan set slim shaklee dan rata2 nya berpuas hati dengan result yg mereka dapat. Yg penting kena istiqamah,kena makan ikut jadual dan banyakkan minum air. Kerana suplemen sekadar membantu dan makan tambahan untuk kita. Usaha tawakal dan berdoa pada Allah swt jgn dilupa.
 
 
Berminat untuk dapatkan produk ni boleh terus hubungi ekin ye. Free konsultasi dan service terbaik untuk anda!



Thursday, August 21, 2014

Rahsia kurus dengan berkesan! Set Inch Loss


Assalamualaikum semua dan hai!

Meh nak cerita sikit tentang set inch loss yg super duper awesome ni. Sebab apa? Sbb ekin dah try lah ekin cakap AWESOME! Terutama yg SERIUS nak turunkan berat badan. So are you ready? Heheheh :)

Ini dia Set Inch Loss Shaklee yg jadi igauan dan idaman org2 yg nak kurus! Terlaris di pasaran tau..



 
 
 
Secara ringkasnya,Set Inch Loss ni memang sesuai untuk yg nak kurus tapi susah gile nak turunkan berat badan,yg kerap letih yela badan gemuk mesti kerap letih punya sbb gerakan terbatas,lemak banyak betul kan?
 
 
❤ Lecithin → pecahkan lemak utk senang proses singkir lemak.

❤ Cinch Tea → tingkatkan metabolisma, utk yg susah nk kurus, elok amik cinch tea. Boost energy dan bertenaga smpai ke malam.

❤ Cinch Shake Mix→ diperkaya dgn leucine, penting utk cepatkan proses buang lemak dan utk retain otot sedia ada. Minuman mengenyangkan utk replace meal & beri tenaga. Ada 3 prisa, caffe latte, choc, & vanilla. 
 
 
Herblax → Cuci usus dan detoks badan kita. Usus yg kotor punca segala penyakit,jadi sebelum start diet atau any suplemen elok detoks dulu supaya penyerapan nutrien dan zat jadi lebih baik dan mudah dihadamkan.
---------------------------------------- 
 
Gabungan mantap ni akan percepatkan lg proses inch loss kalau exercise dan jaga makan seiring dgn pengambilan set ni. 
 
 
So dah faham kan bagaimana setiap suplemen ni bertindak? Pengalaman ekin ambik Cinch perisa Choc memang yummmeyyyy sangat! Sebab full tank lepas tu,kenyang rasa mcm baru lepas makan nasi..hehe suak sangat sbb tengok lauk pun dah tak lalu. Yelah dah kenyang nak makan apa lagi kan? Sebab tu sesiapa yg ambik Cinch mudah kurus berbanding ESP (bukan takleh kurus tapi makan masa sikit sebab ESP takde Leucine)
 
 
Kalau uols nak cuba tapi nak order sendiri kot2 segan nak contact ekin ke kan hehehe boleh jer order sendiri,asalkan ada card credit/debit card. Boleh klik link kat bawah ni. Lepas order dan buat payment,bolehlah wassap ekin utk tanya jadual pemakanan dan terus dpt free konsultasi sepanjang hidup hokeyyyy :)
 
 
 

 

 
 
 
 
 
Atau terus order je dan contact ekin ok :)
 
 
 
 
 
 Nota: Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda. Bukan bertujuan untuk merawat,mendiagnose,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit.
 

Friday, May 23, 2014

Lecithin



 
 

Kebaikan Lecithin :
 

(1) Lecithin bertindak sebagai pelarut untuk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000 – 7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yang sebegini.

(2) Kenapa org yang nak kurus suka Lecithin?
Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak). Tahukah anda? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

(3) Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-banyak kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc .. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak.

(4) Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

(5) Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.

(6) Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

 Lagi Khasiat dan kelebihan Lecithin Shaklee!
 
(7) Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

(8) Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..

(9) Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi mereka-mereka yang ada alergi,hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.

(10) Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi-sendi (joint) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang & sistem penghadaman.

(11) Lecithin adalah zat utk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

(12) Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopause.

(13) Lecithin bersama unsur-unsur lain digunakan untuk membuat BILE. BILE ni fungsinya ialah mencairkan lemak.Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dalam badan.



p/s: pengalaman ekin ambik lecithin perut rasa tak senak or mengah sgt walapun lepas makan nasi terus boleh solat,kalau tak dulu kena tunggu setengah jam rehat dulu baru boleh solat.



Nak cuba produk ni boleh contact ekin terus ye!
 
 

 
 
 
 

Nota: Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda. Bukan bertujuan untuk merawat,mendiagnose,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit.